puncak ilmu kemajuan


KELEBIHAN IKHLAS DALAM ILIMU DAN AMALAN

1. Kenapakah seorang Doktor, pakar kesihatan, ulamak, peguam dan guru nampak diwajah mereka kealiman dan kepakarannya. Nampak aura atau karisma dari gaya cakap dan jalannya.

2. Ilmu yang dituntut dengan benar dan Ikhlas akan terpancar diwajah dan mengujudkan aura ini. Dia memang benar-benar ada ilmu itu bukan pura-pura atau ada ilmu sikit tapi mendakwa Alim atau pakar, seperti banyak kes doctor palsu, bomoh temberang dan yang lebih teruk akibat tidak Ikhlas ini menjadi ulamak yang jahat.

3. Tahu sahaja mengenai sesuatu disiplin Ilmu itu, adalah berbeza dengan tahu dan amalkan atau tahu dan sampaikan kebenaran dan tidak menyelewengkannya. Ayat Quran yang bermaksud

a) “ wahai orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan, amat besar kemurkaan disisi Allah apa-apa yang kamu katakan, tidak kamu kerjakan”.

4. Dalam Disiplin Ilmu Agama, Ilmu yang paling tinggi dan wajib di percayai mengikut Hirakinya adalah:
a) Yang pertama : Ilmu Wahyu (Quran)
b) Diikuti oleh : Hadis Nabi dan Sunnahnya (hadis pula ada Hirakinya dari Hadis Hassan sehinggalah hadis dhaif), yang di tulis dalam kitab oleh imam Bukhari, Muslim, Nawawi dan lain lain.
c) Ijmak Ulamak : iaitu kesepakatan ulamak muktabar seperti
I. Imam Shafee melalui kitab……………
II. Imam Maliki melalui kitab almuatok
III. Imam Ghazali melalui kitab Riadus Solehin
IV. Imam Hanbali (Ahmad B Hanbal)
V. Imam Hanafi

d) Qias – contoh perbandingan

5. Dalam membicarakan hal pokok dalam Islam tidak dibolehkan percanggahan pendapat. Semua Imam tidak bercanggah pendapat dalam hal pokok. Hanya hal cabang dan furuk dalam Islam sahaja dibolehkan berbeza pendapat dan perbezaan pendapat ini dikatakan rahmat kerana ia bertujuan memudahkan urusan ummat Islam.

6. Walaupun perbezaan pendapat dibolehkan tetapi hujah-hujah mereka mestilah mengikut Hiraki disiplin Ilmu seperti di para 4 dan mengikut adab-adab berikut :
a) Tidak boleh berbeza pendapat dalam hal pokok dan asas Agama
b) Mesti menghormati pendapat orang lain
c) Tidak boleh emosional dan menekankan pendapat sendiri
d) Tidak boleh bertaklik seperti mengatakan guru, kiai, atau dato’ saya kata begini…” Adakah guru lebih besar dari Allah dan firmannya?”. Mesti berhujah bersandarkan Quran, hadis dan mengikut hairaki Ilmu dipara 4. Gunakan Quran, hadis, kitab ulamak dengan fakta yang tepat (tak boleh agak-agak, ayat berapa , surah berapa, dan tafsirannya tidak boleh lebih kurang begini). Tafsir dengan tepat; kitab apa, muka surat berapa, apa ditulis dalam kitab itu.
e) Banyak kitab tafsir Al-Quran yang muktabar seperti kitab tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ar- Rahman, dan tafsir yang di iktiraf oleh jabatan agama Malaysia
7. Hal kecil tidak boleh sampai berperang, contoh sembahyang taraweh 8 atau 20 rakaat sampai berperang di Mesir, isu kanak-kanak sembahyang di masjid sampai bertumbuk.

8. Dalam ilmu Sains moden Hiraki keboleh percayaan Ilmu adalah mengikut turutan berikut :
a) Meta analisis – iaitu menganalisis semua kajian lain(memerlukan banyak kajian dan pembuktian dari orang yang berbeza) dan membuat rumusan darinya. Adakah dakwaan Amerika sampai ke bulan boleh diterima pakai?. Jika hanya sekali sampai, dan ianya tidak dibuktikan oleh orang lain dengan kaedah sama atau kaedah lain, masuk melalui pintu langit yang lain misalnya, pembuktian melalui kaedah meta analisis tidak boleh dibuat. Ini menjadikan dakwaan itu jatuh keparas yang lebih rendah dari segi kebolehpercayaannya ( boleh di percayai tapi dengan hati hati)
b) Systematic review : iaitu mendapatkan maklumat dari kajian orang lain secara sistematik. Contoh dengan cara merujuk semua kitab dan tulisan yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa meninggalkan mana mana rujukan walaupun dalam bahasa lain. Literature review pula adalah membuat rujukan, kajian dan pembacaan berkaitan tajuk atau sesuatu isu dan mengupasnya tetapi tidak secara sistematik. Contohnya seperti isu berkaitan “ kanak-kanak dan cara mengimarahkan masjid”. Kajian di buat dan hujah di berikan berdasarkan semua sumber dalam Al-Quran, Hadis dan kitab kitab yang di tulis oleh ulamak muktabar mengikut hiraki ilmu.
c) Randomise clinical trial : cubaan klinikal mengenai sesuatu ubat/alat/kaedah secara rambang. Cubaan boleh dibuat mulai dari binatang seterusnya kepada manusia.
d) Case control / Cohort study : mengkaji sesuatu dan mengawalnya dengan cara membanding dengan yang lain.
e) Cross Sectional Study : mengkaji sesuatu dalam sesuatu masa tertentu.
f) Clinical Report : melapurkan pengalaman seseorang dalam menghadapi sesuatu penyakit / kejadian / kemalangan dan lain-lain.

Bila sesuatu hujah dibuat merujuk kepada sumber meta analisis maka hujahnya adalah pembuktian terkuat (evidence base) dan ianya adalah merupakan Ilmu baru yang dicipta. Ianya akan digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusan.

9. Pernah peristiwa di Hari Raya pertama seorang telah menumbuk saudaranya dimasjid kerana hal “furuk” (hal kecil). Apabila syaitan dilepaskan sahaja diakhir Ramadhan, 1 Syawal sahaja dia dah mengamuk dan manusia tidak boleh mengawal emosi, lupa adab, lupa Hiraki Ilmu, lupa saudara. Ego penting untuk mempertahankan hujah dan kebenaran ( seperti peristiwa Nabi memberi pedang pada sahabat di medan perang ) tetapi sombong di laknat oleh Allah ( seperti terjadi pada Syaitan)

10. Ketidak Ikhlasan menyebabkan Ilmu benar di seleweng kefahaman terhadap Quran adalah untuk orang yang ikhlas dan ingin mendekatkan diri dengan Tuhannya. Penyelewengan tafsiran berlaku walaupun dari orang “alim” disebabkan hatinya yang tidak baik dan tidak takut dengan Tuhannya.

11. Ilmu Agama dan Quran dimonopoli agar orang jahil tidak dapat mempertikaikan orang alim yang menyeleweng. Bagaimana umat akan maju dan menjadi umat terbaik sebagaimana ayat Quran, maksudnya :

a) “kamu adalah umat terbaik yang dilahir untuk manusia…………………..”

12. Orang Barat boleh mengubah manusia dari hina kepada mulia menggunakan satu ayat Quran sahaja. Dalam ceramahnya, 90% pengikutnya menjadi jutawan. Ini dibuat di Malaysia dalam satu seminar berbayar RM1,500 selama 4 jam. Apa ayat al-Quran yang digunakan : Demi masa ………… time management je.

13. Setengah orang alim kita (tidak ada kaitan dengan sesiapa, atau mana mana tempat dan pertubuhan) menekankan perkara yang menjadikan umat takut berjuang, bersaing dan berniaga. Penekanan dan tafsiran yang berbeza menjadikan ummat tidak maju, tidak kuat dan dihormati serta berpecah belah. Contohnya ayat Al-Quran yang jarang di huraikan surah Ali Imran 3 : 111 yang bermaksud

“sesungguhnya kamu tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh……………Jika meraka berperang nescaya mereka akan kalah dan melarikan diri…..


Ayat ini menyarankan kita supaya tidak takut berusaha, tidak takut pada dengki , fitnah, kata nista, kerana akhirnya kita pasti akan Berjaya.

14. Semua orang bercita cita menjadi Hafis Quran dan ianya adalah bagus tetapi bukanlah menjadi seperti burung kakak tua sahaja sebaliknya mesti hafal juga maknanya dan tafsiran dengan tepat. Contoh akibat salah tafsir akibat taklik buta adalah, Masjid sebagai tempat perpaduan ummah pun ada yang halang dikunjungi, dimana ianya bertentangan dengan ayat Al-Quran surah albaqorah 2:114 yang maksudnya
a) “amat besar kezaliman orang orang yang menghalang orang lain dari pergi ke Masjid ………..
Ulamak mengatakan Menghalang disini bukan sahaja dengan menyekat dan menumbuk tetapi menyakitkan hati, memberi ceramah fitnah di masjid yang tidak disukai oleh jamaah, imam yang di benci, halang kanak kanak dan perempuan dan seumpama yang bertentangan dengan 17 fungsi masjid seperti yang di terbitkan oleh majalah suara masjid.

15. Ikhlas akan menjadikan kita kuat “ kuat itu bukan dari fizikal tetapi tidak putus asa sehingga selesai dan Berjaya sesuatu usaha serta kuat menahan sabar (tabah)” “ cemerlang itu adalah membuat yang terbaik pada ketika itu”
Jika semua ummah buat yang terbaik dengan ikhlas kita akan kuat semula.

16. Tiada jalan lain, maafkan saudara, jernihkan dengki dan emosi kerana ia memakan dan merosakkan diri. Hujah dengan Ilmu yang betul dan amalkan dengan ikhlas
“Semuga Berjaya didunia dan akhirat Bukan muflis didunia dan akhirat”

Comments

DDRM said…
jana pendapatan RM 500 seminggu dan lebih
daftar percuma di sini
http://www.vemmabuilder/771684205.

hasilnya menkjubkan
, dengan hanya online dan di rumah, pendapatan terjadi berbeza dengan perniagaan lain . tak percaya cuba klik percuma di sini

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA