HOW TO CHANGE NEGATIVE TO POSITIVE BELIEVE. (BAGAIMANA MENUKAR KEPERCAYAAN DIRI YANG NEGATIF)


HOW TO CHANGE NEGATIVE TO POSITIVE BELIEVE
Menukar Kepercayaan Diri Yang Negatif

Berfikiran positif terhadap diri sendiri bukan nya boleh berlaku secara semuala jadi, kecuali anda memang benar-benar seorang yang positif dan anda memang mepunyai pendapat yang positif. Ramai orang  bersusah payah utk memikirkan secara positif tentang dirinya kerana syaitan selalu membisikkan hal yang negatif. Sebagai hasilnya mereka selalu mempunyai kepercayaan yang salah dan sesat yang mana menghadkan progress diri yang akhirnya menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.  Kepercayaan yang salah selalu bermula dari kecil tetapi walaubagaimana yakin pun ia di waktu kecil, dididik dan dibesarkan dengan penuh bahagia tanpa pencemaran iman, itupun keyakinannya  boleh dimusnahkan oleh musuh, persekitaran, pergaulan dan syaitan.

Sekarang tengok keliling anda, kepada abang adik, sepupu, kawan dan fikir adakah saya sama seprti mereka, atau anda berharap janganlah sama. Mungkin anda sama seperti mereka dari apa yang anda percayai.
Cuba lagi, fikirkan seseorang yang anda tak suka dan benci, atau amat marah disebabkan perkara dan kelakuannya yang tertentu.  Duduk diam sambil bertafakur dan ambil pen serta tulis semua perkara yang anda tidak suka berkaitan mereka atau perkara yang mengecewakan atau menguris hati anda. Bayangkan setiap orang dari mereka, lihat gerak geri, perangainya, ingat balik perkataan yang pernah anda dengar mereka ucapkan dan rasai kehangatan suasana ketika mereka marah.
  
Sekarang lihat pada diri sendiri, adakah ada perangai, perkataan dan perbuatan anda sama seperti mereka. Perkara penting di dalam latihan ini adalah, jika anda  boleh menjumpai perangai buruk, bentuk kelakuan dan trait di dalam diri orang lain, maka perkara sama juga ada di dalam diri anda. Bagusnya latihan ini memberi anda kesedaran tentang keadaan itu.

 Disini ada beberapa cara  bagaimana menukar kepercayaan negatif itu.
 
1.         Tukar penampilan anda
Jika anda selalu berfikiran negatif berkaitan seseorang, sesuatu benda, tukarkan nya kepada yang lebih positif. Jika anda di suruh membuat kerja yang susah, mencabar dan menyelesaikan masalah yang orang lain tak sanggup hadapi, maka tukar kepada kenyataan bahawa bos suka anda, dan mempercayai anda. Terima kerja itu dengan senyuman dan tangan terbuka serta melihatnya sebanyak mungkin dari sudut positif berkaitan kerja itu.
2.         Berhenti menilai diri sendiri (Ikhlas: asal Allah redho, yang lain saya tak peduli)
Kita semua mempunyai kecenderungan menilai diri sendiri dengan lebih ketat, samada  ia berkaitan penampilan diri, bakat, kemahiran, pengalama n atau kita punya penghasilan kecemerlangan. Untuk menghilangkan keyakinan yang salah dan negatif, anda kenalah berhenti dari menilai diri sendiri dan mula berfikir positif yang diri anda ada elemen hebat. jika anda tidak dapat berfikir apakah kehebatan anda Tanya orang sekeliling. Tentu anda ada hal positif yang hebat, seperti boleh bersukan, sihat tubuh badan, tiada kecacatan, suara yang baik, pandai mengaji, menggunakan computer, baik hati, pemurah, suka tolong orang dan seumpamanya.
Hamka berkata: Jika anda kehilangan kasut maka lihat  orang yang tiada kakinya. Jika anda tiada kaki maka paling kurang anda masih beryawa lagi.  Anda boleh mula menulis  senarai kelebihan anda itu dan focus kepada kelebihan yang boleh anda tambah baik untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri.
Sedikit langkah yang di ambil ini boleh menukar cara anda berfikir berkaitan diri anda  dan menghilangkan kepercayaan diri yang negative dari fikiran anda.  Pengunaan teknik didalam NLP melalui pattern tertentu, terutama pattern bulatan kecemerlangan boleh  menukar seorang yang tidak yakin kepada lebih berkeyakinan, lebih bersyukur, lebih bertenaga dan lebih ceria.



Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA