KESIHATAN MULUT DAN KUALITI HIDUP






Beberapa kajian berkaitan kesihatan mulut telah di buat yang mengukur masalah kegigian seperti adanya masalah gigi berlubang, penyakit periondontium atau gusi, dan keputusannya  melibatkan perancangan rawatan kegigian.

Penyakit kegigian ini mesti di kaitkan dengan kualiti hidup yang di iktiraf masa kita yang memberi kesan kepada keperluan perkhidmatan pergigian.

Kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan hidup melibatkan persoalan adakah:

1. Seseorang merasa sakit dari segi fizikalnya di sebabkan masalah mulut, gigi dan dentur,MGD ( seperti terdapat ulcer, tak selesa makan dll).
2. Adakah seseorang merasa fungsi mulutnya ( susah mengunyah, makan, minum, bercakap, senyum, nafas berbau, dll) terhad   di sebabkan masalah mulut, gigi dan dentur (MGD).
3. Adakah seseorang merasa  tidak selasa dari segi Psikologinya di sebabkan masalah yang sama, MGD (seperti makanan selalu tersangkut, merasa malu dll).
4. Seseorang merasa tidak upaya dari segi fizikalnya di sebabkan masalah yang sama,MGD (seperti mengelak memakan makanan tertentu, mengelak senyum dll)
5. Seseorang merasa tidak upaya dari segi Psikologinya di sebabkan masalah yang sama, MGD ( seperti tidurnya terganggu, susah menumpu perhatian dll).
6. seseorang merasa tidak upaya dari segi socialnya di sebabkan masalah MGD ( seperti mengelak berjalan keluar, merasa bermasalah menjalankan aktiviti harian dll)
7. Seseorang merasa cacat di sebabkan masalah MGD (seperti membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan mulut, hilang keyakinan diri dll).

Kajian mendapati :
1. 82 orang dari 1000 mengalami masalah no 1
2. 100 dari 1000 mengalami masalah no 2
3. 264 orang mengalami masalah no 3 dari 1000 orang penduduk.
4. 61 orang mengalami masalah no 4.
5. 15 orang mengalami masalah no 5
6. 6 orang mengalami masalah no 6
7. 27 orang mengalami masalah kecacatan dari 1000 orang
8. Keseluruhannya sebanyak 367 orang dari 1000 orang  selalu terkena kesan dari masalah mulut, gigi dan dentur. Ini melibatkan hampir 40 dari 100 terjejas kualiti hidupnya di sebabkan masalah berkaitan kesihatan mulut sahaja. 

Bagaimana cara mengatasinya:
1. Dapatkan nasihat pakar pergigian
2. Jaga kebersihan
3. Rawat kerosakan dan penyakit segera
     a. pendakap gigi untuk keyakinan diri bagi gigi berterabur
     b. tampalan untuk gigi berlubang
     c. scaling untuk penyakit gusi
     d. Crown, Bridge, Implant, Rawatan Akar. dll



Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA