bagaimana menggerakkan orang mencapai kejayaan besar

BAGAIMANA MENGGERAKKAN SEMUA ORANG MENUJU SATU MATLAMAT DENGAN COST EFFECTIVE DAN KEJAYAAN BESAR

1. Mencapai kejayaan secara individu memerlukan kerja kuat, focus dan bantuan Allah. Ia adalah sukar tambahan pula mencapai kejayaan untuk sekumpulan manusia kerana lawan dan persaingnya juga sekumpulan manusia yang lebih besar.
2. Contoh objective adalah menang lawan perang seperti di tunjuk oleh nabi sebulan sekali berperang , menawan dan membuka negeri, seperti tariq bin ziad, saidina umar. Jihat menegakkan agama, menang dapat penghormatan, mati dapat surga.
3. Zaman sekarang objektivenya adalah menang dalam persaigan perniagaan. Sebulan sekali satu projek. Buat dengan sungguh- sungguh. Tinggi kan nama islam dengan projek ekonomi islam. Bagaimana menggerakkan adik beradik supaya sebulan sekali tambah satu sarang burung yang di dalamnya dibaca ayat quran dan menjadi pengubat yang ampuh peyembuh segala penyakit kecuali mati. Setahun sekali beli dan usahakan satu ekar tanah, atau satu kedai perniagaan halal menggantikan kedai perniagaan haram. Tambah kllinik dan hospital yang perkhidmatannya lebih suci dll.
4. Bagaimana menggerakkan koperasi supaya ahli menyumbang , berkorban tenaga dan wang untuk bekerja dan menyumbang modal , memula dan memajukan perniagaan. Perniagaan apa yang menghasilkan untung besar dan Nampak niatnya suci . dapat pahala dunia dan akhirat secara seimbang. Melihat peluang dan loop hole, perniagaan yang orang tak buat lagi sebagai pelengkap perniagaan sedia ada. Bagaimana menyelamatkan ummat dari penderitaan atau siksaan didunia atau neraka dunia ( kitaran ganas kemiskinan tegar, kesakitan di sebabkan cara hidup dan makanan, tiada ilmu, risau dan bebanan hutang) dan selamatkan manusia dari neraka akhirat ( penderitaan dan siksaan kerana tak ikut perintah Allah). Hafiz Quran boleh menyelamatkan 10 orang dari neraka tetapi pemimpin dan pendakwah boleh selamatkan seramai mana yang ia jumpa, terbukti di dunia lagi ia boleh selamatkan atau cegah ummat dari serangan penyakit dan kemiskinan , jika ikut nasihatnya ( Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya). Jika malas belajar, malas kerja, malas ibadat, makan makanan bukan sahaja yang haran tetapi juga yang di larang dan allergy, tak bersenam, melawan emak bapak, sendiri tahu la akibatnya ( neraka dunia yang di segerakan ).
5. Bagaimana menggerakkan persatuan supaya mengadakan activity bersama yang menyihatkan badan, dapat bersosial, berkasih saying, bertaaruf dan saling mengingat akan tanggungjawap dunia dan akhirat.
6. Bagaiman menjadikan pengikut taat setia, dengan cara tunjuk ajar secara hikmah, memaafkan kesilapan, bersabar dengan karenah mereka, mengasingkan hal individu dengan hal agama, masyarakat dan parti dan pendapat serta keyakinan peribadi.
7. Bagaimana menawan hati dan minda , menukar musuh menjadi lawan , menukar orang kafir kepada islam, menukar benci dan permusuhan kepada suka dan kerjasama dalam pasukan.
8. Perkara yang di sukai manusia adalah
a. Bayar lebih dari yang di minta , ada bonus lagi.
b. Bekerja lebih dari yang di bayar kepada kita, overtime tapi tak minta gaji
c. Memberi hadiah dan bertukar hadiah
d. Kasih sayang
e. Membantu di kala ia memerlukan
f. Membuat keputusan cepat tapi menukarnya lambat.
g. Memaafkan dan meminta maaf.
h. Berlapang dada dan bertolak ansur
i. Tegas dengan prinsip. Jalan kejayaan dan jalan yang lurus, ikut orang yang Berjaya bukan orang yang gagal.
j. Akhlak yang baik. Bekerja dan menasihat bukan untuk diri tapi untuk kasih sayang dan keredoaan Allah
9. Pimpinan melalui tauladan
a. Capable melakukan sesuatu kerja dengan cemerlang
b. Boleh di percayaai
c. Bersikap adil dan ikhlas
d. Berupaya untuk inspire orang , beri semangat dan dorongan dengan pengaruhnya dan cakap serupa bikin, pidato yang mempengaruh dan fasih.
10. Focus kepada sesuatu kerja dalam satu masa. Bila selesai kerjakan yang lain dengan sungguh sungguh. Baru orang Nampak dan boleh ikut. Bukan buat semua tapi tak Nampak hasil dan tiada impak. Kerja kuat yang berkesan.
11. Boleh merancang dengan kertas kerja , business plan dan proposal yang menyakinkan. Boleh juga menulis laporan hasil kejayaan lalu untuk bukti kejayaan dengan gambarnya dan membuat post mortem sebagai rujukan generasi akan datang. Kejayaannya boleh di ukur dengan jelas.
12. Untuk perbincagan lanjut

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA