PUNCA KEGAGALAN DALAM SEGALA HAL: MEMBENARKAN JALAN PEMIKIRAN DI KUASAI OLEH ORANG DAN MAKHLUK LAIN.

SIAPA YANG SALAH: PILIHAN DAN KEPUTUSAN: PEMIKIRAN KITA TIADA SYAITAN ATAU ORANG LAIN YANG BOLEH KAWAL. KITA SENDIRI YANG CONTROL.

1. Hubungan suami isteri adalah hubungan yang intim dan kekadang di landa gelombang besar lebih lebih lagi jika ada penasihat luar yang suka mengambil kesempatan dan adanya syak wasangka.. Hanya kasih sayang yang boleh menjadikan hubungan ini bertahan
2. sifat semulajadi manusia memang suka buruk sangka lebih lebih lagi jika hubungan agak rengang dan jarang berjumpa. Suami bekerja di waktu malam dan isteri di waktu siang . bila waktunya bersua dan bermesra.
3. Hubungan mesra adalah penting dalam persaudaraan. Imam Hassan albanna memberikan panduan dalam rukun persaudaraan dan usrah; “sesungguhnya julung julung kekuatan itu adalah kekuatan perpaduan , tidak akan tercapai perpaduan itu melain kan adanya persaudaraan. Tidak tercapai persaudaraan itu melainkan adanya kasih sayang dan kemesraan dan serendah rendah persaudaraan adalah sangka baik terhadap saudaranya. Jika sangka buruk tiada lagi persaudaraan.
4. sangkaan buruk semata mata tanpa bukti dan membuat tuduhan liar adalah kesalahan. Itu fitnah. Kerja ini biasanya di buat oleh orang yang jahat dan busuk hati. Contohnya dia merompak barang orang, bila di tangkap bukan ia hendak mengaku dan meminta maaf malah menuduh tuan rumah itu yang jahat ada simpan hantu, saka dan sebagainya.
5. begitu juga jika suami atau isteri di tangkap melakukan curang ( ada pasangan lain). Untuk melepaskan dirinya ia pula membuat tuduhan dan fitnah yang suami atau isterinya yang ada orang lain, dan menceritakan keburukan lain lain rahsia rumah tangganya kepada orang asing. Orang yang di tuduh dan di fitnahnya tanpa bukti, belum tentu jahatnya tetapi dirinya yang menjaja fitnah itu sudah terbukti jahatnya ( sebab perbuatan fitnah itu memang kerja orang jahat dan berhati busuk /berpenyakit).
6. lebih mendengar nasihat orang lain dari keluarga sendiri yang iklas dan tiada kepentingan biasanya akan merosakkan rumah tangga.
7. Diri kita, kita sendiri yang punya. Jika kita membenarkan syaitan masuk kedalam diri kita, menjadikan kita was was, keputusan kita terganggu, emosi tidak stabil siapa yang susah?
8. Kita mesti mengawal pemikiran dan hati kita. Itu kita yang punya. Orang lain boleh cuba menyakiti badan kita , tetapi jika kita tak sakit hati dia boleh buat apa? Orang lain boleh mempengaruhi pemikiran kita , mengadu domba, menyuruh kita bercerai tetapi keputusan dan fikiran waras, kita yang punya. Kita nak berdamai atau tak- itu hak kita membuat keputusan.
9. Jika kita membuat keputusan untuk sakit hati , berdendam, mengenang peristiwa pahit silam , siapa yang susah. Darah kita akan naik, lama lama boleh sakit jantung , tak boleh tidur dan tak lalu makan (atau makanan di makan tak hazam menyebabkan sakit perut) siapa yang akan mati cepat?.
10. Kita juga membuat keputusan untuk tinggal bosan seorang dirumah, dengan anak di hantar kerumah ibu untuk di jaga. Bosan boleh menjadikan kita letih dan mengantuk lebih dari kepenatan memanjat gunung kinabalu. Bosan juga menjadikan kita stress dan tention, yang akhirnya boleh merosakkan urat saraf kita. Siapa yang pilih untuk membinasakan diri. Diri sendiri juga . kenapa pilih jalan itu. Kenapa pilih hanar anak ke rumah orang dan menyusahkannya ( kenapa tak menyibukkan diri dengan membela sendiri). Buat lah keputusan yang positive, diri dan pemikiran kita yang control. Jangan beri syaitan masuk. Syaitan manusia atau jin tidak boleh masuk jika kita tak benarkannya. “ Allah tidak akan ubah nasib kita jika kita sendiri memilik untuk kekal tidak berubah” ( kekal malas, buruk sangka, sakit hati, pendendam, kekal dengan kerja teruk tapi pendapatan sikit, kekal tidak tambah ilmu dan sebagainya), jadikan setiap kerja walupun bosan, rasa seronok, barulah tidak rasa letih dan walau bagaimana susahpun, ianya akan rasa mudah. Kita sendiri yang buat keputusan dan memilih jalannya.
11. kehidupan kita mesti seimbang. Hidup ikut kemampuan. Orang yang gaji RM 20,000 sebulan juga merasa tak cukup tambahan pula yang bergaji rm 2000.
12. jika kita bergaji kecil hidup dan makanlah mengikut kemampuan kita. Janji boleh makan, pakai, tidur cukup dan hidup bahagia juga. Gaji rm1000 misalnya , kena membelanjakan keperluan harian sebanyak rm 800 dan simpan rm200. bukan berhutang dan berbelanja melebihi kemampuan dan pendapatan. Itu mencari susah dan merosakkan kesihatan kerana pening kepala yang kita sendiri cari dan buat.
13. masalah ego mestilah di kawal. Ego penting untuk menegak kebenaran dan supaya orang lain tidak boleh buli. Itu tanda sayang pada diri sendiri (self esteem) . Ia penting dalam membena keyakinan diri dan menetapkan pendirian. Tetapi jika menegakkan benang basah, kebenaran tidak diterima ia sombong dan bongkak namanya. Kebenaran mesti di terima walau bagaimana pahit sekalipun , jika tidak Negara tidak akan maju dan dunia menjadi huru hara. Orang yang salah kena minta maaf dan akui kesalahannya. Orang salah tidak boleh merajuk dan minta di pujuk. Itu dah terbalik dan esok dia buat lagi. fikirannya mesti di bersihkan dari keyakinan jika dia buat salah nanti akan ada orang yang akan pujuk. Tetapi kesalahan kecil dan kecil hati dalam pergaulan akan sentiasa berlaku dan pujuk memujuk pun penting. Hantarlah bunga, kad atau bawa berjalan jalan sekali sekala. Bila orang dah pujuk janganlah pula jual mahal.
14. peranan suami sebagai pemimpin, mesti menegur isteri yang menyeleweng dan melakukan kesalahan. Marah kena pada tempatnya bagus, jika tidak ia di kira dayus dan orang dayus tak masuk surga. Ingat “queen control” balasannya NERAKA
15. Quran surah an-nisa 4:33 yang bermaksud. “ kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawap terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang orang lelaki ( dengan beberapa keistemewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang orang lelaki telah membelanjakan ( memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
16. “ maka perempuan perempuan yang soleh yang baik itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara ( kehormatan dirinya dan apa apa yang wajib di pelihara) ketika suaminya tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya”.
17. “dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuk) hendaklah kamu nasihati mereka dan ( jika mereka degil) pulaukanlah mereka dari tempat tidur dan ( jika mereka masih degil) pukullah mereka ( dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya.”
18. “ kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah maha tinggi lagi maha besar”.
19. kemudian di sambung Ayat ke 34 ; “ dan jika kamu bimbang perpecahan diantara mereka berdua ( yang akan menyebabkan anak mereka susah dan beban pada masyarakat) maka lantiklah orang tengah ( untuk mendamaikan ) mereka iaitu, seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua dua orang tengah itu ( dengan ikhlas) bertujuan untuk mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan keduanya berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya.
20. sumpah laknat (li’an) tidak boleh di main mainkan kerana kejadian buruk boleh berlaku bila bila masa samada orang itu baik atau salah. Lebih baik segala tuduhan di buat dengan pembuktian yang mana zaman moden ini, jika perompak meninggalkan nasi yang di makan pun orang boleh kesan siapa dia. Belum lagi tapak tangan, kesan kaki dan sebagainya.
21. amalkan tiga perkataan ajaib ( 3 magic word) yang boleh menyelesaikan segala masalah. Jika salah, katakana saya minta maaf (sorry), saya tak sengaja. Jika orang memberi , katakan terima kasih (thank you). Jika ingin bantuan , katakan boleh tak awak tolong (help me please) saya buatkan secawan kopi ( misalnya).
22. Hormat orang tua itu penting. Tidak berlaku zalim dengan balik ke rumah saudara sendiri sahaja sedang kan saudara sebelah suami atau isteri di abaikan. Tidak adil, ini menyebabkan badan kita di sebelah neraka terus di bakar di neraka. Berlaku Adil boleh masuk surga yang penuh nikmat yang tak terkata.
23. ibu bapa sudahlah penat menjaga kita dari kecil. Anak kita ( cucu dia) pun kita hantar kat dia yang dah tua dan tak larat lagi. Pening kepala orang tua tu. Menyusahkan ibu bapa, tidak menziarah mereka, tidak hormat orang tua, menyebabkan kehidupan kita, Allah jadikan susah dan rezki susah nak masuk. Menziarahi orang tua dan saudara mara sahaja, boleh membuat kita rasa cukup dan bahagia walaupun gaji tak besar. Ini pengalaman benar saya , kalau tak percaya cubalah.
24. pantang larang dalam bernegara dan bersuami isteri. Jangan sentuh hal sensitive. Contoh isu perkauman , akan menyebabkan Negara huru hara. Jangan sentuh (treger) tempat yang suami atau isteri tak suka . ini akan menaikkan kemarahannya. Walaupun dia jarang marah ( selalu diam dan mengikut sahaja) dan bukan jenis panas baran tetapi jika di sentuh hal yang ia tak suka ini akan menaikkan darahnya. Contohnya dia tak suka orang di bawah pengaruhnya melawan , atau cakap meninggi suara di depan nya. Jika orang membuat benda tu , ha tanggung dan siaplah engkau, sendiri cari penyakit. Begitu juga jika dia memalukan suami atau isteri dengan meninggi suara di depan orang ramai atau keluarga di sebelahnya. Balik nanti atau dimana mana tempat yang sesuai siaplah kau, bukan dia dera tapi akan di ajar supaya lebih bersopan dan beradap tak kiralah dia ustazah, anak menteri ke, dia ada kungfu ke, atau memiliki bomoh satu dunia. Ajar kena tetap kena ajar, bagi orang yang kurang ajar ni secara betul dan adil supaya dia tahu kesalahanya, tidak ulang lagi dan kebenaran dapat di tegakkan dan dunia menjadi harmoni. Orang alim pun jika tidak ada takwa akan menyeleweng, macam ular memusing fakta, yang salah di putar-putar menjadi betul. Orang macam ni akan dulu masuk neraka dan tempatnya yang paling bawah.
25. orang lelaki mesti taat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka sepanjang masa( surah luqman, 31:14-15). Tetapi orang perempuan apabila sudah berkahwin ketaatan nya berubah kepada suami sepenuhnya (quran , 4:33). Hiduplah dalam mufakat dan kerjasama. Berat sama di pikul ringan sama di jinjing, hati kuman sama di cicah , hati nyamuk sama di lapah.
26. kesah di zaman nabi sebagai iktibar. Suaminya pergi kerja dan berpesan jika hendak kemana mana minta izinnya dulu. Bapanya yang tinggal di rumah bawah telah sakit dan isteri ini mohon kebenaran dari nabi Muhammad untuk ziarah. Nabi menjawap taat suami kamu. Kali kedua ayahnya sakit lagi teruk dan ia minta kebenaran nabi sekali lagi dan jawapan adalah sama. Kali ketiga bila ayahnya telah meninggal dan di kuburkan jawapan nabi juga sama, taat suami kamu. Dan nabi memberitahu ayahnya masuk syurga di sebabkan amalannya yang taat pada suaminya. Nampak macam extreme (dan banyak kesah seperti ini) tapi itulah ajaran Allah dan peraturannya. Sesungguhnya Allah dan rasul lebih mengetahui hikmah sesuatu perkara dan kesannya di masa depan.
27. pemikiran kita yang punya, kita yang control. Jangan beri masuk pengaruh negative dan syaitan. buat keputusan hari ini untuk berubah menjadi lebih baik dan menjadi pemimpin untuk anak anak. Tunjuk contoh yang baik, baru anak boleh ikut dengan jelas dan dia tidak keliru ( apabila kita bercakap lain tetapi buat lain, contoh melarang anak merokok tapi bapa sendiri merokok;, kita menasihati mereka jangan melawan cakap orang tua atau cakap ibu nanti masuk neraka, tapi tiba tiba anak melihat ibunya meninggi suara atau melawan cakap ayahnya).
28. menukar waktu kerja amatlah penting agar suami isteri boleh bersama, jika seorang kerja siang tetapi yang seorang lagi kerja malam , bila nak jumpa. Pergilah melancung atau berkelah bersama sama. Balik kampong dan bela ikan di hujung minggu. Bawa anak ke kebun , tanam pokok, beri ikan dan burung makan. Mahluh Allah ini, dia boleh cari makan sendiri, beranak sendiri, tinggal disarang dan kolam kita yang bila tiba masanya boleh di jual dan memberi rezki yang banyak juatan ringgit ( lihat minute mesyuarat al-jeed siri 2). Ia boleh menghilangkan tention, mengeluarkan peluh dan toksik di badan, mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping dapat mengusahakan tanah terbiar yang memberi rezki tambahan tanpa usaha yang berat. Makanlah dengan seimbang dan jaga berat badan dan kesihatan sendiri supaya sentiasa awet muda dan kelihatan cantik dan smart selalu.
29. belanjalah ikut kemampuan sendiri dan lakukan sembahyang tahajut dimalam hari. Syaitan ada di mana mana. Halau dia dengan ayat quran. Baca dan baca juga maknanya supaya mendapat petunjuk setiap hari dan rumah menjadi bercahaya. Jadikan rumah kemas dan seperti syurga di dunia. Pagar rumah dan keluarga dengan ayat quran dari gangguan mahluk halus dan musuh yang nyata dan tak nyata. Ingat Allah dengan berzikir selalu. Mohon pada Allah yang maha perkasa yang tidak boleh di kalahkan oleh sesiapa pun. Terpulang pada Allah untuk menolong dan menjaga rumah kita dengan menghantar sesiapa sahaja mahluknya tak kira jin, manusia, semut atau apa sahaja. Itu kerja Allah, kita Cuma berdoa.
30. sembahyang taubat selalu supaya hati bersih dan doa boleh di makbulkan. Sembahyang hajat setiap hari dan mohon “ ya Allah ampunilah dosa saya dan tunaikan hajat saya apabila saya memerlukan dan beri saya petunjuk apabila saya memerlukan”. Sesungguhnya engkau maha pemberi kurnia.
31. Waulahhuaklam, perlu perbincangan lanjut.
“PUNCA KEGAGALAN; MEMBENARKAN PEMIKIRAN DI KUASAI OLEH ORANG LAIN”

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA