Posts

laporan aktivity al-jeed okt 2009- 2010 ( ogos)

1. Menubuhkan Yayasan Al-Jeed dalam mesyuarat agung permulaan di rumah lorong 8 sg sireh, pada hari kematian ayah (hari raya haji 29/10/2009. Membincang cara pengurusan harta pusaka secara yang terbaik . semua lembaga pengarah hadir dan menandatangani persetujuan penubuhan yayasan yang bermatlamat menyatukan keluarga, membantu ahli yang terdesak dan dalam kesusahan serta mengelak dari dibuli. Melantik pengerusi, setiausaha dan bendahari . Paksu Awang turut hadir 2. Mesyuarat ALP siri 2 ; 3. Mesyuarat siri 3; 4. Mesyuarat siri 4: 5. Meletak batu Nissan di kubur ayah 6. Mesyuarat siri 5; 7. Mesyuarat siri 6; 8. Melantik exco dan ketua projek Al-Jeed 9. Urusan penukaran nama dan bicara kuasa di pejabat tanah Kuala Selangor 10. Urusan pemindahan cash 11. Hadir seminar walit 12. Cubaan membeli tanah untuk menambah asset 13. Lawatan JPV ke tapak projek walit di Tg Karang. 14. Seminar koperasi, pengurusan mesyuarat agung dan membuat usul dan minit mesyuarat,. Di Genting Highland. Belanj

kerja menjadikan kita bertambah kaya atau bertambah miskin

Bertambah miskin atau kaya?? 1. Ramai orang menyangka dengan bertambahnya projek akan menjadikan ianya lebih kaya. 2. Adakah ianya benar. Kita sudah membincangkan di dalm article terdahulu berkaitan konsep bebanan atau asset. Kini mari kita kupas mengenai konsep kaya miskin. 3. Hidup perlu seimbang sepertimana doa kita “ ya Allah jadikan kami bahagia di dunia dan akhirat dan jauhi kami dari azab neraka. Jika di dunia hidup menderita itu adalah azab neraka yang di segerakan. Bannyak penyakit akibat dosa adalah neraka segera. 4. kita membuat projek dan usaha berniaga dan bekerja keras untuk menambah pendapatan agar hidup di dunia berkat dan bahagia. Al-quran menyuruh kita bekerja agar kita bersyukur dan tanda syukur kepada Allah. 5. salah memilih projek boleh menjadikan kita bertambah miskin walaupun Nampak kita bekerja kuat. Tenaga, wang ringgit di habiskan tapi pendapatan tiada. Ianya menjadi sia sia,memenatkan, membuang masa dan tenaga sahaja . 6. Business adalah business. Ha

bagaimana menggerakkan orang mencapai kejayaan besar

BAGAIMANA MENGGERAKKAN SEMUA ORANG MENUJU SATU MATLAMAT DENGAN COST EFFECTIVE DAN KEJAYAAN BESAR 1. Mencapai kejayaan secara individu memerlukan kerja kuat, focus dan bantuan Allah. Ia adalah sukar tambahan pula mencapai kejayaan untuk sekumpulan manusia kerana lawan dan persaingnya juga sekumpulan manusia yang lebih besar. 2. Contoh objective adalah menang lawan perang seperti di tunjuk oleh nabi sebulan sekali berperang , menawan dan membuka negeri, seperti tariq bin ziad, saidina umar. Jihat menegakkan agama, menang dapat penghormatan, mati dapat surga. 3. Zaman sekarang objektivenya adalah menang dalam persaigan perniagaan. Sebulan sekali satu projek. Buat dengan sungguh- sungguh. Tinggi kan nama islam dengan projek ekonomi islam. Bagaimana menggerakkan adik beradik supaya sebulan sekali tambah satu sarang burung yang di dalamnya dibaca ayat quran dan menjadi pengubat yang ampuh peyembuh segala penyakit kecuali mati. Setahun sekali beli dan usahakan satu ekar tanah, atau satu ked

cara mencegah penyakit berjangkit

Pembengkakan Muka- Satu Jangkitan Pendahuluan Jangkitan muka biasa dan banyak terjadi di dalam pengamalan perubatan dan pergigian. Kebanyakannya jangkitan ini berasal dari struktur luar seperti kulit dan tisu subkutis dan selalunya senang di kenalpasti dan di rawat. Jangkitan yang berasal dari struktur dalaman boleh menjadi lebih teruk, cepat merebak dan boleh menyebabkan kesakitan yang berpanjangan ( prolonged mobidity), mempunyai komplikasi yang lama dan berpotensi membahayakan nyawa. Jangkitan submandibular yang teruk Persembahan / bentuk rupa Pesakit hadir dengan muka yang bengkak dan biasanya termasuk pembengkakan di leher. Kesakitan gigi atau muka mungkin atau mungkin tidak terjadi. pesakit secara umum biasanya kelihatan letih , tak sedap badan dan demam. Pesakit mungkin mengadu tidak dapat membuka mulut seperti biasa, sakit atau susah menelan, tekak dan suara serak. Sejarah Seseorang pesakit patut mencatit sejarah tanda tanda aduan semasa dengan perhatian tambahan

LOGIC JUGAK SEBAB MEMBACA QURAN

Apa guna membaca Al-Quran? Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran.. Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?” Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang. Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi se

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA

Sunday, October 19, 2008 Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad) PENUBUHAN Definisi : Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti. Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk : • Sendirian • Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) • Berhad (Bhd.) Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.) CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik. • Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham. • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad. • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modal • Syarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar d

HUKUM FARAID, PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH HARTA KELUARGA

1 FARAID: MANIFESTASI KESYUMULAN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM* Oleh Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia PENDAHULUAN Undang-undang Pusaka Islam (faraid) telah disyariatkan oleh Allah s.w.t secara berhikmat dan berperingkat-peringkat supaya ianya sesuai dengan falsafah perundangan dan tabiat semulajadi manusia yang agak sukar untuk mengubah adat kelaziman mereka masing-masing. Pada peringkat awal, agama Islam mengekalkan sistem pusaka Jahiliah, sistem sementara berdasarkan persaudaraan dan Hijrah. Kemudian sistem itu telah dibatalkan dan diganti dengan sistem pembahagian pusaka secara wasiat kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat berdasarkan ayat 180, surah al- Baqarah. Peringkat akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan danUndang-undang Pusaka Islam yang ada sekarang adalah merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat mawarith , iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.Undangundang Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang lengkap dan

aturan syer

YAYASAN AL-JEED (juga di kenali sebagai al-jeed enterprise atau koperasi keluarga al-jeed atau al-jeed sdn bhd) ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER yayasan al-jeed. 2. Aturan ini diwujudkan selepas persetujuan Mesyuarat ahli lembaga pengarah (ALP) siri 6 pada 21 jun 2010 sempena bicara kuasa hartanah bonda shamsiah di pejabat tanah kuala selangor. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- a) “syer” ertinya bahagian dalam syer yayasan ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam yayasan ini; b) “Kumpulan Wang Penebusan Syer” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan bagi membolehkan yayasan menebus syer anggota yang dikeluarkan menurut persetujuan ALP; c) “Kumpulan Wang Rizab Statutori” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih koperasi menurut persetujuan ALP. TUJUAN 4. Tujuan Kumpulan Wang Penebusan Sy
 

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

BAGAIMANA MENCAPAI KEJAYAAN DAN MENGEKALKANNYA: BUAT SESUATU YANG MEMBANGGAKAN DIRI DAN ANAK CUCU ( DAN PASTIKAN IA BERKEKALAN) 1. Mencapai kejayaan memang susah tetapi mengekalkan kejayaan adalah 10X ganda lebih susah. 2. Untuk mencapai kejayaan memerlukan penumpuan usaha dan hendaklah focus kearah itu. Seperti kita memanah dimana ianya sunnah nabi, sasaran kena di kenal pasti dan focus tepat. Tangan dan kekuda kena stabil kearah itu, mata hendaklah di tutup sebelah supaya pandangan kita tertumpu ke sasaran. Jika 2 mata di buka pandangan kita akan mencapah dan banyak sasaran lain kita Nampak. Maka kita tak focus pada sasaran. Setelah focus pada sasaran , cubaan beberapa kali memanahpun belum tentu sasaran kena inikan pula jika tak focus. 3. Seperti memanah tadi yang di ajar nabi, begitulah juga sasaran usaha, projek dan program yang kita nak buat. Nak Berjaya dalam pemeliharaan sarang burung walit, buat dan focus ke walit sahaja ( supaya duit projek tak lari ke projek lain yang

Magic in medicine

RAWATAN PERGIGIAN BAGI PEASAKIT TERKENA SIHIR Manusia ada berbagai penyakit dan kelemahan. Bukan senang untuk merawat kesakitan ini kerana ia melibatkan berbagai kepakaran Berkongsi pengalaman perubatan ini memang menarik dan mungkin boleh di ambil iktibar darinya dan mungkin juga ada yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama yang boleh di kongsi bersama di sini Seorang pesakit telah datang ke klinik gigi bersama suaminya pada hari selasa 20 apr 2010, jam 7 pm Setelah masuk ke bilik surgery, suaminya memberitahu bahawa isterinya yang merupakan seorang cikgu, telah sakit terkena sihir dan masih berubat dengan Dr Harun Din. Katanya jika semasa rawatan dia menepis dan meracau itu bukan dirinya yang sebenar. Maknanya ada mahluk lain telah masuk ke badannya. Setelah pesakit duduk di dental chair, kommunikasi bermula dengan penerangan di berikan dan bahawa pemeriksaan akan di buat terhadap mulut pesakit. Bila pesakit membuka mulut dan sentuhan di buat di tempat gigi yang sakit pesaki