BAGAIMANA NAK KUMPUL 100 000 ORANG. BESARNYA JASA RASUL DAN BAGAIMANA MENIRU PENGARUHNYA

Maulidur Rasul : 201021

1.    Orang bertanya bagaimana rasul boleh di ingati walaupun sudah 1400 wafat

2.    Orang barat pening kepala kenapa dan bagaimana ajarannya masih di ikuti

3.    Lihat di Mekah orang mengerjakan haji 5 juta setahun, membuat tawaf keliling kaabah, berkumpul di padang arafah dengan perhimpunan 5 juta serentak. Sekiranya tiada sekatan dan qouta akan lebih ramai lagi.

4.     Bolehkah kita kumpulkan 500 000 (10%) dari jumlah itu. besarkah pengaruh kita yang hidup ini berkempen dan kumpulkan orang seramai itu. bolehkah orang datang secara sukarela dengan tambang sendiri dari pelusuk dunia ke program yang kita anjurkan.

5.     Kita kurangkan jumlah cabarannya. cuba kumpulkan 50 000 orang ( 0.01%) untuk program anda. itu pun masih sukar?. kita kurangkan lagi kepada 5000 sahaja ( 0.001%) agar bebanan anda menjadi kurang.

6.      Masih sukar lagi, kerana alasan kita nak kumpul anak beranak yang 5 orang pun sukar. kita beri lagi diskaun kepada 500 sahaja ( 0.0001%) atau mudahkan lagi 50 orang ( 0.00001%) orang sahaja kumpul buat kenduri, kita beri makan untuk mereka datang, buat program beri beras dan duit.

7.     Anak nak balik kampung setahun sekali pun memberi berbagai alasan, sibuk, kerja, tiada cuti. sukarnya menyatukan adik beradik, rakan sekampung, anak beranak. 

8.     Bagaimana nabi SAW boleh begitu besar pengaruhnya sehingga masuk menjadi orang pertama dari 100 orang paling berpengaruh di dunia, yang di kaji dan di tulis buku orang orang barat.

9.     Hakikatnya ajaran, akhlaknya, sunnahnya sangat berpengaruh

10.     Jika kita dapat ikut sifat dan sunnahnya hanya 0.01 % mungkin kita boleh kumpul dan satukan ummat 50 000 orang serentak.

11.     Itu yang cuba di buat oleh oleh ramai pendakwah dan ulamak mungkin. 

12.     Ada yang satukan ummat melalui solat , mereka berjaya satukan dan kumpulkan ramai orang secara sukarela di masjid

13.     Ada yang gunakan quran, melalui pusat tahfiz, mereka juga berjaya kumpulkan ramai anak murid

14.     Ada yang membuat perniagaan membantu  ibadah haji, juga puluhan ribu dapat di kompulkan

15.     Ada yang berjaya kumpulkan ramai orang, itu pun 0.0001%  , 500 orang sahaja, melalui kaedah ilmu, anjurkan seminar, bengkel, dan mesyuarat. di buat di hotel dengan belanja besar dan setengahnya di sponser.

16.    Semua kaedah ini adalah sebahagian dari sunnah.

17. Muhammad Alfateh, menyatukan tenteranya 250 000 dengan satu matlamat jihat, menakluk konstatinople untuk buktikan satu hadis nabi sahaja. satukan dengan jihat.

18.     Di akhir zaman, nabi bersabda , surah 18 al kahfi boleh mengelak dari fitnah dajjal, mungkin boleh di gunakan untuk satukan ummat.

19.     Atau gunakan tentera imam mahdi, yang tuhan redho untuk satukan ummat dari fitnah dan tekanan kuasa jahat. Menjadi pemimpin terbaik, rakyat terbaik dan tentera terbaik.

20.     Untuk orang tua 50 tahun keatas, mungkin boleh satukan mereka dengan surah al mulk, sebagai persiapan untuk elak siksaan kubur bila meninggal. mereka juga boleh di satukan di sudut "wise man" atau pusat "think tank" yang boleh memberi idea dan plan tindakan untuk majukan negara dan menjadikan genarasi akan datang ummat terbaik.

21.     Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. ada sebabnya yang kita kena cari kenapa di jadikan ummat islam lemah sekarang ini. ilmu tuhan itu maha luas. hanya orang yang ikhlas akan dapat petunjuk kejalan yang benar. orang yang ikhlas dalam berkoperasi akan berjaya, sebaliknya yang ada kepentingan akan berhenti separuh jalan.

22.     Mari kita berselawat keatas Rasul yang dikasihi dan mengikut sunnahnya walaupun hanya 0.0001% tetapi impaknya nampak besar. 

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA