Minit mesyuarat yayasan al-jeed

MESYUARAT YAYASAN AL-JEED.
(JUGA DI KENALI SEBAGAI KORERASI KELUARGA AL –JEED BHD
ATAU SYARIKAT AL-JEED SDN BHD)
Pada 30/10/09 di rumah
lorong 8, parit satu , sg sireh tg karang 45500 selangor ( HQ yayasan)
Kehadiran
1. Shamsudin majid (pengerusi)
2. Mariaton
3. Fatimah
4. Mohd khir (bendahari) (tidak hadir- diwakili oleh anaknya)
5. Mohd Suhaimi
6. Mohd rosli ( setiausaha/ moderator)
7. Abd nasir
8. Mahmud fauzi
9. Amirulhisham
10. Paksu awang ( penasihat)
Pendahuluan
Mesyuarat bermula jam 6 pm dengan pengerusi mengalu-alukan semua kedatangan ahli lembaga pengarah yang 9 orang di atas. Beliau menyatakan agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan penubuhan yayasan al-jeed dan mengurus harta benda peninggalan arwah ayah majid bin puteh.
Persetujuan yang di capai
1. Semua ahli keluarga ( juga merupakan pemilik asset dan lembaga pengarah) bersetuju penubuhan yayasan al-jeed yang operasinya seperti pertubuhan koperasi bhd atau syarikat sdn bhd (berprinsipkan perniagaan).
2. Yayasan al-jeed di pertanggungjawapkan mengumpul , mencari dan mengurus serta mengembang kan semua harta benda peninggalan keluarga ayahanda Majid dan bonda shamsiah.
3. Semua ahli lembaga pengarah bersetuju tanpa bangkangan perlantikan pengerusi, setiausaha dan bendahari seperti tercatit di atas
4. Semua bersetuju bahawa mesyuarat agung akan di buat dua (2) tahun sekali. Mesyuarat agung adalah kuasa tertinggi yayasan al-jeed.
5. Semua bersetuju bahawa pengurus harta ( Managing Director atau CEO) akan di gilirkan dua (2) tahun sekali bermula dari abang yang sulung ( Shamsudin Majid) mengikut turutan nombor kehadiran di atas . selepas giliran terakhir nombor 9, iaitu adik bongsu Amirulhisham, giliran akan balik kepada yang pertama. CEO akan bertanggungjawap dan mendapat keistimewaan seperti CEO syarikat. Stail dan cara pengurusan , adalah bergantung kepada CEO semasa dan ahli yang lain hendaklah taat. Mereka boleh memberi cadangan dan teguran tetapi jika ia berbeza keputusan terakhir adalah mengikut keputusan CEO semasa. Jika ahli lembaga berhasrat mengurus dengan stail lain tunggu giliran beliau menjadi CEO. Ianya atas dasar mufakat atas prinsip ukhwah, ringan sama di jinjing berat sama di pikul. Hati gajah sama di lapah hati kuman sama di cicah. Masing masing akan jadi CEO dan akan rasa susahnya menjadi JUTAWAN. Apa yang penting kerjasama di mana Kerja yang berat boleh menjadi senang.
6. Sekiranya mana mana ahli lembaga pengarah meninggal dunia, anak sulung nya akan menggantikannya atau mana mana anak yang di persetujui oleh lembaga pengarah atau ahli keluarganya. Salah seorang Anaknya juga boleh hadir mesyuarat sebagai wakil bapa sebagai lembaga pengarah.
7. Mesyuarat lembaga di kira sah sekiranya 5 dari 9 adik beradik hadir. Keputusan adalah berdasarkan majority mudah.
8. Mana mana aset yang telah di urus atau di duduki akan terus di urus oleh ahli tersebut. Yayasan Cuma monitor sahaja.
Harta yang akan di uruskan
1. Sawah 4 keping , 12 ekar( di batu 12, di gambut, di band 3, dan di blok u sg sireh). Pengurusan sewaan
2. Tapak kedai di batu 12. Di urus oleh anjang khir
3. dan 2 tapak kedai di sg sireh lrg 8 ( mohon di urus oleh ucu amir, acik mahmud atau andak suhaimi)
4. Tapak rumah dan tapak pertanian di lrg 8 ( pengurus , alang fatimah)
5. Tanah kebun satu ekar di lorong 3 , sg sireh. Offer, Mohon di urus oleh andak suhaimi atau pak uda Nasir
6. Akaun bank ( mohon Along shamsudin, pengerusi merangkap “CEO semasa” uruskan )
a. May bank
b. Tabung haji
c. ASB/ASN ( lebih rm 60,000 ). Check nilai sebenar
d. BSN?
e. UMBC?
7. Peti besi dan grand tanah
8. Lain lain
a. Kereta ford – mohon pengerusi uruskan
Lain lain hal
1. CADANGAN arwah supaya anak boleh pergi haji 2 orang setahun mengikut giliran diatas adalah berdasarkan kiraan 4 sawah di sewa RM 6000 setahun membawa jumlah RM24, 000.
2. Andak Suhaimi, acik Mahmud, dan chu amir di saran untuk membuat rumah di Tg karang, di tapak yang di sediakan ( 2 tapak kedai dan tanah tok). Bila mereka talah menetap tetap segala harta dan hubungan adik beradik boleh di majukan sedikit demi sedikit.
3. Adik beradik nak buat sawah , boleh buat dulu bayar sewa kemudian. Sekarang 10 tan padi berharga Rm 14,000, belum termasuk bayaransubsidi kerajaan . ini pendapatan satu ekar. Bayangkan jika 12 ekar, pendapatannya boleh mencecah lebih RM 300,000 setahun ( mungkin setengah juta setahun dengan technologi moden sekarang).
Mesyuarat tamat jam 7 pm dan pengerusi menutup dengan penuh kemesraan dan suasana yang harmoni dalam perbincangan untuk selesaikan masalah muga berterusan. Pengurusan harta dahulu iaitu ayahanda risaukan masalah anaknya yang tiada rumah sehingga rumahnya sendiri tidak di sempurnakan. Pengurusan baru berazam untuk menyatu padukan adik beradik , semua mendapat kebajikan dan mementingkan kacantikan , kekemasan, kecerian dan kejayaan. Semuga kita semua menjadi ummat terbaik sebagaimana yang di sarankan dalam quran.

Tandatangan pengesahan lembaga pengarah ( tulis, nama, alamat, tel terkini dan tandatangan)
1. Shamsudin majid _____________________
2. Mariaton ______________________________
3. Fatimah__________________________________
4. Mohd khir _________________________________
5. Mohd Suhaimi__________________________________
6. Mohd rosli ________________________________________
7. Abd nasir _________________________________________________
8. Mahmud fauzi __________________________________________________
9. Amirulhisham ____________________________________________________________
Di sahkan benar oleh pengerusi dan setiausaha


________________________ _____________________________
Pengerusi setiausaha

Fadhilat meninggal hari/ malam jumaat
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
NOTE
AYAHANDA TN HJ MAJID B. PUTEH B. ADAM; meninggal pada malam Jumaat 29/10/09 (bulan Haji)
jam 7 08pm di hospital tg Karang , hari yang sama Tertubuhnya yayasan Al-Jeed
+
BONDA HJH SHAMSIAH BT MD TAIB B. SAAD; meninggal hari jumaat 29/09/06 ( bulan puasa) di
hospital besar kuala lumpur, hari yang sama wujudnya klinik pergigian Di shah alam 2.
+
HJH JAMALIAH BT ABU BAKAR B. TOK MAT B. TOK KERAMAT BALIK PULAU

Adik kepada;
tok lang ramlah, tok ngah gok, tokdak hamil, Tokcu jaya

Tok lang sidang hamid bin Manan b. zakaria

Tauwiyah bt Jaafar b. Raof
+
TOK LAZIM B ISHAK B ADAM

PERHIMPUNAN TAHUNAN KELUARGA DAN MESYUARAT AGUNG YAYASAN AL-JEED PADA 29/9 HINGGA 29/10 SETIAP TAHUN.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA