HOW TO MEMORISE IN EASY WAY - THE FORMULA
Petua
Dari Surah Al A’la (QS 87:6)
1. Di sekolah hafiz, disamping sibuk menghafal beberapa
orang guru hafiz hebat dari luar negara juga di jemput untuk memberi ceramah
dan berkongsi pengalaman dan petua yang mereka amalkan di sekolah hafiz mereka
yang boleh melahirkan ramai hafiz hebat.
2. Antara petua yang di berikan oleh guru sheikh
keturunan nabi adalah surah al a’la
Surat ini di baca dari ayat 1 -6, bila sampai ayat ke
6 ianya di ulang 7 kali.
3. Kemudian di mulakan lagi dari ayat pertama sehingga
ayat ke enam dan di ayat 6 di ulang 7 kali. Seterusnya di lakukan kali ketiga ulang
ayat 1-6 , dan di ayat 6 di ulang 7 kali . bermakna jumlah ulangan ayat ke 6
adalah 21 kali. Selepas itu baru di teruskan ayat ke 7 sehingga habis ayat ke
19.
4. Kenapa ayat ke enam penting didalam hafalan.
Lihat maksudnya, “kamilah yang menbacakan (al quran)
kepadamu (Muhammad) sehingga kamu tidak lupa” ulangan akan memasukkan keyakinan
kedalam subconscious mind dan keyakinan ini akan memberi motivasi hafalan agar
tidak lupa.
Kita lihat apa maksud surat ini ayat 1-5 pula
“ sucikanlah tuhanmu yang maha tinggi. Yang menciptkan
lalu menyempurnakan ciptaannya. Yang
menentukan kadar masing masing dan memberi petunjuk. Dan yang menumbuhkan
rerumputan untuk binatang ternakan. Lalu di jadikan (rerumput) itu kering
kehitaman”
5. Surah
ini menyatakan allah je boleh menjadikan seseorang itu lupa. Allah memberi
kemudahan dlm urusan kita, maka kita disuruh memberi peringatan, keranma
peringatan itu bermanfaat ( untuk menguatkan hafalan diri dan pelajaran kepada
orang lain). Orang yang takut kepada allah akan dapat pelajran ( seterusnya
Berjaya, kaya di dunia dan mendapat syurga kenikmatan di akhirat) sebaliknya
orang yang engkar ,degil, malas akan menjauhinya,( setrusnya kan merana, miskin
di dunia dan akhirat).
6. Petua ini tidak akan berjaya tanpa disertakan dengan hafalan melalui teknik yang akan di beritahu dalam article seterusnya. TEKNIK JIBRAEL, FORMULA HAFALAN NABI.
Comments