cara mencegah penyakit berjangkit

Pembengkakan Muka- Satu Jangkitan

Pendahuluan
Jangkitan muka biasa dan banyak terjadi di dalam pengamalan perubatan dan pergigian. Kebanyakannya jangkitan ini berasal dari struktur luar seperti kulit dan tisu subkutis dan selalunya senang di kenalpasti dan di rawat.
Jangkitan yang berasal dari struktur dalaman boleh menjadi lebih teruk, cepat merebak dan boleh menyebabkan kesakitan yang berpanjangan ( prolonged mobidity), mempunyai komplikasi yang lama dan berpotensi membahayakan nyawa.

Jangkitan submandibular yang teruk
Persembahan / bentuk rupa
Pesakit hadir dengan muka yang bengkak dan biasanya termasuk pembengkakan di leher. Kesakitan gigi atau muka mungkin atau mungkin tidak terjadi. pesakit secara umum biasanya kelihatan letih , tak sedap badan dan demam. Pesakit mungkin mengadu tidak dapat membuka mulut seperti biasa, sakit atau susah menelan, tekak dan suara serak.
Sejarah
Seseorang pesakit patut mencatit sejarah tanda tanda aduan semasa dengan perhatian tambahan di beri kepada :
• Peningkatan kesakitan dan bengkak terhadap pendedahan makanan tertentu ( kelenjar air liur tersumbat)
• Rawatan pergigian terkini, terutama melibatkan rawatan akar dan cabutan.
• Adakah sebarang trauma berkaitan muka dan gigi (samada patah tulang atau kematian gigi)
• Pembedahan mulut terkini ( pembedahan gigi graham bungsu , ‘cysts’ dan sebagainya)
• Sejarah pembetulan tulang muka yang patah ( jangkitan pada plate dan dawai, dll)
• Pembedahan kelenjar air liur
• Sejarah cancer kepala dan leher dengan rawatan radioterapi di kawasan itu. ((kemungkinan kematian tulang disebabkan sinaran di tulang rahang?)
• Jangkitan virus bahagian atas salur pernafasan. Hidung berhingus, dll

Pemeriksaan
Perhatian khusus sepatutnya di berikan kepada tempat yang bengkak itu, saiznya, melendut ( mengelebih), pembonjolan, dan pembesaran nodus Limpa berdekatan.
Pemeriksaan mulut yang baik termasuklah:
• adakah terdapat bau nafas yang busuk
• bukti keluarnya nanah di dalam mulut, terdapatnya pembesaran lidah, terdapatnya pembengkakan sublingual dan submandibular
• pembengkakan di rahang mandible dan sulkus maksila
• pembengkakan di bahagian lelangit terutama di lelengit lembut dan uvula.
• Status pergigian secara am, tempat keluarnya air liur ( parotid, submandibular dan sublingual)
• cara air liur di keluarkan ( pekat, cerah , bernanah?)

penyebab jangkitan pada muka

kebanyakannya berasal dari rahang, gigi , tisu lembut periodontal sekeliling termasuk juga sinus paranasal dan kelenjar air liur besar.

Gigi boleh menyumbang kepada jangkitan ini melalui
1. kerosakan ( gigi berlubang) yang sampai ke pulpanya ( saraf gigi). Ini akan menyebabkan keradangan yang di panggil pulpitis
2. gumpalan nanah periapical akan terjadi pada gigi yang nampak sihat tapi beransur mati ( pecah, retak, atau rosak di bawah tampalan)
3. kumpulan nanah periapical dan periodontal terbentuk hasil daripada keradangan gingival dan kehilangan tulang penyokong gigi dan tisu lembut yang teruk ( penyakit gusi)
4. gigi yang sedang tumbuh ( terutama gigi graham bongsu bawah) boleh menghasilkan keradangan dan jangkitan pada flap gusi mencegahnya tumbuh dengan nanah yang membesar dll, di sekeliling karona gigi.
5. Akar yang tertinggal , supra gingival dan subgingiva.





Rahang
1. boleh membentuk cyst atau cancer yang asalnya dari kegigian.
2. Keradangan tulang walaupun jarang boleh jadi hasil dari jangkitan teruk seperti di nyatakan di atas.
3. ‘Osteoradionecrosis’ terjadi di kawasan rahang yang terkena radiasi di tambah dengan kecederaan seperti cabutan.
4. Jarang jangkitan terjadi dari penyakit TB, actinomycosis dan syphilitic osteomyelitis
5. Kebanyakan rahang yang patah di dalam segmen kegigian adalah di takrifkan sebagai berada di dalam kaviti oral dan mudah di jangkiti oleh kuman di mulut.
6. Kawasan cabutan di rujuk kepada kawasan patah tetapi mengejutkan jangkitan jarang berlaku di situ.

Kelenjar air liur besar

1. Mungkin benda hasil dari jangkitan virus atau bacteria yang selalu tersumbat di ductusnya ( seperti batu,, stricture dll)
2. Ketumbuhan jarang sekali menjadi jangkitan kedua. (secondary)

Sinus Paranasal
1. Boleh jadi jangkitan pertama (primary), sumbatan, dan hasil dari kebengkakan muka.
2. Boleh jadi jangkitan kedua hasil dari jangkitan gigi yang masuk ke sinus maksila ( selalu terjadi pada gigi premolar dan molar atas)
3. Tumur atau cyst yang menjadi terjangkit.
4. Kecederaan atau keretakan seperti di lantai mata (orbital floor) , yang di takrifkan di luar kawasan mulut dan akan menghasilkan orbital cellulitis.

Rawatan

Antibiotic sahaja tidak akan berjaya memulihkan jangkitan muka yang dalam. Kebanyakan jangkitan ada mempunyai sebab yang tertentu dan hanya rawatan pembedahan sahaja akan berjaya mencegah ianya dari menjadi lebih teruk atau berjangkit semula ( pembedahan membuang penyebab jangkitan dan membuang nanah yang terkompol.)

Di dalam kes baru rawatan pembedahan boleh jadi semudah rawatan kanal akar pada gigi yang di kenalpasti atau pilihan lain adalah cabutan gigi yang biasanya di buat oleh doktor gigi di ikuti oleh memakan antibiotic.

Kes yang lebih teruk memerlukan pesakit di masukkan ke wad segera untuk tujuan menghalang jangkitan dengan pemberian antibiotic di ikuti oleh pembedahan segera untuk membuang penyebabnya dan membuat insisi dan pengaliran ruang tisu yang terlibat.

Kes ini memerlukan teknik kepakaran penembusan endotracheal fiberoptic yang di buat beberapa hari dan biasanya mungkin memerlukan pembedahan kecemasan ruang udara seperti cricothyrotomy atau tracheostomy.

Kes ini memerlukan unit rawatan rapi (ICU) selepas pembedahan sehingga keselamatan ruang udara dan pernafasan pesakit dapat di pulihkan.





Pengaliran keluar nanah




Pengaliran nanah luar mulut selesai.




Mengikut ilmu pembedahan kebanyakan kes boleh di buat melintasi kawasan oral. Pembedahan ini melibatkan pembuangan penyebab jangkitan yang biasanya adalah gigi atau batu , di ikuti oleh teknik insisi dan saliran.

Pembedahan melalui kulit muka sepatutnya di elakkan kerana di situ terdapat saraf muka dan untuk memelihara muka dari parut yang akan menghasilkan keputusan yang teruk ( kecacatan muka). Ruang submandibular dan sublingual yang di penuhi dengan nanah kena di salirkan “transcutancously” melalui insisi pada leher.

Antibiotic jenis berspectrum luas biasanya di mulakan sementara menunggu kasil keputusan culture and sensitivity (C&S). Regime antibiotic mungkin bertukar, bergantung kepada keputusan ujian C&S dan tindakbalas pesakit terhadap rawatan.

Kesimpulan

Setiap penyakit mesti ada ubatnya kecuali mati yang apabila datangnya sedetikpun tidak boleh di tangguh kerana ianya telah tertulis di Lauhul Mahfus. Pencegahan boleh di lakukan dari terkena penyakit ini. Doa adalah senjata mukmin yang mana permohonan di minta kepada yang maha berkuasa memberi penyakit dan menghilangkanya. Amalan hidup sihat seperti mengelak makanan yang haram dan di larang, membazir, tidak merokok, meminum arak, mengelak sedentary life dan tidak bersenam. Makanan seimbang amat di galakkan terutama makanan yang di masak segar ( makanan segera, fast food adalah bahaya), banyakkan mengambil buah dan sayuran dan elakkan hidup yang terlampau stress, tegang yang tidak boleh di kawal. Kebersihan mulut , badan dan persekitaran amat penting sebagai langkah pencegahan. fahami doa doa makan, “ ya Allah berkatkanlah rezki kami dan jauhi kami dari api neraka ( di dunia dan akhirat). Api neraka dunia adalah penyakit yang menyusahkan kita beribadah, menjadikan kira tidak tenang, yang mana perlu di elak melalui makanan yang berkat.

Semakan terakhir 14 sept 2009

Comments

Anonymous said…
takda pun
Anonymous said…
takda pun
DDRM said…
jangan membazir
DDRM said…
membazir saudara syaitan

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA