Posts

SIAPA SEBENARNYA YANG SEPATUTNYA MALU DAN TAKUT

SIAPA YANG PATUT MALU DAN TAKUT (Coping with takut, stress dan penyakit) 1. Orang kena marah atau yang memarah 2. Yang di tikam seperti syaidina omar atau yang menikam spt org munafik/kafir 3. Ramai orang terkena sawan, kejang, hysteria kerana takut melihat hantu, melihat orang mati hidup balik, melihat mahluk menakutkan menjelir lidahnya dan sebagainya. Ramai yang takut dan malu berjumpa dentist sampai kesihatan mulutnya begitu teruk. 4. Ramai yang mengalami darah tinggi ( disebabkan emosi dan pemakanan) sampai pecah salur darah di kepala dan seterusnya menjadi stroke , lumpuh separuh badannya. 5. Ramai yang bunuh diri kerana tidak tahan tekanan dan stress dalam hidup. Anak gadis yang di cabul maruahnya merasa malu, tidak mahu keluar rumah, dan menyendiri seperti orang sakit jiwa. 6. Ramai pemuda yang frust menongging kerana putus cinta, gagal dalam peperiksaan dan kerjaya, tidak lalu makan, tidak mahu jumpa kawan, tidak boleh bergembira 7. Ramai juga yang badannya tidak boleh mener...

MENCARI KEBENARAN

Petunjuk kebenaran Al-quran, adakah ia bertentangan dengan reality kehidupan kini. 1. Umur 40 adalah umur critical. Berterusan menjadi jahat atau berubah menjadi baik ukurannya di sini. Banyak penyakit mula ujud satu persatu bermula dari umur ini. Masa ini juga manusia bertambah matang dan stabil dan mula Nampak kejayaannya. 2. Nabi Muhammad SAW bertapa di gua hiraq kerana memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah masyarakatnya yang telah rosak dan seterusnya di lantik menjadi Nabi pada umur ini. 3. Nabi Ibrahim tercari-cari dengan ikhlas siapakah tuhannya yang sebenar, sehingga bila matahari timbul terang dan hebat , itulah di dirasakanya tuhan, setelah tenggelam dan timbul pula bulan yang cantik itu pula dirasakannya tuhan , sehinggalah Alllah memberinya petunjuk siapakah tuhan sebenarnya. 4. Begitu juga dengan pembacaan ayat suci al quran. Kita amat yakin quran itu benar dan tercari jawapannya kenapa setengah ayat nya nampak macam berten...

PEMIMPIN YANG BERKESAN DAN BERPRESTASI TINGGI

BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN YANG BERKESAN 1. Banyak keluhan dari pemimpin yang menyatakan kenapa nasihat saya tidak di dengar, program yang saya jalankan tidak berkesan dan di ikuti, perancangan saya gagal, kenapa? 2. Pemimpin kesihatan menyatakan setelah sekian lama dengan belanja jutaan RM menjalankan program “ healthy life stail”, program “promosi kesihatan”, kempen “ berhenti merokok”, “kurangkan manis dalam minuman , tambah manis dalam senyuman”, tetapi masih ramai rakyat yang menderita berbagai penyakit termasuk jantung, kencing manis, kegemukan, masalah oral, stress , penyakit mental dan sebagainya. 3. Pemimpin dikalangan pegawai keselamatan ( polis dan tentera) juga begitu. Kenapa masih ramai lagi penjenayah. Kenapa setelah sekian lama di latih berdisiplin, bekas polis dan tentera ada yang tidak dapat mengurus diri?. 4. Guru dan ibu bapa juga mengalami pengalaman yang sama. Anak anak dan anak murid tidak mendengar kata dan nasihat walaupun itu demi kebaikan mereka dan nasiha...

Minit mesyuarat yayasan al-jeed

MESYUARAT YAYASAN AL-JEED. (JUGA DI KENALI SEBAGAI KORERASI KELUARGA AL –JEED BHD ATAU SYARIKAT AL-JEED SDN BHD) Pada 30/10/09 di rumah lorong 8, parit satu , sg sireh tg karang 45500 selangor ( HQ yayasan) Kehadiran 1. Shamsudin majid (pengerusi) 2. Mariaton 3. Fatimah 4. Mohd khir (bendahari) (tidak hadir- diwakili oleh anaknya) 5. Mohd Suhaimi 6. Mohd rosli ( setiausaha/ moderator) 7. Abd nasir 8. Mahmud fauzi 9. Amirulhisham 10. Paksu awang ( penasihat) Pendahuluan Mesyuarat bermula jam 6 pm dengan pengerusi mengalu-alukan semua kedatangan ahli lembaga pengarah yang 9 orang di atas. Beliau menyatakan agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan penubuhan yayasan al-jeed dan mengurus harta benda peninggalan arwah ayah majid bin puteh. Persetujuan yang di capai 1. Semua ahli keluarga ( juga merupakan pemilik asset dan lembaga pengarah) bersetuju penubuhan yayasan al-jeed yang operasinya seperti pertubuhan koperasi bhd atau syarikat sdn bhd (berprinsipkan perniagaan)...

puncak ilmu kemajuan

Image
KELEBIHAN IKHLAS DALAM ILIMU DAN AMALAN 1. Kenapakah seorang Doktor, pakar kesihatan, ulamak, peguam dan guru nampak diwajah mereka kealiman dan kepakarannya. Nampak aura atau karisma dari gaya cakap dan jalannya. 2. Ilmu yang dituntut dengan benar dan Ikhlas akan terpancar diwajah dan mengujudkan aura ini. Dia memang benar-benar ada ilmu itu bukan pura-pura atau ada ilmu sikit tapi mendakwa Alim atau pakar, seperti banyak kes doctor palsu, bomoh temberang dan yang lebih teruk akibat tidak Ikhlas ini menjadi ulamak yang jahat. 3. Tahu sahaja mengenai sesuatu disiplin Ilmu itu, adalah berbeza dengan tahu dan amalkan atau tahu dan sampaikan kebenaran dan tidak menyelewengkannya. Ayat Quran yang bermaksud a) “ wahai orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan, amat besar kemurkaan disisi Allah apa-apa yang kamu katakan, tidak kamu kerjakan”. 4. Dalam Disiplin Ilmu Agama, Ilmu yang paling tinggi dan wajib di percayai mengikut Hirakinya adalah: a) Yang pe...

telatah amir

Image

MARI MENGIMARAHLKAN MASJID. AJARLAH ANAK DARI KECIL

MASJID DAN KANAK KANAK Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya. Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram. Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang. Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan. Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah be...