Posts

Showing posts from October, 2009

puncak ilmu kemajuan

Image
KELEBIHAN IKHLAS DALAM ILIMU DAN AMALAN 1. Kenapakah seorang Doktor, pakar kesihatan, ulamak, peguam dan guru nampak diwajah mereka kealiman dan kepakarannya. Nampak aura atau karisma dari gaya cakap dan jalannya. 2. Ilmu yang dituntut dengan benar dan Ikhlas akan terpancar diwajah dan mengujudkan aura ini. Dia memang benar-benar ada ilmu itu bukan pura-pura atau ada ilmu sikit tapi mendakwa Alim atau pakar, seperti banyak kes doctor palsu, bomoh temberang dan yang lebih teruk akibat tidak Ikhlas ini menjadi ulamak yang jahat. 3. Tahu sahaja mengenai sesuatu disiplin Ilmu itu, adalah berbeza dengan tahu dan amalkan atau tahu dan sampaikan kebenaran dan tidak menyelewengkannya. Ayat Quran yang bermaksud a) “ wahai orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan, amat besar kemurkaan disisi Allah apa-apa yang kamu katakan, tidak kamu kerjakan”. 4. Dalam Disiplin Ilmu Agama, Ilmu yang paling tinggi dan wajib di percayai mengikut Hirakinya adalah: a) Yang pe

telatah amir

Image

MARI MENGIMARAHLKAN MASJID. AJARLAH ANAK DARI KECIL

MASJID DAN KANAK KANAK Bayangkan, suatu insiden di sebuah masjid, seorang anak kecil dalam lingkungan usia tujuh tahun setia berdiri di sisi ayahnya. Saat takbir mahu diangkat bagi memisahkan dunia dan akhirat (takbiratulihram), ketika itulah seorang lelaki berperawakan alim menegur. Si ayah dengan sopan menyatakan, dia mahukan anak itu berdiri di sisinya, kerana dengan cara itu hatinya lebih tenteram. Bayangkanlah, jika si anak solat berjauhan beberapa saf di belakang, hatinya gusar tentang keselamatan anaknya. Rasa bimbang yang boleh membunuh khusyuknya dalam sembahyang. Dalam suasana yang sepatutnya tenang menuju solat itulah, tiba-tiba lelaki yang berperawakan hebat itu menyerang. Dengan tegas dia menyatakan, saf kanak-kanak adalah di belakang. Dengan tegas juga dia menarik tangan si kecil ke belakang, sedang si ayah terkebil-kebil menyaksikan adegan. Menurut pemuda yang bertanya kepada saya, dia amat terkejut dengan insiden berkenaan. Masjid yang sepatutnya menyaksikan ukhuwah be