aturan syer
YAYASAN AL-JEED (juga di kenali sebagai al-jeed enterprise atau koperasi keluarga al-jeed atau al-jeed sdn bhd) ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER yayasan al-jeed. 2. Aturan ini diwujudkan selepas persetujuan Mesyuarat ahli lembaga pengarah (ALP) siri 6 pada 21 jun 2010 sempena bicara kuasa hartanah bonda shamsiah di pejabat tanah kuala selangor. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- a) “syer” ertinya bahagian dalam syer yayasan ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam yayasan ini; b) “Kumpulan Wang Penebusan Syer” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan bagi membolehkan yayasan menebus syer anggota yang dikeluarkan menurut persetujuan ALP; c) “Kumpulan Wang Rizab Statutori” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih koperasi menurut persetujuan ALP. TUJUAN 4. Tujuan Kumpulan Wang Penebusan Sy