KAITAN ANTARA RASA PUAS HATI TERHADAP KESIHATAN ORAL DENGAN KUALITI HIDUP MEREKA.

Fakta:
1. Soalan berkaitan pendapat penduduk sesuatu tempat, berkaitan status kesihatan oral di buat dan di dapati 76.1% dari kalangan mereka berpuas hati. 
2. Tetapi didapati juga 75.5% di kalangan mereka berpendapat mereka memerlukan rawatan.
3. Kajian mendapati penduduk yang berpendapat status kesihatan mulutnya teruk, tidak berpuas hati dengan kesihatan mulutnya,  dan penduduk yang berpandangan mereka perlukan rawatan mempunyai skor yang tinggi dalam ukuran impact kesihatan mulut bermakna kualiti hidupnya yang berkaitan dengan kesihatan mulut adalah teruk..

Apa maksudnya:
1. Kualiti hidup terbena secara dinamic, mengikut perubahan umur, persekitaran dan suasana. Maka ianya sentiasa berubah mengikut masa.
2. Sikap dan perilaku manusia tidak tetap, berubah mengikut masa, pengalaman dan di ubahsuai oleh penyesuaian diri, sangkaan , harapan, dan daya tahan.
3. Walaupun ramai yang berpuas hati dengan status kesihatan mulutnya tetapi ramai dikalangan mereka masih memerlukan rawatan kerana ingin menambah baik status kesihatan mulutnya.
4. Keadaan mulut sentiasa berubah. di waktu muda banyak gigi yang sihat tetapi apabila telah tua, gigi dan gusi yang telah lama di gunakan statusnya akan menjadi lebih teruk dan banyak rawatan untuk memulihkan kerosakannya di perlukan.
5. Rasa puas hati yang tinggi , sedangkan hakikatnya status kesihatan gigi mereka yang teruk, menyebabkan penjagaan gigi di abaikan. mereka hanya merasa perlu rawatan tetapi tidak pergi mendapatkan rawatan atau mengambil langkah pencegahan  lebih aggresif agar keadaan kegigian tidak menjadi bertambah buruk.

Nasihat:
1. Buat pemeriksaan dan kenalpasti penyakit dari awal ( 6 bulan sekali) sebelum ianya bertambah teruk dan kos rawatannya menjadi lebih mahal.
2. Jangan tunggu sakit untuk mendapatkan rawatan
3. Sentiasa membersihkan gigi dan mulut agar diri dan orang di sekeliling berpuas hati dengan susunannya, senyumannya, harumannya dan menjadi daya penarik manis menawan.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA