MARI MENGIMARAHLKAN MASJID. AJARLAH ANAK DARI KECIL

MASJID DAN KANAK KANAK


Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya.
Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram.
Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang.
Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan.
Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah bertautan, hampir terlerai dengan sebuah pertikaian.

Saya pelik dengan ketetapan ini. Ada sesetengah masjid besar ’kian mengarut’ dalam tindakannya. Mereka meletakkan papan tanda ‘Kanak-kanak di bawah usia enam atau lima tahun dilarang memasuki dewan masjid’. Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Bagi saya inilah konotasi arahan itu. Bagaimana seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil mampu mengunjungi masjid dan surau, jika anak-anak mereka dilarang memasukinya.
Saya menyusuri hadis-hadis nabi. Saya cuba mencari atau hakikatnya tercari-cari, apakah sandaran mereka yakni para jawatankuasa masjid melakukan sedemikian. Malangnya, pencarian saya hampir gagal menemui jawapan. Tiada satu nas yang sahih dan jelas, melarang anak-anak kecil untuk solat bersama kaum lelaki di dalam satu saf yang sama. Tidak ada istilah putus saf atau hilang pahala jemaah kerana mereka berdiri di sebelah kita. Yang ada, saya terjumpa dengan beberapa hadis yang menyatakan sebaliknya. Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w meraikan anak-anak kecil di rumah Allah. Mereka adalah tetamu cilik yang sepatutnya diraikan, agar jiwa membugar dengan kesucian masjid, akhlak mereka membunga dengan keindahan masjid.

Dari Anas r.a telah berkata: “Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi s.a.w dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami.” (Riwayat Bukhari).
Di samping itu, saya tertarik untuk menyatakan bahawa, apakah logiknya kita mengatakan saf terputus atau hilang pahala jamaah kerana kita diselangi oleh seorang kanak-kanak yang belum berkhatan. Mereka berhujah kononnya, di bawah kulup si anak kecil itu ada najis yang boleh membatalkan atau paling tidak merosakkan pahala saf dan jemaah mereka.
Apakah kita boleh mengatakan lelaki dewasa yang sudah tidak berkulup itu juga suci, jika pada badannya ada nanah yang dipekap atau dibebat dengan kain kemudian dia bersolat di sebelah kita. Bagaimana pula di dalam perutnya, ada najis dan di pundi kencing nya ada air kencing. Adakah ia bernajis dan tidak layak bersembanhyang dalam saf ( hujah ustaz Asri mufti perlis)


Sebenarnya, kebanyakan umat Islam hari ini banyak meletakkan ‘taklid’ sebagai neraca di dalam panduan dalam beribadat. Sedari kecil, apabila belajar bab fikah, kita diajar terus kepada aspek hukum. Bagi saya, budaya taklid ini amat berbahaya. Ia ibarat tumor yang membiak dan akan menguasai akal fikir umat Islam yang waras.


Lebih membimbangkan saya ialah masjid yang tidak mesra kanak-kanak. Bukan maksud saya masjid itu tidak sesuai untuk kanak-kanak, tetapi golongan ahli masjid tersebut yang tidak mesra kanak-kanak. Kanak-kanak akan dimarahi, dipukul apabila membuat bising di belakang.
Kadang-kadang yang sudah sedikit besar dan baligh, mereka pun tidak dibenarkan untuk bersolat dalam satu saff bersama jemaah yang lain, yang lebih menyedihkan ahli masjid yang langsung tidak menghiraukan kanak-kanak yang hadir ke masjid itu. Akhirnya, akan terdetik dalam hati kanak-kanak ini,
“Rupanya kalau kanak-kanak datang masjid kena marah, masjid ini untuk orang-orang tua je kot,”


“ahh, aku datang masjid je kena marah, aku datang masjid je kena pukul, baik aku tak payah datang masjid macam ini,”
“aku datang masjid, takde apa-apa pun yang aku dapat, orang kampung pun tak kisah je, baik sembahyang kat rumah, sama je,”
Dan selepas daripada itu, kita akan melihat kanak-kanak tersebut tidak lagi akan ke masjid sehingga dewasa. Andai mereka diberi hidayah oleh Allah, mereka akan datang ke masjid apabila dewasa, tetapi kalau tidak, sampai ke mati pun belum tentu mereka akan ke masjid ataupun tidak.


Jikalau dari kecil lagi kita tidak mesrakan kanak-kanak dengan masjid, kita bimbang kita tidak akan melihat lagi muka mereka di masjid selepas daripada itu. Jangan sekali-kali memandang remeh tentang kehadiran kanak-kanak di masjid, Lihatlah mereka dari perspektif yang berbeza kerana mereka adalah pelapis kita, pelapis pada masa akan datang.
Sudah tentu kita tidak mahu melihat masjid kita kosong dengan anak-anak muda, dan masjid hanya dipenuhi dengan golongan ‘kubur kata mari, dunia kata pergi’ atau istilah yang lebih lembut, golongan ‘vateren’. Akhirnya, kita yang bersungut bahawa kampung kita ini sudah tiada pelapis yang boleh diharap, tiada lagi anak-anak muda yang sanggup turun ke masjid.


Betul tu ana sokong..kawan ana pernah menghadiri satu perdebatan Islam vs Krsitian...dan ketika itu dy menceritakan bagaimana suasana di gereja sangat berbeza dengan di masjid, di mn kanak2 dibiarkan berlari2 di sekitar gereja tanpa di marahi malah mereka di belai dengan penuh kasih sayang...sbgi tambhn utk muhasabh bersama...bagaimana kita dapat lihat bagaimana cara org kristian mendidk anak2 mereka supaya cintakan tempt suci mereka sendiri dan secara tidak lgsung mereka terdidik supaya suka ke gereja, berbeza dengan org Islam...renungkanlah


ntah lar, ana sebenarnya risau dengn adik-adik ana kat KG KITA NI.. Kalau la golongan veteran kat sana tak memahami situasi ni, alamatnya semakin teruk la keadaan masyarakat kat sana.. Akhirnya siapa yang rugi, islam jugak, kita jugak yang merungut, takde pelapis, tapi padahal sebab perangai kita, kita yang buat kerugian tu sebenarnya..
Mereka berfikiran sempit, tamak dan pentingkan diri. konon macam pandai tapi bodoh sombong ( tak tengoh negeri orang, terperap di kampung je, tp tunjuk pandai)


"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750]. Hadith ini Dhaef menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith diatas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid
Hadis dhaef ini bertentangan dengan ayat Quran , 2:114


Disana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada dibelakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :- يَلِني منكم أُولُو الأحْلامِ والنُّهى
"Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432] Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal.


Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi :saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh. Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan. Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :- لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه
"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan. Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.


Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-
Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid
Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.
Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.


Ada dikalangan ulama' mencadangkan didalam saf yang panjang, yang betul-betul berada dibelakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan disamping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan

MASJID ( di zaman Nabi SAW) mempunyai berbagai peranan tidak sahaja sebagai tempat sembahyang malah tempat;
Perjumpaan diplomat dan ketua negara
Tempat perlindungan perempuan
Tempat tinggal musafir, fakir, orang daef
Tempat mesyuarat
Tempat atur strategi perang dan penyerahan bendera
Tempat bersyaer, pendidikan dan tarbiah
Merawat askar cedera
Beriadah dan bersukan dll.

RUJUKAN

1. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399 2. Kitab al-Majmu jilid 4. Jeddah : Maktabah Irsyad, ms.186 3. Fath al-Bari Jilid 4. Kaheah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244 4. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924
5. Fatwa beberapa mufti. اصطحاب الأطفال للمساجد. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620774

Comments

Anonymous said…
Good analysis.

Dr Amri.
DDRM said…
1. mengapakah di wajah doktor, pakar, orang alim, peguam dan ulamak nampak kealimannya, ada aura dan karisma.
2. sebabnya ilmu yang dimiliki adalah benar dan ikhlas. mereka bukannya berpura pura ada ilmu dan menyamar sebagaimana setengah penyamar sebagai doktor palsu, bomoh temberang dan sebagainya.
3. Ilmu yang di miliki adalah berdasarkan analysis mengikut hiraki keilmuan yang jelas.
4. hiraki keilmuan islam adalah dimulai rujukan dengan Al-quran, di ikuti oleh Al-Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias.
5.Ilmu science moden di buat berdasarkan pembuktian( evidence base). meta analysis adalah yang paling tinggi keboleh percayaanya, di ikuti oleh systematic review, seterusnya randomise clinical trial, case control , cross sectional study dan clinical report.
6. analysis di atas di buat berdasarkan literature review sahaja belum lagi systematic review.
7. hujjah melalui haraki disiplin inilah yang menjadikan ummat kuat dan maju seperti di amalkan oleh umat terdahulu dan di barat kini. bukan mengikut emosi, ikut takliq kata guru ,kiai, dan dato nenek seperti banyak teguran dalam Al- Quran mengenai salahnya TAKLIQ BUTA.
Anonymous said…
Di Malaysia ni ramai yang takliq buta. Bak kata pepatah 'bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditegur'.

Dr Amri
DDRM said…
1. orang yang takliq buta ni, kalah kalah berhujah dia guna kekerasan fizikal, dan emosi. Sampai bila pun jika guna taknik ini umat tak akan maju. kebenaran di sembunyikan dan tak mahu di terima walaupun sudah terbukti dan di beri petunjuk yang tepat.

2. mereka juga sering mengunakan dalihan yang penipu ( cengkelat) dan tidak mengikut adap keilmuan.

3. contohnya 1; mereka sepatutnya membayar hutang RM 300 tetapi hanya membayar RM 100 sahaja. bila di tanya dia berkata , itu kira bagus saya bayar juga, kalau saya tak bayar langsung hangus dan melepas.
dia cuba alihkan isu , kebenaranyanya adalah bayar hutang sepenuhnya bukan setengah atau tak bayar langsung. hujah sebenarnya adalah seperti saranan quran dalam surah al baqorah (jangan mengurangakan hutang)

4. begitu juga dengan setengah orang menggunakan "lebel" , bila sudah tersalah dalam tindakannya untuk mempertahankan hujah yang dah salah, seperti mereka itu ego,golongan muda, faham shiah, wahabi, ajaran sesat, parti itu dan ini, kumpulaan itu dan ini dan lain lainnya. mengapa mereka tak melihat kewarasan hujah dari segi ilmunya, dan rujukan mengikut hiraki ilmu

5. sepatutnya dah salah tu akuilah dan terima salah. mereka melakukan 2 dosa. pertama tidak mengaku salah . kedua tidak mahu mengikut kebenaran yang akhirnya menyebabkan umat mundur dan berpecah.

6. ego penting dalam berperang dan mempertahankan kebenaran. contoh nabi sahabat mengambil pedang yang di beri oleh nabi dan berjalan dengan tegak , ego . nabi kata di medan perang boleh tetapi di madinah tak boleh.
bagaimana dia nak menegakkan kebenaran jika ia tak berani , ego dan yakin dengan perjuanganya.

7. mengunakan teknik melebel dalam berhujah menjadiakan umat mundur dan ianya salah ( ia juga boleh melahirkan deviance dan stigma)

8. mereka boleh menjadi bengkrap didunia kerana emosi dalam memberi pendapat. banyak kes terjadi bila kalah berhujah penumbuk di beri, pihak lagi satu lagi suka , kerana serang sentuk adalah kesalahan civil yang boleh menghasilkan pendapatan padanya ( yang menjadikan musuhnya bangkrap). di akhirat nanti juga bangrap kerana pahalanya kena di beri kepada orang yang di aniaya.

taklik buta, emosional dan tidak terima kebenaran boleh menjadikan seseorang bangkrap didunia dan akhirat dan menjadikan umat tidak akan maju. tidak cara lain, ikut hiraki ilmu untuk mengelak dari tatap mundur dan miskin tegar.
THE GAMER said…
RAMAI ORANG MERAJUK PERGI KE MASJID DI SEBABKAN AJK YANG TIDAK SENSITIF DENGAN KEPERLUAN MAKMUM. DI GEREJA BILA KESILAPAN BERLAKU , PENGUNJUNG DI MAAFKAN DAN DI LAYAN DENGAN BAIK, BEGITU JUGA DI KLUB MALAM, PANGGUNG WAYANG DAN RESTORAN BARAT.
KENAPA AKHLAK KITA BERBEZA , TIDAK SEPERTI DI AJAR OLEH NABI. ADAKAH KERANA DENGKI SESAMA ORANG KIRA? BERSIHKAN HATI, FORGIVE, FORGET AND MOVE ON

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA