MENCARI KEBENARAN
Petunjuk kebenaran Al-quran, adakah ia bertentangan dengan reality kehidupan kini.
1. Umur 40 adalah umur critical. Berterusan menjadi jahat atau berubah menjadi baik ukurannya di sini. Banyak penyakit mula ujud satu persatu bermula dari umur ini. Masa ini juga manusia bertambah matang dan stabil dan mula Nampak kejayaannya.
2. Nabi Muhammad SAW bertapa di gua hiraq kerana memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah masyarakatnya yang telah rosak dan seterusnya di lantik menjadi Nabi pada umur ini.
3. Nabi Ibrahim tercari-cari dengan ikhlas siapakah tuhannya yang sebenar, sehingga bila matahari timbul terang dan hebat , itulah di dirasakanya tuhan, setelah tenggelam dan timbul pula bulan yang cantik itu pula dirasakannya tuhan , sehinggalah Alllah memberinya petunjuk siapakah tuhan sebenarnya.
4. Begitu juga dengan pembacaan ayat suci al quran. Kita amat yakin quran itu benar dan tercari jawapannya kenapa setengah ayat nya nampak macam bertentangan dengan reality kini. Membaca dan memahami untuk mendekatkan diri dengan Allah dan menyakini firmannya adalah maha benar dan Allah maha mengetahui, akan diberikanNya petunjuk. Contoh firman Allah dan perbandingan dengan reality kehidupan di berikan di bawah.
5. Firman Allah yang maksudnya “ kamu adalah ummat terbaik yang di lahirkan di kalangan manusia”
6. Mengapa ummat islam kini miskin, di hina , selalu kalah perang , yang mana ianya bertentangan dengan ayat di atas?
7. Sebabnya adalah, sepatutnya ummat terbaik mempunyai akhlak yang terbaik, tetapi malangnya kita paling tinggi kadar jenayah rasuahnya. Ummat terbaik menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran dan beriman kepada Allah. Setiap individu ummat ini menjadi contoh terbaik untuk ummat lain. Bukan lain cakap lain buat. Itu menipu namanya dan tiada mengamalkan prinsip “pimpinan melalui teladan”. Bila ummat lain mengamalkan akhlak yang lebih baik , maka merekalah menjadi ummat terbaik di masa itu ( dengan disiplin, kerja kuat, tiada rasuah, berkata benar, professional dan bekerja dengan kebenaran)
8. Firman Allah yang maksudnya “ mereka tidak akan dapat membinasakan kamu..........bila berperang mereka akan melarikan diri .... atau dalam bahasa inggeris maksudnya “they will do to you no harm, barring a trifling annoyance; and if they fight against you, they will show you their back, and they will not be helped ( 3:111).
9. Mengapa hakikatnya kini bila kita berperang , bersaing dalam perniagaan , berhujah, kita kalah? Orang kafir kini menjuarai segala bidang ilmu dan technologi.
10. Sebabnya kita umat islam pun sudah jadi macam orang kafir, tidak percaya pada tuhan dan firmannya sebagai bukti dan tanda tertinggi, tidak taat perintahnya dan menjauhi larangannya. Kita juga tidak amalkan perkara yang baik sebagaimana di tunjukkan oleh nabiNya, melampaui batas dan membuat dosa. Jadi bantuan Allah tidak di berikan yang menyebabkan kita kalah.
11. Firman Allah bermaksud “ (like they than for Allah) a creature who is brought up in adornment, and who is in dispute cannot make herself clear”( 43:18).
12. Tetapi hakikatnya Nampak bila mereka berhujah setengah dari golongan in Nampak faham dan mereka jelas dengan apa yang di katakannya. Mengapa? Adakah ia bertentangan dengan firman tuhan yang maha mengetahui seperti di para 9?
13. Kata ulamak, Golongan ini dilahirkan sebagai pelengkap . mereka Nampak perkara yang kecil dan detail. Hal berkaitan dengan micro, very specialist dan specific. Tetapi mereka tidak Nampak dengan jelas masalah sebenar secara macro dan dari segi konsep secara keseluruhannya. Fikiran mereka tak jelas dan tak mampu memikirkannya secara rational, tambahan pula jika dalam suasana tention dan penuh emosi. Mereka sebagai pelengkap tetapi bukan sebagai teras .
14. Golongan ini juga memiliki sifat terpuji dengan sabar, tabah dan bekerja lebih kuat untuk membolehkan mereka faham dengan jelas, walaupun memakan masa yang lebih lama dan lebih terfokus pada hal micro.
15. Pencarian kebenaran ayat suci al-quran dari pembacaan kitab, perbincangan dengan ulamak, rakan dan guru, serta ilmu dari university alam ini dapat memberi petunjuk sebenar tentang luasnya ilmu Allah dan wujudnya kebenaran yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah tidak membuat silap di dalam firmannya dan sesungguhnya ianya tidak pernah bertentangan dengan hakikat nyata walaupun mulanya kelihatan begitu.
16. Terbuka kepada perbincangan lanjut tuan puan , saudara dan rakan rakan. Walahuaklam.
Comments