PEMIMPIN YANG BERKESAN DAN BERPRESTASI TINGGI

BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN YANG BERKESAN

1. Banyak keluhan dari pemimpin yang menyatakan kenapa nasihat saya tidak di dengar, program yang saya jalankan tidak berkesan dan di ikuti, perancangan saya gagal, kenapa?
2. Pemimpin kesihatan menyatakan setelah sekian lama dengan belanja jutaan RM menjalankan program “ healthy life stail”, program “promosi kesihatan”, kempen “ berhenti merokok”, “kurangkan manis dalam minuman , tambah manis dalam senyuman”, tetapi masih ramai rakyat yang menderita berbagai penyakit termasuk jantung, kencing manis, kegemukan, masalah oral, stress , penyakit mental dan sebagainya.
3. Pemimpin dikalangan pegawai keselamatan ( polis dan tentera) juga begitu. Kenapa masih ramai lagi penjenayah. Kenapa setelah sekian lama di latih berdisiplin, bekas polis dan tentera ada yang tidak dapat mengurus diri?.
4. Guru dan ibu bapa juga mengalami pengalaman yang sama. Anak anak dan anak murid tidak mendengar kata dan nasihat walaupun itu demi kebaikan mereka dan nasihat itu ikhlas dari orang yang tidak ada kepentingan diri. “Degil tak boleh di didik, Lain di suruh lain di buat, kaki melawan, dan tak hormat orang tua”. Bagaimana generasi ini nak menjaga kita dan menjaga kepentingan negara?. Adakah wawasan 2020 dan seterusnya akan tercapai dengan pemuda yang knowledge , attitude, behaviournya bermasalah.
5. Salah satu sebabnya adalah kepimpinan tidak melalui tauladan ( sebab lain yang tidak di bincangkan disini adalah sistem pendidikan, suasana persekitaran, kemudahan social dan fizikal serta dasar negara, pemfokusan kepada pencegahan DLL)
6. Bagaimana masyarakat boleh berubah menjadi baik jika pemimpin masyarakat tidak tunjuk caranya. “ kita umat islam tiada pilihan lain melainkan menjadi profesional dengan ilmu (supaya tidak ditipu) dan menjadi baik (supaya tidak menipu). Baik macamana? Itu yang menyebabkan pemuda keliru.
7. Program berhenti merokok misalnya. Doktor, guru, imam dan penceramah sendiri merokok. Cakap tak serupa bikin. “wahai orang beriman , mengapa kamu cakap apa yang tidak kamu kerjakan” falsafah guru; ikut apa yang saya cakap , jangan ikut apa yang saya buat”, menyebabkan murid keliru dan pimpinan tidak berkesan.
8. Pekerja kesihatan sendiri tidak mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, menjaga makanan dan melaksanakan stress coping strategi. Walaupun mereka sendiri gemuk tetapi program mengurus berat badan tidak di ikuti, bagaimana masyarakat nak ikut.
9. Orang berjubah serban yang nampak alim tidak menunjuk akhlak yang baik. Mereka tidak kemas , nafas berbau, pemarah, tidak sabar, kalah dalam berhujah menggunakan pendekatan bertumbuk . cara berhujah mereka mengikut emosi dan berdasarkan taklit buta serta tidak mengikut hiraki ilmu yang betul dalam mempertahankan kebenaran. Mana ummat nak maju, jika ilmu salah yang di tegakkan ( salah dalam memasang tayar kereta je boleh menyebabkan kemalangan apa lagi jika salah dalam hal dasar dan hala tuju misalnya). Mana anak murid nak ikut dan hormat sebab itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. Hormat bukan di paksa tapi di perolehi secara sukarela.
10. Kes jenayah makin bertambah kerana pemimpin agency keselamatan yang nak hapuskan jenayah juga membuat jenayah ( tiada kaitan dengan sesiapa, Cuma contoh umum untuk perbincangan sahaja). Contohnya jenayah rasuah, ia merupakan jenayah yang sukar di hapuskan. Rezki yang di ambil dari amalan ini tak halal dan tidak berkat jika di gunakan untuk memberi pendidikan kepada anak dan melabur. Inilah yang menyebabkan anak dan pelaburan menjadi tidak berjaya dan memeningkan kepala je. Seterusnya mengakibatkan negara berpendapatan tinggi yang kita cita citakan menjelang 2020 tidak dapat di capai.
11. Tiga magic word ini di katakan boleh menyelesaikan segala masalah di dunia adalah “terima kasih” (thank you), “ minta maaf” (sorry) dan “tolong saya” (please). Jika kita betul betul setelah dicuba, akibat kelemahan kita, tidak boleh menunjukkan contoh yang baik (contohnya berhenti merokok, akibat ketagihan tegar) cakaplah “minta maaf”, secara terus terang jelaskan sebabnya, tetapi usaha berhenti mesti di teruskan. Nasihat pada anak remaja “ jangan mulakan merokok sebab jika sudah mula susah nak berhenti”seperti saya.
12. Begitu juga hal ini mesti di pertimbangkan dalam merancang terutama dalam membuat rancangan malaysia ke 10 (2011-2015) dan dasar kepimpinan negara.
13. Mohon perbincangan lanjut tuan puan.

Comments

Anonymous said…
Setuju dengan pandangan anda. Pemimpin berkesan memerlukan komitmen dan daya juang yang tinggi.
DDRM said…
Oleh kerana tugas pimpinan adalah sukar dan bebanannya besar, cara terbaik adalah mendapat petunjuk A
DDRM said…
petunjuk A adalah pendekatan mengunakan semua ilmu Allah samada dari barat atau timur. segala ilmu kepimpinan , pengurusan, dan strategi mesti di gunakan. pengetahuan dan pembuktian melalui hiraki ilmu mesti digunakan dengan betul untuk membuat keputusan yang jelas. pemimpin tidak akan berkesan tanpa sokongan maklumat dan bantuan kuat dari pengikut setianya. Petunjuk dari Al-Quran adalah yang tertinggi dan mesti di fahami dengan jelas.

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA