KEPERCAYAAN YANG MENGHALANG KEMAJUAN



11.       Mengapa ianya Popular di kalangan orang Melayu sahaja  berkaitan saka. Orang Cina, India,       Arab dan orang Barat tiada kendengaran masalah ini.
22.       Adakah saka wujud
33.       Saka yang di maksudkan di sini adalah syaitan yang di turunkan dari ibu atau bapa seseorang secara automatic.
44.       Bukannya nya Baka, harta pusaka, atau  tafsiran seumpamanya
55.       Saka mengikut orang Melayu adalah jin atau mahluk halus yang mengikut keturunannya
66.       Persoalannya :
77.       Adakah boleh seseorang yang tak tahu apa apa, tiba tiba secara automatic  Jin Saka mengikutnya. Sedangkan  Hadis menyatakan “anak di lahirkan bersih seperti kain puteh ibu bapanyalah yang mencorakkannya ( melalui proses didikan).  
88.       Apabila kita makan tanpa membaca bismillah syaitan akan makan sekali. Maka wujudlah istilah  atau cerita syaitan gemuk dan yang kurus. Adakah syaitan makan seperti kita makan atau di sini maksudnya syaitan Cuma meransang nafsu makan sehingga kita makan berlebihan yang akhirnya membazir( menjadi saudara Syaitan)  serta merosakkan kesihatan ( BMI tinggi, gemuk, kolestrol, darah tinggi, kencing manis dll)
99.   Begitu juga apabila manusia bersama isterinya tanpa membaca doa, maka  Syaitan akan menyertainya.  Adakah akan lahir anak Syaitan secara fizikalnya ( dan inilah yang di panggil anak saka , yang setakat ini tiada wujud manusia berupa Syaitan dari segi fizikalnya) atau  maksudnya Syaitan akan meransang nafsu manusia agar melakukan hubungan berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan, lahir terlalu kerap sehingga ibunya tiada masa mendidik menjadi manusia berguna dan bapanya tidak mampu menanggung kos sara hidup (anak ramai tetapi  terabai dan tiada kualiti).
110.   Di dalam dunia ini atau di akhirat tidak ada sesuatu pun akan berlaku secara automatic”.  Allah sendiri pun apabila menghendaki sesuatu , maka ia sebut” “jadi maka jadilah ia” (“ innama amruhu izza aro dasyai in am yaku lalahu, qun fayakun”;  surah yasin).
111.   Di akhirat, seseorang akan di paksa masuk neraka samada dia hendak atau tidak. Mengapa? Ingatlah didunia dulu dia telah di beritahu sekiranya berbuat salah akan masuk neraka. Itu pilihannya, bukan nya berlaku secara automatic.
112.   Di Surga pun apabila seseorang ingin makan sesuatu, dia kena niat/ BERDETIK DALAM HATI,  baru lah dapat
113.   Realiti  kehidupan kita dari pengalaman harian, sekiranya kita nak membasuh menggunakan mesin automatic, kita kena hidupkan suisnya dahulu dan menekan butang seting yang kita perlukan.
114.   Begitu juga dengan penghawa dingin, kita kena tekan remote control dulu barulah penghawa dingin berfungsi ( system automaticnya berjalan seperti kipasnya bergerak, gas masuk, arus elektrik bekerja, bilik di sejukkan sampai suhu tertentu dan ia akan berhenti sendiri mengikut seting yang kita tetapkan).
115.   Maka bolehkah Saka terjadi tanpa diminta atau diniatkan secara automatic?. Anak tak tahu apa apa tetapi dia dapat di sebabkan kononnya bomoh kata perjanjian berlaku antara syaitan dan  ibu bapa dan ianyanya terikat sehngga 7 keturunan. Apa buktinya adanya perjanjian itu dan bagaimana nak sah kan betul. Atau ianya mainan syaitan melalui wakil nya ( bomoh)  yang sengaja nak sesatkan manusia atau melagakan kita.
116.   Adakah perkara ini benar Adakah hadis atau quran yang menceritakan hal ini
117.   Maklumat berkaitan saka ini di dapati dari siapa, dari firman Allah, dari Hadis nabi ( yang wajib di imani ) atau hanya dari kata kata Bomoh atau orang yang di sangka alim sahaja.  Jika dari mereka ini kita mungkin boleh dengar sahaja tetapi tidak perlu percaya, di takuti, atau menyebabkan kita sampai risau sehingga tak boleh tidur, tak lalu makan, hysteria, meracau dll.  Ingatlah apabila kita yakin, ia akan terpahat dalam otak bawah sedar kita( subconcius mind) dan akan terjadi. Sebabnya badan kita akan membuat tindakbalas dari kerisauan kita. Bila kita yakin dengan ramalan kita akan sakit, akhirnya kita akan mati di sebabkan risau hal itu (reaksi badan seperti: otak akan keluarkan hormone kortisol berlebihan  menyebabkan otak rosak, fikiran kita tak tenteram, badan lemah dan jika kalah dalam perjuagan dan putus asa,  ianya akan mati).
118.    Ingatlah Hanya Allah yang perlu di takuti.  Allah maha Kuat, maha bijaksana dan maha Kaya , yang hanya kepadaNya sahaja perlu di Minta. Allah sumber segala permintaan dan bergantung.
119.   Kepercayaan kepada bukan selain hadis dan quran berkaitan hal ini adakah kurafat, boleh menyesatkan, atau boleh menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Masing masing menuduh jirannya sebagai contoh kerana sesuatu penyakit atau kemalangan yang berlaku.
220.   Tugas syaitan memang menyesatkan manusia. Ini terjadi apabila Allah mencipta Adam yang pada mulanya tidak di persetujui oleh Para Malaikat ( surah Al Baqarah) tetapi arahan sujud pada Adam  di ikuti oleh Malaikat kecuali Iblis yang membawanya di murkai dan di halau dari Surga.
221.   Merasakan diri Iblis lebih mulia kerana di cipta dari api sedanga adam di cipta dari Tanah, lalu  beliau berjanji dengan Allah untuk menyesatkan keturunan  Adam.
222.   Allah memperkenankan permintaan iblis dan memanjangkan umurnya tetapi Allah memberi 2 senjata kepada keturunan Adam. Iaitu orang yang ikhlas ( buat sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana Allah)  dan menggunakan akalnya ( fikir logic dan di pandu oleh Quran dan Hadis) tidak boleh di sesatkan oleh Iblis.
223.   NASIHAT:
224.   JADI GUNAKAN SENJATA IKHLAS DAN GUNAKAN AKAL.  LOGIC KAH SAKA ITU. SYAITAN MEMANG ADA  ( QURAN DAN HADIS MENYEBUTNYA) TETAPI TERJADINYA SAKA SECARA AUTOMATIC SEPERTI TIDAK LOGIC.
225.   LAWAN SYAITAN DENGAN BERBUAT BAIK SECARA IKHLAS, BAKAR DENGAN QURAN. MEREKA PALING MENDERITA APABILA KITA BERTAUBAT. YAKIN DENGAN KUASA ALLAH SAHAJA.
226.   Perlu perbincangan Lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA