BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN
BAGAIMANA MENCAPAI KEJAYAAN DAN MENGEKALKANNYA: BUAT SESUATU YANG MEMBANGGAKAN DIRI DAN ANAK CUCU ( DAN PASTIKAN IA BERKEKALAN)
1. Mencapai kejayaan memang susah tetapi mengekalkan kejayaan adalah 10X ganda lebih susah.
2. Untuk mencapai kejayaan memerlukan penumpuan usaha dan hendaklah focus kearah itu. Seperti kita memanah dimana ianya sunnah nabi, sasaran kena di kenal pasti dan focus tepat. Tangan dan kekuda kena stabil kearah itu, mata hendaklah di tutup sebelah supaya pandangan kita tertumpu ke sasaran. Jika 2 mata di buka pandangan kita akan mencapah dan banyak sasaran lain kita Nampak. Maka kita tak focus pada sasaran. Setelah focus pada sasaran , cubaan beberapa kali memanahpun belum tentu sasaran kena inikan pula jika tak focus.
3. Seperti memanah tadi yang di ajar nabi, begitulah juga sasaran usaha, projek dan program yang kita nak buat. Nak Berjaya dalam pemeliharaan sarang burung walit, buat dan focus ke walit sahaja ( supaya duit projek tak lari ke projek lain yang akhirnya semua terbengkalai) begitu juga nak buat klinik, nak berniaga mesin air , nak berniaga internet, nak berniaga mesin therapy kesihatan, nak tanam kelapa sawit, atau pelihara ikan hatta nak belajar sekalipun dll. Setelah projek itu Berjaya barulah boleh di ubah kepada usaha sampingan lain.
4. Ia memerlukan jihat, usaha sehabis kuat yang mungkin, dengan peluh, keringgat, air mata dan darah untuk benar benar Berjaya. Allah boleh beri kemenangan atau rezki tanpa usaha tetapi ia ingin menguji dan suka melihat pengorbanan hambanya agar ia boleh memberinya balasan di akhirat nanti.
5. Jangan lah usaha sampai tak ingat dunia, anak isteri tunggang langgang, sampai bercerai berai, makan minum tak menentu. Ia mesti seimbang. “barang siapa mengejar dunia, dunia akan lari darinya dan barang siapa mengejar akhirat dunia akan tunduk padanya. Usaha bukan kerana tamakkan dunia tetapi atas tuntutan agama, bila kaya, tak susahkan orang malah boleh tolong orang, membayar zakat, pergi haji dan ibadat lebih sempurna ( baca kepentingan jihat ekonomi)
6. Akhlak dijaga seperti presentation 20 ayat kaya hati, 20 ayat kaya harta, 20 ayat kaya rohani , 20 ayat kaya saudara dan 100 ayat meningkatkan diri.
7. Allah memberi akal sebagai senjata manusia untuk mengelak tipu daya syaitan. Orang yang ikhlas dan menggunakan akal tidak dapat di makan oleh syaitan.
8. Pendekatan emosi ( membuat sesuatu kerana marah, terlalu gembira sebab kena bodek, kerana kawan, kerana adik beradik, kerana semangat semata mata dan seumpamanya) tanpa pemikiran yang logic (waras) dan matang akan memusnahkan impian kejayaan sesuatu usaha dan projek.
9. Itulah pentingnya bermesyuarat seperti di saran dalam Al-quran.
10. Pergi kerja mesti istiqomah. Kerja itu mestilah di jadikan tempat yang mengembirakan seolah olah seperti pergi melancung. Kerja di buat berdasarkan ilmu , tahu silok belok melaksanakannya secara betul bukan di buat atas dasar semangat je.
11. Manuasia bersifat lemah dan keupayaannya terbatas. Ia menjadi hebat sebab bersatu dan dengan menggunakan akalnya ia boleh mendapat bantuan dan mencipta teknologi untuk membantunya.
12. Bayangkan berapa lama kita nak sampai ke mekah jika kita berjalan kaki. Mungkin tak boleh nak buat ibadah haji kerana keletihan. Akal manusia mencipta kapal terbang yang boleh sampai dalam sehari je melalui alat ini. Begitu juga jentera mengorek parit, mesin memotong padi, teknologi mengambil minyak (emas hitam ) di dasar bumi, teknologi mendapat sarang burung ( emas hitam di angkasa) dan se umpamanya.
13. Nabi SAW pergi ke langit dengan alat dan bantuan kenderaan ( burung buorak) dan di bawa oleh jibrail. Manusia yang lemah ini walaupun kekasih Allah tidak boleh jumpa tuhannya tanpa alat dan bantuan. Nabi sulaiman dan wali bergerak ke serata dunia dengan kenderaan angin, nabi daud mencipta baju besi untuk berperang. Pendiknya mesti ada bantuan atau alat ciptaan akal.
14. Alat atau platform dalam memudahkan kerja manusia adalah system dan aturan yang di cipta di dalam persatuan , organisasi , syarikat atau yayasan. Disini semua kepakaran , idea, tenaga, kewangan di gabung untuk menjayakan sesuatau projek ( memfokus dan menyatukan seluruh kekuatan).
15. Bayangkan berapa lama kita nak dapat tanah berjumlah 13 ekar ( dengan nilai hampir 1 juta) dengan mengumpul RM 1000 setahun. Masanya adalah 1000 tahun. Bersyukur kerana celik je mata kita telah ada nilai ini yang di gabungkan. Inilah kekuatan yang di tinggalkan untuk kita secara terfokus. Menjadi tanggungjawap kita untuk mengembangkan dan mengekalkannya .
16. Perpaduan dan persaudaraan adalah asasnya. Keharmonian hubungan adik beradik, keluarga, suami isteri, anak beranak dan masyarakat adalah syarat utama. Apa guna Berjaya , kaya raya jika hidup tak bahagia, berpecah belah, yang akhirnya dengki mendengki.
17. Kejayaan kita bermula di rumah ( tempat kita mendapat tenaga untuk mula berkerja dan rehat setelah lelah berusaha) Rumahku syurgaku. Adakah patut kita bergaduh dengan orang yang menolong kita, memberi makan, dan kebahagian untuk kita. Sebab itu nabi berkata sebaik baik kamu adalah yang baik terhadap keluarganya.
18. Jadikanlah rumah seperti syurga, harmoni cantik, kemas, ada bunga. Ada makan minum seperti hotel 5 bintang yang membanggakan kita . Bukan tempat itu kita tinggal dan di situ semua barang bersepah, busuk, ada najis, dan dan hanya sesuai untuk binatang tinggal ( tikus, lalat, dan bukan manusia)
19. Apa guna Berharta jika hidup menderita, itu bukan Berjaya tetapi malapetaka namanya.
20. Ada orang bila Berjaya lupa daratan. Membazir, berfoya, beli kereta mewah, kahwin lagi dengan jelitawan tapi tak ada aklak, yang akhirnya kejayaannya tidak dapat di pertahankan.
21. Dalam strategi mengekalkan kejayaan , kita kena perbagaikan kaedah baru kejayaan boleh berterusan ke anak cucu, seperti banyak syarikat di eropah sehingga ratusan tahun bertahan. Bukan datoknya Berjaya tetapi cucunya pelingkup.
22. Ilmu dan pemindahan teknologi kena di turunkan ke anak cucu secara hikmah supaya ia berterusan.
23. Pendekatan berniaga menggunakan emosi, paksaan, adalah salah dan merosakkan hubungan. Berniaga untuk memudahkan dan membantu orang lain. Tindakan memaksa, menyusahkan dan tiada aklak, ia tak akan kekal lama.
24. Permuafakatan mencari idea dan pendekatan terbaik pada masa itu adalah penting . pendekatan tidak menerima pendapat orang lain, panas baran, merajuk, adalah salah.
25. panas baran, merasa semua orang salah, (i am ok , you all not ok), tanpa fikiran yang matang dan ikhlas akan melahirkan musuh ( to be a strong man you must avoid an enemy). Semua orang tak suka, dan akhirnya kita yang susah, di benci oleh saudara, teman, anak beranak dan masyarakat.
26. Penghormatan di beri bukan di minta. Orang ikut sebab hormat kita, kerana pengorbanan, cakap serupa bikin dan idea yang terbaik bukan sebab kita bos, kita bapa, kita abang dan boleh memaksa orang lain.
27. Kamu mesti hormat saya kerana saya ayah kamu atau suami kamu ( kalau tak anak atau isteri derhaka), saya abang kamu, saya pakcik kamu dll. Itu minta di hormat (paksaan) orang tidak akan hormat jika di paksa. Hormat bukan di minta tetapi di beri secara sukarela di sebabkan oleh karisma dan auranya yang di kagumi dan ingin di ikuti.
28. Orang yang paling buruk adalah yang paling buruk terhadap keluarganya.
29. Focus pada sesuatu kerja. Contohnya jika buat rumah buat itu je sehingga selesai. Tutup mata sebelah pada pandangan lain, peluang lain ( opputunity cost) seperti ada peluang beli kereta murah, ada godaan lain yang mengancam yang akan mengalihkan bajet rumah tadi. Bila dah siap kekalkan kecantikan,keharmonian dan kekemasannya dengan berbagai strategi.
30. Manusia selalu kalah dengan sifat kerakusan dan ketamakan. Benarlah orang yang tamak selalu rugi. Para juru jual amat pakar dan selalunya Berjaya dengan teknik ini ( dengan umpan janji manis mereka, akan dapat wang banyak, kereta mewah, cabut satu dapat lagi dll)
31. Oleh itu , gunakan akal fikiran yang matang, buat analisa mendalam untung ruginya dalam jangka panjang, Tanya dan mesyuarat dulu sebelum keputusan di buat , insyaallah tidqk mneyesal. Biasanya tergesa gesa, rebut peluang , tinggal satu je, offer hari ni je, akan termasuk perangkap mereka.
32. Segala sesuatu mesti di buat perjanjian kerana manusia pelupa dan sikap nya sentiassa berubah. Hari ini setuju esok kata tak setuju, lebih lebih lagi bila ada penasihat yang cucuk , sangka buruk dan bila hatinya sakit. Sebab itu dalam quran hutang di suruh tulis dan contract sewa beli yang panjang mesti ada hitam putehnya walaupun saudara.
33. Allah melantik pemimpin, mesti adalah kelebihannya. Sebab itu ia terpilih, dan menjadi kewajiban kita mengikutnya, sebab Allah lantik dan di beri kekeramatan tertentu (lebih lebih lagi yang tidak meminta upah). Taatlah kamu pada Allah, rasul dan pemimpin dikalangan kamu. Kalau dia tak di beri kelebihan nescaya satu hari je ia tak akan tahan daulatnya. Menentang mereka yang ikhlas menyebabkan kita binasa.
34. Setengah orang menyangka apa yang di belinya adalah asset tetapi rupanya bebanan yang menyusahkan dan memeningkan kepala dan akhirnya kesihatan terganggu kerana risau nak bayar hutang, rumah tanggga huru hara dan tidak bahagia.
35. Kena fikir selalu adakah apa yang kita miliki asset atau bebanan; Staf yang kita gajikan untuk membantu kita, jika ia memeningkan kepala, melawan cakap, tunjuk pandai yang menyebabkan kita rugi dan perniagaan terjejas, ia merupakan bebanan. Perlu di ajar supaya ia menjadi asset.
36. Begitu juga dengan anak, sepatutnya asset tapi jika memeningkan kepala ia merupakan bebanan yang mesti di betulkan. Diri kita juga begitu adakah kita menyumbang pada kebahagian keluarga, pada organisasi tempat kerja atau masyarakat dan adik beradik atau hanya membebankan. Tepuk dada Tanya selera ( Tanya iman)
37. Kereta , ramai yang sangka ia asset tetapi ia bebanan kerana harganya jatuh, pening kepala bayar stiap bulan. Begitu juga rumah dan tanah jika ia terbengkalai, menyebabkan kita kena saman, ular dan harimau pun ada, ia sebenarnya bebanan yang memeningkan kepala bukan asset. Kongsilah dengan orang lain supaya orang lain yang lebih memerlukan boleh guna. Jangan kompol semua barang buruk di rumah yang kita fikir asset boleh guna dan jual tapi akhirnya menyusahkan kita dan menyemakkan rumah. Kawal nafsu dan atasi ketamakan kerana itu sifat semula jadi manusia yang buruk.
38. Untuk perbincangan lanjut: http://www.al-jeed-ilmiah.blogspot.com

Comments