1. PENDAHULUAN Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masaalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing. Selaras dengan tuntutan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani oleh sekelian kaum. Menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan , maka marilah kita sama-sama mengambil inisiatif untuk menyahut seruan dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa & negara. Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, maka pihak Koperasi Qaryah Masjid Jamek Kubang Semang Berhad dengan sebulat suara bercadang untuk menubuhkan Kedai Koperasi yang beroperasi sebagai pusat perniagaan peruncitan ,pemborong , perkhidmatan dan barangan pengguna di sebuah tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) di belakang tapak masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kedai Koperasi ini akan dilengkapi dengan segala teknologi moden dan terkini seperti POS Sistem (Point Of Sale) , Inventori, Wireless Internet, Sistem Pengawsan Kamera CCTV dan lain-lain kemudahan dan peralatan terkini bagi memudahkan pengendalian operasi perniagaan. - 2 - 2. PENGENALAN Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM489,000 bagi rancangan perniagaan Kedai Koperasi Masjid Kubang Semang. Di atas tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) di belakang masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Projek dan lokasi ini dipilih kerana : a) Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil & banyak tertumpu kepada pekan dan pusat bandar sahaja. b) Lokasi dan prasarana yang startegik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa depan. c) Kehadiran penduduk yang tinggi ketika kegiatan/program di masjid. d) Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa. e) Terletak di jalan alternatif utama daripada highway Seberang Jaya & Kulim. f) Kepadatan penduduk yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 800 keluarga menetap di didalam kawasan qariah masjid Kubang Semang Barangan yang akan diperkenalkan didalam perniagaan ini adalah terdiri daripada : 1) Barangan Makanan (Kering, Basah dan Sejuk Beku) – 60% 2) Barangan Keperluan Harian (Personal Hygiene & Household) – 10 % 3) Makanan Ringan (Snack & Titbits) – 10 % 4) Minuman (Baverage) – 10% 5) Barangan Keperluan Am – 10 % Dengan adanya pasar mini serbanika di lokasi tersebut, penduduk setempat dapat menjimatkan kos,masa dan wang disamping beramal bagi membantu memajukan ekonomi masyarakat Islam amnya. Disebabkan pelbagaian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan khususnya bagi masyarakat Islam, perniagaan ini mampu berdayasaing dan berkembang maju dengan memonopoli kuasa pasaran pelanggan masyarakat setempat. - 3 - 3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / PROFAIL PROJEK 3.1 BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT Nama Syarikat : Koperasi Qaryah Masjid Jamek Kubang Semang Bhd Alamat Perniagaan : Lot 1270, Jalan Permatang Nibong, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam. E-mail : komaks_pp@yahoo.com No Pendaftaran Koperasi : P - 3 – 0267 Jenis Perniagaan : Milik Tunggal Sdn Berhad Perkongsian Syer Awam Koperasi Perbadanan Tarikh Daftar Koperasi : 30 Julai 2004 * Sertakan Salinan Perakuan Pendaftaran Koperasi.(Sila rujuk lampiran di muka sebelah) X - 4 - 3.2 PROJEK CADANGAN 1. Jenis : Kedai Koperasi (Pemborong & Peruncitan) 2. Jumlah Kos : RM 569,000 3. Modal Sendiri : RM 80,000 4. Jumlah Modal Diperlukan : RM 489,000 Modal Sendiri yang telah dibelanjakan oleh Koperasi Qaryah Masjid Jamek Kubang Semang Berhad adalah bagi pembinaan tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) di belakang masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menjalankan perniagaan kedai koperasi. (Sila rujuk gambar tapak premis kedai koperasi dibawah) - 5 - 4. ASPEK PENGURUSAN 4.1 Carta Organisasi Syarikat 4.2 Lembaga Pengurusan Syarikat 1. Jawatan : Pengurus Operasi Bilangan Pekerja : 1 orang Gaji Bulanan : RM1,500.00 Tanggungjawab : Menyelaras keseluruhan operasi syarikat. Memenuhi keperluan & misi syarikat. Penasihat Koperasi Jurujual ( 4 orang) Jualan / Khidmat Pelanggan Stor / Tempahan Pembantu Stor ( 2 orang) Pengurus Operasi Penolong Pengurus Kerani Am - 6 - 2. Jawatan : Penolong Pengurus Bilangan Pekerja : 1 orang Gaji Bulanan : RM1,200.00 Tanggungjawab : Membantu pengurusan operasi syarikat. Menyediakan kewangan, stok & tempahan. 3. Jawatan : Kerani Am Bilangan Pekerja : 1 orang Gaji Bulanan : RM600.00 Tanggungjawab : Merekod urusniaga & data ke dalam sistem. Menyuusun & mengemaskinikan fail syarikat. Menyediakan bil, baucer & data urusniaga. p Membantu pengurusan operasi syarikat. 4. Jawatan : Jurujual Bilangan Pekerja : 4 orang Gaji Bulanan : RM500.00 Tanggungjawab : Melayan & berkhidmat kepada pelanggan. Pengiraan & pemeriksaan stok barangan. Menyusun & menjaga kebersihan premis. Mematuhi keperluan pihak pengurusan. 5. Jawatan : Pembantu Stor Bilangan Pekerja : 2 orang Gaji Bulanan : RM650.00 Tanggungjawab : Menyelaras pengurusan stor. Penerimaan & catatan rekod stok barangan. Mengira & memeriksa stok barangan. Memastikan stok sentiasa mencukupi. - 7 - 5. ASPEK PERKHIDMATAN 5.1 Peralatan / Mesin Yang Diperlukan (Rujuk rajah pelan lokasi & susun atur premis) JENIS BIL UNIT HARGA (RM) PEMBEKAL Sign Board (28’ x 3’) 1 6,800 APEE Engineering S/B Air- Cond 2-HP 3 8,040 APEE Engineering S/B Air-Cond 1-HP 2 2,900 APEE Engineering S/B Lampu 2x40 watts 10 1,800 APEE Engineering S/B Gondola island (tengah) 36 15,780 Perniagaan Bintang RK Gondola wall (dinding) 19 10,735 Perniagaan Bintang RK Troli Barang 10 3,000 Perniagaan Bintang RK Chiller-2 door 1 3,400 Perniagaan Bintang RK Chest Freezer - slider glass 1 2,300 Perniagaan Bintaang RK Freezer-2 door 1 7,800 Perniagaan Bintang RK Kaunter (L-shape) 2 2,500 Perniagaan Bintang RK Rak Barang Runcit 1 240 CH Metal Engineering Rak Suratkhabar / Majalah 1 180 CH Metal Engineering Rak Bilik Stor (H-Duty) 1 set 2,400 CH Metal Enterprise Troli Stor 2 500 CH Metal Engineering Roller Shutter 2 4,800 CH Metal Engineering VKnow Pos/Inventory Sys. 3 sets 21,500 Irev Venture CCTV Surveillance Sys. 8 9,860 Irev Venture Komputer, Printer, Wifi-R 1 set 3,288 Irev Venture TV 29’-Samsung + Bracket 1 2,000 Viacom Enterprise Alat Tulis 22 1,045 Viacom Enterprise Mesin Sealer 2 168 Viacom Enterprise Kipas angin dinding-26” 5 1,400 Viacom Enterprise Exhaust Fan 15” 5 1,500 Viacom Enterprise Timbang Elektronik (USA) 1 4,550 Comscale Enterprise Mesin Fotostat & Fax 1 3,288 Imaging Solution Mesin Kad Prepaid 1 1,400 Whoops Peralatan Pejabat 9 2,162 Delta Business Solutions Beg Plastik (3 size) 3 size 5,178 Lok Weng Trading S/B Van Hiace-Comercial Use 1 84,000 UMW Toyota JUMLAH 214,514 5.2 Bahan Mentah / Stok (RM70 / ka.persegi=RM130,000 + RM70,000 Stok Awal) JENIS JUMLAH HARGA (RM) PEMBEKAL Barangan Makanan 120,000 Sila rujuk lampiran Barangan Keperluan Harian 20,000 Sila rujuk lampiran Makanan Ringan(Snack & Titbits) 20,000 Sila rujuk lampiran Minuman (Beverages) 20,000 Sila rujuk lampiran Barangan Keperluan Am. 20,000 Sila rujuk lampiran Jumlah 200,000 - 8 - 6. ASPEK PEMASARAN 6.1 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN Kubang Semang terletak ke utara Bukit Mertajam iaitu lebih kurang 6.5km dari Pusat Bandar Bukit Mertajam dan 10 minit perjalanan ke Seberang Jaya & Kulim melalui lebuhraya. Kubang Semang merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Dilengkapi dengan infrastruktur pembangunan yang terancang dengan kemudahan jalan raya yang lebar dan luas bagi kemudahan sistem pengangkutan. Terdapat masjid, klinik, sekolah, kedai makan/warung, kawasan perindustrian kecil, gudang komersial & stesyen minyak. Bagi penempatan penduduk pula terdapat rumah kampung, rrumah sewa,asrama pelajar serta taman perumahan penduduk di kawasan setempat yang berselerakan di sekitar kawasan masjid tersebut. Bagi perancangan pembanggunan di masa depan, Jalan Permatang Nibong merupakan lokasi yang strategik kerana di kawasan tersebut bakal dimajukan bagi mendirikan balai bomba, balai rakyat, kawasan perumahan dan jalan pintas utama ke Bandar Perda. Ini akan meningkatkan populasi penduduk dan kuasa membeli bagi kedai koperasi masjid yang bakal dimajukan itu nanti Kawasan premis perniagaan yang berhampiran dengan masjid Kubang Semang juga merupakan satu daya tarikan dan kelebihan. Dimana pada setiap hari jumaat dan hari majlis/program ilmu , ramai orang dan umat Islam akan berkunjung ke masjid bagi menunaikan tanggunggjawab. Secara tak langsung ini telah menjadikan lokasi ini satu pusat perhimpunan pelanggan yang akan meningkatkan kuasa pembeli secara stabil dan konsisten . Dengan strategi dan promosi pemasaran yang mantap dan berkesan nescaya perniagaan ini akan dapat berdayasaing dan berkembang maju di masa hadapan dan menjadi contoh dalam memajukan ekonomi orang Islam di pasaran global. Disebabkan lokasinya yang strategik dengan segala kemudahan infrastuktur yang pesat membangun, saya berkeyakinan penuh projek yang akan dimajukan di lokasi ini akan berjaya dan mampu bersaing dalam menempuhi segala rintangan dan cabaran di dalam dunia perniagaan. - 9 - 6.2 PREMIS PERNIAGAAN Premis perniagaan yang dicadangkan terletak di belakang Masjid Kubang Semang. Premis perniagaan setingkat seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) telah siap pembinaannya dan akan dilengkapi kemudahan dan infrastruktur asas bagi menjalankan operasi. Lokasi ini dipilih kerana ianya pesat membangun dan bakal menjadi pusat tumpuan penduduk daripada kawasan sekitar seperti Tanah Liat, Sungai Semambu, Permatang Nibong ,Kampung Petani dan Penanti. Lokasi ini menjadi kawasan tumpuan utama penduduk kawasan setempat untuk urusan harian kerana di sini terdapat beberapa kemudahan seperti masjid, sekolah, kedai kopi, kedai makanan, restoran, balai polis dan stesen minyak serta kediaman penduduk setempat dan laluan pengguna awam yang bertali arus disamping prasarana yang menarik dan strategik bagi pembangunan di masa depan. Antara kelebihan lokasi ini ialah • Kurang Persaingan dimana bilangan pekedai adalah kecil & banyak tertumpu kepada pekan dan pusat bandar sahaja. • Lokasi dan prasarana yang startegik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa depan. • Kehadiran penduduk yang tinggi ketika kegiatan/program di masjid. • Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa. • Terletak di jalan alternatif utama daripada highway Seberang Jaya & Kulim. • Kepadatan penduduk yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 800 keluarga menetap di didalam kawasan qariah masjid Kubang Semang Premis yang dicadangkan adalah merupakan banggunan satu tingkat dengan keluasan 1848 kaki persegi (66’ x 28’). Pembinaan premis perniagaan tersebut telah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM80,000. Pihak koperasi Masjid Kubang Semang telah mengeluarkan belanja bagi menampung perbelanjaan pembinaan premis tersebut. Pengubahsuaian perlu dilakukan keatas premis tersebut dan kos pengubahsuaian tersebut adalah sebanyak RM17,300. Proses pengubahsuaian perlu dilakukan ke atas premis ini untuk menampilkan ciri-ciri sebuah kedai koperasi yang mesra pengguna dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menarik perhatian dan meyakinkan pelanggan. Sila rujuk pelan cadangan susunatur premis perniagaan di muka sebelah. - 10 - Pelan Lokasi & Susun Atur Premis Kaunter Juruwang Pejabat Pengurusan Stor Barang 11 ‘ 4 ‘ 3 ‘ 4 ‘ 4 ‘ 4 ‘ 4 ‘ 66 ‘ 28 ‘ 14 ‘ 8 ‘ 35 ‘ 7 ‘ 5 ‘ 1.5‘ 5 ‘ 4 ‘ 10 ‘ 4 ‘ 5 ‘ 5 ‘ - 11 - 6.3 SASARAN PASARAN Sasaran pasaran kedai koperasi ini adalah bagi penduduk setempat, individu, surirumah, pelanggan sampingan, peniaga kecil-kecilan, gerai makanan , kedai runcit dan masjid di kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana keperluan barangan runcit adalah keperluan harian bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat .Jika dilihat dari segi komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai peringkat samaada dari segi pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan sebagainya. Ianya akan mendapat permintaan yang tinggi setiap hari dan akan berterusan dari masa ke semasa terutamanya di musim perayaan, majlis kenduri dan keramaian. Peratusan jualan bulanan daripada kumpulan sasaran ini adalah dianggarkan : • Individu / sururimah – 50.00 % (RM 15,000) • Peniaga / Usahawan Kecil – 35.00 % (RM 10,500) • Kedai Runcit / Mini Market – 15.00 % (RM 4,500.00) Bilangan jualan ini dianggarkan akan bertambah dari masa ke semasa dengan

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA