PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA

Sunday, October 19, 2008
Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)
PENUBUHAN
Definisi : Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.
Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
• Sendirian
• Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
• Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
• Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.
• Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
• Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
• Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modal
• Syarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
• Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
• Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.
• Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain
• Tidak disenaraikan di BSKL
• Jangka hayat perniagaan adalah panjang
• Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.

SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD
• Disenaraikan di BSKL
• Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.
• Pembelian dan penjualan saham dibuat tanpa persetujuan pemegang saham yang lain.
• Bilangan pemegang saham lebih dua orang hingga tiada had.
• Modal syarikat adalah dari penjualan saham dan bon kepada orang awam.
• Pemegang saham bebas membeli dan jual di Bursa Saham Malaysia
• Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad
• Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan.
• Pembahagian untung dan dividen adalah bergantung kepada keuntungan syarikat.
• Boleh menerbitkan propektus di akhbar
• Mempunyai perkataan Berhad dihujung nama syarikat : Cth : TNB Berhad.

KELEBIHAN SYARIKAT AWAM BERHAD
• Modal yang banyak dikumpulkan - orang awam dan pinjaman luaran (Bank)
• Jangka hayat perniagaan panjang - entiti berasingan pemilik dan syarikat
• Mudah berkembang - modal besar
• Risiko pelaburan tidak melibatkan harta peribadi - setakat jumalh dilaburkan
• Saham mudah dijual - tidak melibatkan banyak prosedur
• Pegurusan syarikat yang lebih efisien
• Pemegang saham dilindungi oleg undang-undang.
KELEMAHAN SYARIKAT AWAM BERHAD
• Pembentukkan syarikat adalah rumit dan mahal. Ia terpaksa melalui prosedur kawalan yang ketat seperti termaktub dibawah Akta Syarikat 1965
• Saiznya besar dan adanya banyak cawangan. Ini akan merumuitkan akan pengurusan. Kebiasaanya banyak masalah timbul dikalangan pihak pengurusan dan pekerja.
• Operasi perniagaan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ketat



Perkongsian
Perniagaan Perkongsian ditubuhkan apabila anda menggabungkan modal dan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi. Dalam usaha niaga seperti ini, anda dan rakan kongsi anda adalah pemilik bersama yang akan berkongsi segala agihan keuntungan atau risiko.
Terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan apabila menjalankan perniagaan perkongsian. Pastikan anda mengkaji implikasi setiap kebaikan dan kelemahan dari segi undang-undang sebelum membuat keputusan memilih perniagaan bentuk ini.
Kebaikan Perniagaan Perkongsian
• Modal yang lebih besar dan sumber kepakaran yang lebih luas dapat dikumpulkan.

• Risiko perniagaan dapat diagihkan dan dikongsi bersama antara rakan kongsi.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian
• Setiap rakan kongsi memikul tanggungjawab yang sama. Ini bermakna anda bertanggungjawab ke atas segala risiko dan hutang perniagaan sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi anda. Dengan liabiliti tidak terhad, setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab menggunakan sumber peribadi untuk melunaskan hutang rakan-rakan kongsinya.

• Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin berlaku di kalangan rakan kongsi dan ini boleh mengganggu perancangan perniagaan atau kecekapan pengendalian perniagaan.
Jangka hayat perniagaan perkongsian adalah terhad. Jika salah seorang rakan kongsi menarik diri, muflis atau meninggal dunia, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.

Comments

Anonymous said…
bgs arh mklmt dia lmgkp..sng nak wat kerja skola
Anonymous said…
Asslamualaikumwbt,,Saya Nizham, ada sedikit pertanyaan..harap dapat kerjasama..

1) Berdasarkan makluman mengenai ciri2 sykt sdn bhd di atas bahawa pengarah yang juga pemegang saham boleh menjual sahamnya tetapi bukan di pasaran terbuka. Apa yg dimaksudkan dngn "boleh menjual sahamnya tetapi bukan dipasaran terbuka"? Adakah BSKL atau bagaimana?

2) Pemegang saham yang juga pengarah yang lain tidak dapat membeli atau mengambil-alih saham saya seteleh process "Call On Share" terlebih dahulu ditawarkan kepada mereka. Walaubagaimanapun mereka tidak dapat menerima tawaran saya atas alasan mereka tidak mempunyai kewangan yang cukup walaupun pengambialihan boleh dibuat secara berperingkat kepada saya berdasarkan prestasi kewangan syarikat.

3) Pandangan dari Company Secretary sedia ada juga telah saya perolehi,,bahawa selepas itu saya boleh menawarkan kepada ahli keluarga terdekat, kakitangan/pekerja/pengurus syarikat serta kepada rakan2 saya yang lain yang berminat untuk mengambil-alih pegangan saham saya pada harga yang telah dijustifikasikan kepada pemegang saham sedia ada.

4) Pemegang saham yang juga pengarah sedia ada tidak bersetuju dengan tindakan saya untuk menawarkan saham tersebut kepada golongan yang dinyatakan di perkara 3 di atas dengan alasan tidak mengenali, tidak mungkin dapat bekerjasama & sebagainya sedangkan saya telahpun menawarkan kepada mereka sebelum ini.

5) Buat masa ini saya masih lagi sebagai pemegang saham sykt sdn bhd ini sebanyak 70% yang sebelum ini urusan perniagaan diuruskan oleh saya. Walaubagaimanapun, saya tidak lagi menguruskan syarikat ini. Tanggungjawab telah diberikan kepada pengarah/pemegang saham yang lain.

6) Alasan saya untuk mengundurkan diri dalam syarikat ini adalah disebabkan terlalu banyak perkara2 yang berlaku tanpa pengetahuan saya sebagai pemegang saham.

Mohon pendapat dari pihak tuan mengenai perkara di atas serta lain2 procedure yang perlu saya patuhi agar tiada sebarang unsur2 penalti dikenakan terhadap transaksi ini.

Sekian Terima Kasih.

Nizham

Anonymous said…
Harap sya mendapat kerjasama dan penerangan dari pihak tuan.
DDRM said…
saham anda adalah hak anda dan asset anda.

anda boleh menjual kepada sesiapa yang berminat membelinya terutama pemegang saham lain atau saudara terdekat. syarikat sdn bhd tidak boleh membuka saham kepada umum spr syarikat berhad.

jika lembaga pengarah atau pengurus syarikat tidak setuju dengan penjualan saham kepada orang luar mereka atau syarikat kena menanggung dan membelinya atas nilai yang di persetujui bersama.

tq benjamin atas perkongsian anda
DDRM said…
berniaga memang ada risiko untung rugi. begitu juga dalam penubuhan syarikat dan koperasi. good luck. Allah memandang usaha kita bukan hasilnya. sabar

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN