HUKUM FARAID, PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH HARTA KELUARGA

1
FARAID: MANIFESTASI KESYUMULAN PENGURUSAN HARTA
DALAM ISLAM*
Oleh
Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang
Jabatan Syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN
Undang-undang Pusaka Islam (faraid) telah
disyariatkan oleh Allah s.w.t secara berhikmat dan
berperingkat-peringkat supaya ianya sesuai dengan
falsafah perundangan dan tabiat semulajadi manusia yang
agak sukar untuk mengubah adat kelaziman mereka
masing-masing. Pada peringkat awal, agama Islam
mengekalkan sistem pusaka Jahiliah, sistem sementara
berdasarkan persaudaraan dan Hijrah. Kemudian sistem itu
telah dibatalkan dan diganti dengan sistem pembahagian
pusaka secara wasiat kepada dua ibu bapa dan kaum
kerabat berdasarkan ayat 180, surah al- Baqarah. Peringkat
akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan
danUndang-undang Pusaka Islam yang ada sekarang
adalah merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat
mawarith , iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.Undangundang
Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang
lengkap dan menyeluruh (syumul) dengan memberi
jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar
bahagian mereka dan ahli ahli waris yang tidak berhak
terhadap harta pusaka dengan menggunakan kaedah
atau doktrin al-Hajb.
2
Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara
pembahagian dalam harta pusaka dikalangan ahli warisahli
waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada
semua peringkat ahli ahli waris dan mengelak pergaduhan
dikalangan mereka.
_______________
*Kertas kerja ini dibentangkan dalam Konvensyen Faraid
dan Hibah Kebangsaan 2008, Anjuran Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), bertempat di Dewan Serbaguna
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 7 Ogos
2008.
Pada akhir ayat 11, 12 dan 176, surah al-Nisa, Allah s.w.t
telah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah adalah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana“ , “ (Tiap-tiap satu
hukum itu) ialah ketetapan dai Allah. Dan (ingatlah Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar“ dan “Allah
menerangkan hukum itu kepada kamu supaya tidak sesat.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu”.
SUMBER UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM DAN HUKUM
MEMPELAJARINYA
Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan
kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad
mereka dalam masalah tertentu. Di dalam al-Quran
terdapat dua bentuk ayat yang berkaitan dengan pusaka
iaitu ayat mujmal dan ayat mufassal. Ayat-ayat kategori
pertama menjelaskan hak-hak ahli waris secara umum
tanpa menentukan bahagian mereka secara terperinci.
Manakala ayat-ayat kategori kedua iaitu ayat al-mawarith,
Allah s.w.t telah menjelaskan secara terperinci ahli-ahli waris
dan kadar bahagian atau saham mereka masing-masing.
Di antara ayat berbentuk mujmal, Firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
3
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari
peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan
ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari
harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)” (al-Quran, al-Nisa’
4:7).
”Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian
kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang
lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Anfal
8:75).
Dalam ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah
menerangkan secara terperinci mengenai ahli waris-ahli
waris dan bahagian mereka masing-masing dalam pusaka
iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(i) “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian
harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian
seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari
dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka
yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh)
harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari
keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika
si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak
mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah
4
kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3.
Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara
(adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang
telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutang.
Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak
mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta
banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian harta
pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
diterangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya
Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (al-
Quran, al-Nisa’ 4: 11).
(ii) “Dan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan
oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.
Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu mendapat
1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan
wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar
hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-isteri) pula 1/4 dari harta
yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.
Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta kamu tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan
sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang diahli
warisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan
anak atau bapa, dan meninggalkan seorang saudara lelaki
(seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiaptiap
seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka
(saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka
mereka berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama
banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat
yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar
5
hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli waris).
(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar “
(al-Quran, al-Nisa’ 4: 12).
(iii) “Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa
kepadamu (wahai Muhammad), mengenai masalah
kalalah. Katakanlah: ‘‘Allah memberi fatwa kepadamu
dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang
tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara
perempuan, maka bagi saudara perempuan itu 1/2 dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudarasaudara
lelaki itu) meahli warisi (semua harta) saudara
perempuannya, jika saudara perempuannya tidak
mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannnya itu
dua orang, maka keduanya mendapat 2/3 dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudarasaudaranya
itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka
bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang
perempuan“. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu
supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Nisa’
4:176).
Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, dapat
dirumuskan beberapa hukum berikut.
(1) Dasar pembahagian pusaka dalam Islam adalah
bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli
waris perempuan. Dasar ini dilaksanakan dalam
6
kebanyakan kes pusaka, terutamanya dalam kes asabah bi
al-ghayr. Pembahagian pusaka dalam kes seumpama ini
hendaklah berdasarkan kaedah bahagian ahli waris lelaki
menyamai dua bahagian ahli waris perempuan.
(2) Ahli waris ashab al-furud dan asabah bi al-ghayr telah
ditentukan dengan jelas dan cara pewarisan mereka
masing-masing. Di antara ahli waris ashab al-furud yang
disebut dalam ayat tersebut ialah anak perempuan, ibu,
bapa, suami, isteri, saudara lelaki seibu, saudara
perempuan seibu, saudara perempuan seibu sebapa dan
saudara perempuan sebapa.
(3) Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli waris
hendaklah dibuat selepas ditunaikan hutang-hutang si mati
sama ada hutang Allah s.w.t (seperti zakat, kaffarah dan
sebagainya), atau hutang sesama manusia dan sesudah
diselesaikan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas
kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusakanya.
Selain daripada nas al-Quran, terdapat hadis-hadis
Rasulullah s.a.w yang menerangkan dan memperincikan
maksud Al-Quran tentang ahli-ahli waris dan bahagian
mereka masing-masing; antaranya sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud :
“Bagi seorang anak perempuan 1/2, seorang anak
perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6
untuk melengkapkan 2/3 dan baki (asabah) untuk seorang
saudara perempuan“ (Hadis riwayat al-Bukhari).
7
“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang
berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk ahli waris lelaki
yang lebih utama” (Hadis riwayat Muslim).
Di samping nas al-Quran dan al-Sunnah, ijmak para
sahabat dan tabi’in juga telah berlaku dalam
pembahagian pusaka, iaitu seorang nenek atau dua orang
nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa) mereka
sama-sama berkongsi dalam 1/6 bahagian.Demikian juga
para sahabat telah melakukan ijtihad mereka dalam
beberapa masalah pusaka , seperti dalam kes al-
Umariyyatain , al-Musyarakah, pewarisan datuk ketika
bersama saudara (lelaki atau perempuan) seibu sebapa
atau sebapa, pewarisan dhawi al-arham, dan sebagainya.
Berdasarkan nas-nas di atas dapat dirumuskan bahawa
hukum mempelajari faraid adalah fardu kifayah kepada
seluruh umat Islam dan ia akan gugur dengan sebahagian
umat Islam lain yang telah melakukannya, tetapi hukum
sunat mempelajarinya masih berkekalan. Demikian juga
hukum melaksanakan pembahagian pusaka secara faraid
adalah wajib.
PEMBAHARUAN DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM
Sebelum Islam terutamanya pada zaman Jahiliah,
anak-anak perempuan, isteri, ibu-ibu dan ahli waris
perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak dalam
harta pusaka. Demikian juga kanak-kanak yang belum
baligh tidak diberikan hak dalam pembahagian harta
pusaka. Perwarisan hanya berlaku kepada golongan lelaki
8
yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari
serangan musuh. Perwarisan hanya berlaku atas dasar
keturunan (untuk lelaki yang dewasa), perjanjian dan anak
angkat.
Selepas turunnya ayat al-mawarith, Undang-undang
Pusaka Islam telah memperkenalkan satu pembaharuan
dalam undang-undang pusaka, di mana golongan wanita
telah diiktiraf oleh Islam dengan memberikan kepada
mereka taraf ahli waris yang sah dan menetapkan kadar
tertentu kepada mereka dalam harta pusaka. Daripada 12
golongan ahli waris ashab al-furud, seramai 8 orang adalah
terdiri daripada ahli waris perempuan dan 4 orang sahaja
yang terdiri dari ahli waris lelaki. Di antara pembaharuan
yang diperkenalkan dalam Undang-undang Pusaka Islam
ialah:
(1) Hak pusaka mempusakai adalah berasaskan
kepada hubungan nasab (kerabat), akad perkahwinan,
wala’ dan Islam.
(2) Tidak menafikan hak dalam pusaka antara
lelaki dan perempuan, kecil atau besar, di mana semua
mereka berhak menerima harta pusaka yang ditinggalkan
oleh pewaris (si mati).
(3) Ibu bapa dan anak-anak tidak digugurkan
daripada menerima harta pusaka dalam apa keadaan
sekalipun. Kemungkinan kadar bahagian mereka dalam
pusaka boleh berubah sekiranya terdapat ahli -ahli waris
yang lain.
(4) Saudara-saudara lelaki dan perempuan tidak
akan menerima harta pusaka sekiranya ada dua ibu bapa si
9
mati. Kewujudan saudara-saudara boleh mengurangkan
bahagian ibu daripada 1/3 kepada 1/6.
(5) Apabila wujud ahli waris lelaki dan perempuan
dalam satu kes, ahli waris lelaki akan mengambil dua
bahagian ahli waris perempuan, atau dua bahagian untuk
ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris
perempuan.
DASAR UMUM DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM
Undang-undang Pusaka Islam dibina di atas asas yang
kukuh , yang tidak wujud dalam sistem pusaka yang lain.
Dasar ini merupakan ciri utama kepada Undang-undang
Pusaka Islam, iaitu:
1) Al-Wasatiyyah, iaitu satu sistem yang bersifat
pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem
kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan
dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.
2) Al-Tawazun, iaitu satu sistem yang memberi
perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan
hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk
wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahli- ahli waris
sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.
3) Al-Adalah; iaitu satu sistem pembahagian pusaka
secara adil kepada semua ahli-ahli waris berdasarkan fitrah
manusia, keperluan dan keakraban mereka dengan
pewaris.
10
4) Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua
ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan
pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris
daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris
wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian,
kecuali dia melepaskan haknya.
5) Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu
perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat
dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anakanak,
saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi alarham(
menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin
Hanbal) .
6) Penetapan bahagian untuk ahli-ahli waris; iaitu ahliahli
waris fardu dan asabah akan menerima pusaka.
Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8,
2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas al-
Quran.
7) Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang
berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahli
waris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau
muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu
mereka juga diberi hak dalam pusaka. Demikian juga suami
atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka
bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci
perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan
kesetiaan di antara mereka.
11
8) Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan
kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak
mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya
diterima oleh wanita adalah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8.
Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka
dalam pusaka adalah sama sahaja.
9) Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih
hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu
yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta
pusaka.
10) Berlebih kurang kadar (al-tafadul) dalam
pembahagian pusaka adalah berasaskan kepada
keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan
kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anakanak
si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding
dengan bapa dan datuk mereka dan lelaki lebih
memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita
kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam
agama.
11) Hukum pusaka Islam bersifat tetap (thabat); iaitu
tidak berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun
masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupakan
ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika
bersama saudara-saudara dalam menerima pusaka dan
wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad.
ASPEK KESYUMULAN DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA
ISLAM
12
Undang-Undang Pusaka Islam adalah satu sistem
pembahagian pusaka yang syumul sama dengan bidang
undang-undang Islam yang lain. Manifestasi kesyumulan
undang-undang ini dapat dilihat dalam beberapa aspek
seperti sebab-sebab perwarisan, liabiliti dan hak terhadap
harta pusaka, penentuan ahli-ahli waris dan kadar yang
sepatut mereka terima, saringan ahli-ahli waris melalui
doktrin al-hajb, pembahagian pusaka kepada janin,
khuntha dan mafqud , doktrin takharuj dan lain-lain.
1. PERKARA ASAS DAN LIABILITI DALAM PEMBAHAGIAN
PUSAKA
Pembahagian harta pusaka tidak akan berlaku
dalam Islam kecuali terdapat tiga rukun dan sebab-sebab
perwarisan, iaitu al-muwarrith, al-warith dan al-mauruth.
Al-Muwarrith iaitu pewaris itu mati sama ada secara hakiki,
hukmi atau taqdiri. Al-Warith ialah ahli waris yang akan
menerima harta pusaka dan dia disyaratkan hidup pada
masa kematian pewaris, sama ada secara hakiki atau
taqdiri. Manakala al-mauruth ialah harta pusaka yang
dimiliki oleh pewaris, sama ada harta tak alih atau harta alih
dan hak-hak yang berkaitan dengan harta.
Undang-Undang Pusaka Islam menetapkan empat
sebab perwarisan, keempat-empat sebab iaitu nasab
(kerabat), perkahwinan, wala’ dan agama Islam (Baitulmal).
Sungguhpun keempat-empat sebab perwarisan telah
dipenuhi, tetapi pembahagian pusaka tidak akan berlaku
13
kecuali syarat-syarat dibawah telah dipenuhi sepenuhnya,
iaitu:
(i) Pewaris telah meninggal dunia sama ada secara
hakiki, hukmi atau taqdiri.
(ii) Ahli waris hendaklah wujud atau hidup pada saat
kematian pewaris sama ada hidup secara hakiki atau
taqdiri.
(iii) Mengetahui status dan habuan ahli waris serta tidak
ada halangan perwarisan, seperti pembunuhan,
perhambaan dan perbezaan agama.
Apabila rukun dan syarat-syarat di atas telah
dipenuhi,mengikut Undang-undang Pusaka Islam, harta
pusaka itu tertakluk kepada beberapa liabiliti atau hak yang
wajib ditunaikan oleh ahli-ahli waris sebelum ia diagihagihkan
mengikut pembahagian faraid. Lialibiliti atau hak
tersebut hendaklah ditunaikan mengikut keutamaan berikut:
(i) Menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan
pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengkafan,
membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan
mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan.
(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang
Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau
hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur.
Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t
dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian.
14
(iii) Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah
seorang suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu
diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak
masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh
Mahkamah Syariah.
(iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika
ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas
dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh
dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka
walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli
waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan
itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa
hidup pewasiat.
(v) Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli waris
yang berhak menurut hukum faraid selepas ditunaikan
perkara-perkara tersebut di atas.
2. PENENTUAN AHLI-AHLI WARIS DAN KADARNYA
Undang-Undang Pusaka Islam telah menentukan
secara jelas dan syumul ahli-ahli waris yang berhak
menerima pusaka serta bahagian mereka masing-masing
sepertimana dijelaskan dalam al-Quran.Pembahagian ahliahli
waris dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu ahli
waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham.
(a) Ahli Waris Ashab al-furud
15
Ashab al-furud ialah ahli-ahli waris yang telah
ditetapkan bahagian atau saham mereka dalam
pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan
ijmak. Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu
suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek
(ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan,
anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan),
saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan
sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki
seibu. Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang
paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan
penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah
dan dhawi al-arham. Ahli waris ashab al-furud akan
menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2,
1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.
(i) Suami
Mendapat 1/2 jika isteri (si mati) tidak mempunyai
anak(lelaki atau perempuan)atau cucu ke bawah, atau 1/4
jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau
cucu ke bawah.
(ii) Isteri
Mendapat 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai
anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau
1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan)
atau cucu ke bawah.
(iii) Bapa
Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau
anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6
16
dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau
asabah jika si mati tidak mempunyai anak(lelaki atau
perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke
bawah.
(iv) Datuk (bapa kepada bapa)
Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk
tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana
datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 atau
1/6 dan asabah atau asabah iaitu sama seperti bapa.
(v) Ibu
Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau
anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau
mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau
perempuan); atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka
jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas;
atau 1/3 baki jika si mati meninggal salah seorang
suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain
(iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).
(vi) Nenek
Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai
ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 sama ada seorang atau
lebih.
(vii) Anak perempuan
Mendapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau
lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersamasama
dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua
bahagian anak perempuan.
17
(viii) Anak perempuan kepada anak lelaki
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau
lebih, 1/6 jika bersama-sama seorang anak perempuan;
mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama
dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh
anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali
jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki yang samasama
menerima asabah bi al-ghayr.
(ix) Saudara perempuan seibu sebapa
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau
lebih; asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki
seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama
anak perempuan atau anak perempuan kepada anak
lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh
anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.
(x) Saudara perempuan sebapa
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua atau lebih;
1/6 jika bersama dengan seorang saudara perempuan
seibu sebapa; asabah bi al-ghayr jika bersama saudara
lelaki sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama
dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada
anak lelaki atau bersama kedua-duanya; atau terdinding
oleh anak lelaki, cucu lelaki, bapa, saudara lelaki seibu
sebapa, dua orang saudara perempuan seibu sebapa
(kecuali jika ada saudara lelaki sebapa) dan oleh seorang
saudara perempuan seibu sebapa ketika dia menerima
asabah ma’a al-ghayr.
18
(xi) Saudara perempuan seibu
Mendapat 1/6 jika seorang atau 1/3 jika dua orang
atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan sama ada
lelaki atau perempuan, bapa atau datuk.
(xii) Saudara lelaki seibu
Mendapat 1/6 jika seorang atau 1/3 jika dua orang
atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan lelaki atau
perempuan, bapa atau datuk.
Ahli-ahli waris ashab al-furud terbahagi kepada tiga
golongan, iaitu:
(a) Ahli waris utama yang terdiri daripada suami, isteri,
ibu, bapa dan anak perempuan. Mereka tidak digugurkan
dari menerima pusaka secara mutlak.
(b) Ahli waris gantian yang terdiri daripada datuk, nenek
dan anak perempuan kepada anak lelaki. Ahli-ahli waris ini
akan menggantikan tempat ahli waris utama dalam
menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat
bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak
perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat
anak perempuan.
(c) Ahli waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada
saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan
sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu.
19
(b) Ahli Waris Asabah
Menurut istilah faraid, ahli waris asabah ialah ahli-ahli
waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka dalam harta
pusaka sama ada melalui al-Quran atau al-Sunnah.
Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka,
kadangkala baki dan kadangkala tidak memperolehi harta
kerana harta pusaka telah dihabiskan oleh ahli waris ashab
al-furud.
Jenis-jenis Asabah
Asabah terbahagi kepada dua jenis iaitu asabah
sababiyyah (qarabah hukmiyyah) iaitu asabah bagi orang
yang memerdekakan hamba dan asabah nasabiyyah, iaitu
ahli waris si mati yang mempunyai hubungan nasab
(kerabat) dengannya yang terdiri daripada golongan lelaki
tanpa diselangi oleh perempuan seperti anak lelaki, anak
lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu
sebapa, sebapa, bapa saudara seibu sebapa, sebapa dan
anak lelaki mereka. Begitu juga ahli waris ashab al-furud
yang perempuan ketika bersama-sama saudara lelakinya
seperti anak perempuan ketika bersama anak lelaki,
saudara perempuan seibu sebapa ketika bersama dengan
saudara lelaki seibu sebapa dan saudara perempuan
sebapa ketika bersama saudara lelaki sebapa. Mereka
adalah ahli waris asabah nasabiyyah.
Asabah nasabiyyah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
;
20
1) Asabah bi al-nafs : iaitu asabah dengan dirinya
sendiri. Ahli-ahli waris yang termasuk dalam kategori ini ialah
semua ahli waris lelaki yang tidak diselangi dengan si mati
oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu
anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki, bapa, datuk,
saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak
lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki
kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah
bapa) seibu sebapa,bapa audara (sebelah bapa) sebapa,
anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan anak
lelaki kepada bapa saudara sebapa.
Golongan asabah bi al-nafs terbahagi kepada empat
peringkat mengikut keutamaan dalam menerima asabah
(baki), iaitu;
a) Jihat al-bunuwwah ; iaitu anak lelaki, anak lelaki
kepada anak lelaki dan seterusnya ke bawah
selagi tidak diselangi oleh perempuan.
b) Jihat al-ubuwwah ; iaitu bapa, datuk dan
seterusnya ke atas selagi tidak diselangi oleh
perempuan.
c) Jihat al-ukhuwwah ; iaitu saudara lelaki seibu
sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki
kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki
kepada saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke
bawah selagi tidak diselangi oleh perempuan.
d) Jihat al-umumah ; iaitu bapa saudara (sebelah
bapa) seibu sebapa , bapa saudara (sebelah
bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara
seibu sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara
21
sebapa dan seterusnya ke bawah selagi tidak
diselangi oleh perempuan.
Mengikut kaedah faraid, jihat al-bunuwwah
didahulukan daripada jihat al-ubuwwah, jihat al-ubuwwah
pula didahulukan daripada jihat al-ukhuwwah dan
seterusnya mengikut susunan atau tertib. Pembahagian jihat
di atas adalah mengikut pendapat Imam Abu Hanifah.
Sebaliknya, mengikut Jumhur ulama’ termasuk mazhab
Shafi’e, mereka menyamakan datuk (bapa kepada bapa
dan seterusnya ke atas) dengan saudara lelaki (seibu
sebapa atau sebapa) dalam satu jihat.
2) Ahli waris asabah bi al-ghayr .
Ahli waris asabah bi al-ghayr terdiri daripada empat
orang ahli waris perempuan daripada ahli waris ashab alfurud
iaitu anak perempuan, anak perempuan kepada
anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara
perempuan sebapa. Mereka akan menerima asabah (baki)
ketika bersama-sama dengan saudara lelaki mereka yang
sedarjat atau setaraf dengan mereka, seperti anak
perempuan ketika bersama dengan anak lelaki, anak
perempuan kepada anak lelaki ketika bersama dengan
anak lelaki kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu
sebapa ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa dan
saudara perempuan sebapa ketika bersama dengan
saudara lelaki sebapa. Kadar pembahagian dalam asabah
bi al-ghayr ialah bahagian lelaki menyamai 2 bahagian
perempuan atau mengikut nisbah 2 : 1 iaitu 2 bahagian
untuk ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris
perempuan.
22
Terdapat beberapa syarat bagi membolehkan ahli
waris asabah bi al-ghayr menerima baki harta bersamasama
dengan saudara-saudara lelaki mereka, iaitu ;
(i) Ahli waris perempuan yang menjadi asabah bi alghayr
hendaklah terdiri daripada ahli waris ashab alfurud.
(ii) Wujud persamaan jihat antara ahli waris perempuan
asbah al-Furud dengan ahli waris lelaki yang
mentaksibkannya. Oleh itu anak perempuan tidak
boleh ditaksibkan oleh saudara lelaki seibu sebapa
atau sebapa.
(iii) Wujud persamaan darjat antara ahli waris perempuan
ashab al-furud dengan ahli waris lelaki yang
mentaksibkannya. Oleh itu, anak perempuan kepada
anak lelaki tidak boleh ditaksibkan oleh anak lelaki,
dan saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh
ditaksibkan oleh anak lelaki kepada saudara lelaki
seibu sebapa.
(iv) Wujud persamaan kekuatan hubungan kekerabatan
antara ahli waris perempuan ashab al-furud dengan
ahli waris lelaki yang mentaksibkannnya. Oleh itu,
saudara perempuan seibu sebapa tidak boleh
ditaksibkan oleh saudara lelaki sebapa.
Terdapat beberapa pengecualian kepada kaedah asal
asabah bi al-ghayr di atas, iaitu mengenai anak perempuan
kepada anak lelaki dan datuk bersama dengan saudarasaudara
perempuan sama ada seibu sebapa atau sebapa.
Anak perempuan kepada anak lelaki boleh ditaksibkan oleh
23
anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (cicit
lelaki). Contohnya, seorang mati meningggalkan dua orang
anak perempuan, seorang anak perempuan kepada anak
lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada
anak lelaki (cicit lelaki), maka dua orang anak perempuan
mendapat 2/3, seorang anak perempuan kepada anak
lelaki dan seorang anak lelaki kepada anak lelaki kepada
anak lelaki (cicit lelaki) bersama-sama mendapat baki harta
(1/3) bahagian dengan kadar lelaki mendapat dua
bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian
(nisbah 2:1).
3) Ahli waris asabah ma’a al-ghayr
Ahli waris asabah ma’a al-ghayr hanya dua orang
sahaja iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara
perempuan sebapa apabila menerima pusaka bersamasama
dengan anak perempuan atau anak perempuan
kepada anak lelaki atau bersama dengan kedua-duanya
sekali. Saudara-saudara perempuan seibu sebapa atau
sebapa akan menerima asabah (baki) harta jika masih ada
setelah diberikan kepada ahli waris ashab al-Furud iaitu
anak perempuan atau anak perempuan kepada anak
lelaki. Contohnya, seorang mati meninggalkan seorang
isteri, ibu, seorang anak perempuan, seorang anak
perempuan kepada anak lelaki dan saudara perempuan
seibu sebapa, maka seorang isteri mendapat 1/8, ibu
mendapat 1/6, seorang anak perempuan mendapat 1/2,
seorang anak perempuan kepada anak lelaki mendapat
1/6 dan seorang saudara perempuan seibu sebapa
mendapat bakinya (asabah).
24
Terdapat dua syarat yang membolehkan saudara
perempuan seibu sebapa menjadi ahli waris asabah ma’a
al-ghayr iaitu ;
(i) Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa
hendaklah mempusakai bersama-sama dengan anak
perempuan, atau anak perempuan kepada anak
lelaki atau bersama kedua-dua sekali.
(ii) Tidak ada bersama-sama mereka saudara lelaki seibu
sebapa atau sebapa. Jika ada saudara lelaki seibu
sebapa atau sebapa maka saudara perempuan
seibu sebapa atau sebapa akan menerima asabah bi
al-ghayr dan pembahagiannya berdasarkan nisbah
2:1.
Saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa yang
menjadi ahli waris asabah ma’a al-ghayr, maka kedudukan
mereka sama seperti saudara lelaki seibu sebapa atau
sebapa. Ini bermakna mereka dapat mendinding ahli warisahli
waris lain yang didinding oleh saudara lelaki mereka.
c) Ahli waris dhawi al-arham
Menurut istilah, dhawi al-arham ialah ahli waris yang
mempunyai hubungan kerabat atau darah dengan si mati
selain daripada ahli waris ashab al-furud dan asabah sama
ada lelaki atau perempuan, seperti anak lelaki dan anak
perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan
anak perempuan kepada saudara perempuan, bapa
25
saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa,
bapa kepada ibu dan lain-lain.
Pendapat Fuqaha Mengenai Pewarisan Dhawi al-Arham
Fuqaha berselisih pendapat tentang pewarisan dhawi alarham
kepada dua golongan, iaitu;
i) Menurut Saidina Ali, Umar, Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Muaz bin
Jabal, Mujahid, Ikramah, Shurayh, Masruq, al-Nakhai’, al-
Sha’bi dan lain-lain,mereka berpendapat bahawa ahli waris
dhawi al-arham berhak menerima harta pusaka apabila
tidak ada ahli waris ashab al-furud dan asabah kecuali
suami atau isteri. Pendapat ini merupakan pendapat Imam
Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal.
ii) Menurut Saidina Abu Bakar, Uthman, Zayd bin Thabit, Sufyan
al-Thawri, al-Zuhri, al-Awzai, Ibn Jarir al-Tabari dan fuqaha
Hijaz, mereka berpendapat bahawa ahli waris dhawi alarham
tidak boleh mewarisi harta pusaka kerana tidak
terdapat nas-nas yang jelas dari al-Quran, al-Sunnah dan
ijmak. Pendapat ini merupakan pendapat mazhab Shafie,
Maliki dan Ibn Hazm al-Zahiri.
Syarat Dan Cara Pewarisan Dhawi al-Arham
Bagi golongan pertama yang berpendapat bahawa ahli
waris dhawi al-arham berhak menerima harta pusaka ,
mereka telah menetapkan dua syarat berikut iaitu ;
26
i) Ahli waris ashab al-furud tidak ada dan jika terdapat ahli
waris ashab al-Furud, mereka akan mengambil
bahagiannya sebagai ahli waris ashab al-furud dan bakinya
dengan cara al-radd.
ii) Ahli waris asabah tidak ada dan jika terdapat ahli waris
asabah maka semua harta akan dihabiskan oleh ahli waris
asabah.
Di kalangan fuqaha’ yang membolehkan dhawi al-arham
menerima harta pusaka, mereka berbeza pendapat pula
tentang cara pewarisannya seperti berikut ; pen
i) Kaedah Ahl al-Rahm – kaedah ini dikenali sebagai aliran altaswiyah
iaitu menyamaratakan ahli waris-ahli waris dhawi
al-arham dalam menerima harta pusaka. Oleh itu tidak ada
perbezaan di antara ahli waris yang dekat dan ahli waris
yang jauh dan antara lelaki dengan perempuan. Dasar
pembahagian pusaka adalah secara sama rata kerana
pewarisan mereka semata-mata atas dasar hubungan
kerabat (rahim) dengan si mati.
ii) Kaedah Ahl al-Tanzil – kaedah ini dikenali sebagai kaedah
penggantian kerana mereka meletakkan anak keturunan si
mati daripada golongan dhawi al-arham pada tempat
orang tua mereka yang menghubungkan mereka dengan si
mati sama ada dari kalangan ashab al-Furud atau asabah
dan bahagian mereka juga sama, sama ada secara fardu
atau asabah serta bahagian seorang lelaki dua kali ganda
bahagian perempuan.
iii) Kaedah Ahl al-Qarabah – kaedah ini melihat kepada
keakraban dan kekuatan hubungan antara ahli waris dhawi
al-arham dengan si mati sama ada dari segi jihat, darjat
27
atau kekuatan hubungan darah (qarabah) seperti mana
yang berlaku dalam pewarisan asabah bi al-nafs.
3. SARINGAN AHLI-AHLI WARIS MELALUI DOKTRIN AL-HAJB
(DINDINGAN)
Doktrin al-hajb memainkan peranan yang amat
penting dalam Undang-undang Pusaka Islam kerana ia
akan menentukan kedudukan seseorang ahli waris sama
ada mereka berhak menerima harta pusaka atau
sebaliknya. Seseorang ahli waris tidak berhak terhadap
harta pusaka atas alasan terdapat ahli waris lain yang lebih
dekat hubungan kekerabatan dan tarafnya dengan si mati,
maka ahli waris tersebut dikeluarkan secara mutlak (hajb
hirman). Kadangkala tedapat juga ahli waris yang akan
menerima harta pusaka kurang sedikit kerana adanya ahli
waris lain yang boleh mengurangkan kadar bahagian itu
secara tak mutlak (hajb nuqsan).
Dari segi istilah, doktrin al-hajb bermaksud tegahan
atau halangan seseorang ahli waris daripada mendapat
harta pusaka secara keseluruhan atau sebahagian, kerana
ada ahli waris lain yang lebih berhak terhadap harta pusaka
itu. Umpamanya, datuk dihalang atau didinding oleh bapa
daripada mendapat harta pusaka dan suami dihalang atau
didinding oleh anak lelaki atau anak perempuan si mati dari
mendapat 1/2 bahagian kepada 1/4 bahagian dan
sebagainya. Peranan doktrin al-hajb dalam Undangundang
Pusaka Islam adalah merupakan satu proses
saringan terhadap ahli-ahli waris untuk menentukan status
dan hak mereka dalam pembahagian pusaka.
28
Pembahagian al-Hajb (Dindingan)
Al-Hajb terbahagi kepada dua bahagian iaitu al-hajb
bi al-wasf dan al-hajb bi al-shakhsi. Al-Hajb bi al-wasf
berkemungkinan berlaku kepada semua ahli waris jika
sekiranya terdapat sifat atau halangan tertentu seperti
pembunuhan, perhambaan dan berlainan agama.
Manakala al-hajb bi al-shakhsi berlaku dengan wujud ahli
waris tertentu (yang lebih dekat) yang boleh mendinding
ahli waris lain sama ada secara hirman atau nuqsan.
Mengikut undang-undang pusaka, al-hajb bi alshakhsi
terbahagi kepada dua jenis iaitu hajb hirman dan
hajb nuqsan.
1) Hajb Nuqsan dan contoh-contohnya.
Hajb nuqsan ialah dindingan yang boleh mengurangkan
bahagian ahli waris daripada mendapat saham yang besar
kepada saham yang lebih rendah atau lebih sedikit kerana
ada ahli waris lain. Hajb nuqsan boleh berlaku kepada lima
orang ahli waris ashab al-furud berikut:
a) Suami boleh terdinding secara hajb nuqsan dari mendapat
bahagian 1/2 kepada 1/4 dengan debab si mati
mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan dan
sama ada anak tersebut dengan suami ini atau suami lain.
b) Isteri boleh terdinding secara hajb nuqsan dari mendapat
bahagian 1/4 kepada 1/8 dengan sebab si mati
mempunyai anak sama ada anak lelaki atau perempuan
29
dan sama ada anak tersebut dengan isteri sekarang atau
isteri-isteri terdahulu.
c) Anak perempuan kepada anak lelaki boleh terdinding
secara hajb nuqsan dari mmeninendapat bahagian 1/2
kepada 1/6 dengan sebab si mati mempunyai seorang
anak perempuan.
d) Saudara perempuan sebapa boleh terdinding secara hajb
nuqsan dari mendapat 1/2 kepada 1/6 dengan sebab si
mati mempunyai seorang saudara perempuan seibu
sebapa.
e) Ibu boleh terdinding secara hajb nuqsan dari mendapat 1/3
kepada 1/6 dengan sebab si mati mempunyai anak (lelaki
atau perempuan), atau si mati mempunyai beberapa
orang saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa,
sebapa atau seibu.
2) Hajb Hirman dan contoh-contohnya
Hajb hirman ialah tegahan atau halangan seseorang ahli
waris daripada mendapat harta pusaka secara mutlak.
Hajb hirman boleh berlaku kepada tujuh golongan ahli waris
berikut :
a) Datuk boleh didinding secara hajb hirman oleh bapa.
b) Nenek boleh didinding secara hajb hirman oleh ibu.
c) Saudara-saudara perempuan seibu sebapa boleh
didinding secara hajb hirman sama ada oleh anak
lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki atau bapa
secara ijmak. Walau bagaimanapun, menurut Abu
30
Hanifah, datuk juga boleh menggugurkan saudarasaudara
perempuan seibu sebapa secara hajb
hirman.
d) Saudara perempuan sebapa didinidng secara hajb
hirman oleh dua orang saudara perempuan seibu
sebapa, jika tidak ada bersama-samanya saudara
lelaki sebapa.
e) Saudara (lelaki atau perempuan) seibu didinding
secara hajb hirman oleh bapa, datuk, anak lelaki,
anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki, dan
anak perempuan kepada anak lelaki.
f) Anak perempuan kepada anak lelaki didinding
secara hajb hirman oleh dua orang anak perempuan
jika tidak ada bersama-samanya anak lelaki kepada
anak lelaki.
g) Anak lelaki kepada anak lelaki didinding secara hajb
hirman oleh anak lelaki.
Walau bagaimanapun, terdapat enam golongan ahli
waris ashab al-furud dan asabah yang langsung tidak
terlibat dengan hajb hirman. Mereka ialah bapa, ibu, anak
lelaki, anak perempuan, suami dan isteri. Ahli-ahli waris ini
mempunyai pertalian dengan si mati secara terus tanpa
ada ahli waris pengantara (wasitah), maka mereka akan
menerima harta pusaka dalam apa keadaan sekalipun.
31
Sebahagian besar ahli-ahli waris ini (selain anak lelaki)
hanya terlibat dengan hajb nuqsan.
3. HAK JANIN, KHUNTHA DAN MAFQUD DALAM HARTA
PUSAKA.
Undang-undang Pusaka Islam menentukan hak
mempusakai harta pusaka kepada beberapa golongan
tertentu, di antaranya ialah janin dalam kandungan
ibunya, khuntha dan mafqud. Ketiga-tiga golongan ini
telah diberi penekanan dalam Undang-undang Pusaka
Islam sebagai satu sistem yang syumul bagi menjamin
hak dan keadilan kepada mereka.
Berhubung dengan hak janin dalam pusaka ,para
fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa janin itu
berhak mendapat harta pusaka pewarisnya yang mati
bersama-sama dengan ahli-ahli waris yang lain.Walau
bagaimanapun, pewarisan janin tertakluk kepada dua
syarat iaitu:
i) Janin itu sudah wujud di dalam kandungan
ibunya semasa kematian pewaris.
ii) Janin itu dilahirkan dalam keadaan hidup
walaupun beberapa saat.
Undang-undang Pusaka Islam mengenalpasti
beberapa tanda yang menunjukkan bahawa janin yang
dilahirkan itu hidup, seperti menangis, menyusu, bernafas,
bergerak anggota badannya dan sebagainya. Para
fuqaha’ mempunyai pendapat yang berbeza sama ada
seluruh badan janin itu perlu dilahirkan dalam keadaan
32
hidup atau sebahagian besarnya sahaja. Bagi mazhab
Shafie, Maliki dan Hanbali mensyaratkan bahawa janin
itu hendaklah dilahirkan dengan seluruh badannya
dalam keadaan hidup. Jika sebahagian sahaja
dilahirkan hidup dan kemudiannya meninggal dunia
maka dia tidak berhak mewarisi harta pusaka sekalipun
kelahiran itu diikuti dengan tangisan.
Setelah memenuhi syarat-syarat di atas, janin berhak
mewarisi harta pusaka dan berapa bahagian harta yang
sepatut disimpan sehingga kelahirannya. Menurut jumhur
fuqaha’ , harta pusaka boleh dibahagikan sebelum
kelahiran janin, tetapi bahagian yang perlu disimpan
untuk janin ialah bahagian yang paling maksimum sama
ada lelaki atau perempuan. Bagi mazhab Maliki harta
pusaka tersebut tidak boleh dibahagikan sehinggalah
janin itu dilahirkan.
Pewarisan khuntha telah dibincang dalam Undangundang
Pusaka Islam secara terperinci bagi
mempastikan status dan kedudukan mereka dalam
menerima harta pusaka sama ada sebagai seorang
waris lelaki atau perempuan. Dalam undang-undang
Islam, khuntha ialah seseorang yang mempunyai dua
alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan, atau tidak
terdapat sebarang tanda sama ada lelaki atau
perempuan tetapi mempunyai tempat keluar air kencing
sahaja. Dalam masalah penentuan jantina khuntha, para
ulama faraid telah menetapkan beberapa tanda untuk
mengenali jantina mereka. Di antara tanda-tanda
tersebut ialah jika khuntha itu masih kecil, maka keadaan
33
jantinanya boleh dipastikan dengan melihat tempat
keluar air kecingnya sama ada melalui alat kelamin lelaki
atau perempuan. Jika air kencing keluar melalui alat
kelamin lelaki, maka dia dianggap lelaki dan mewarisi
bahagian pusaka sebagai ahli waris lelaki. Jika ia keluar
melalui alat kelamin perempuan, maka dia dianggap
perempuan dan mewarisi bahagian pusaka sebagai ahli
waris perempuan. Jika air kencing itu keluar melalui
kedua-dua alat kelamin, maka ia harus dilihat kepada
alat kelamin mana yang lebih banyak mengeluarkan air
kencing itu. Jika air kencing lebih banyak keluar melalui
alat kelamin lelaki, maka dia dianggap sebagai lelaki
dan demikian juga sebaliknya. Tetapi jumhur fuqaha’
berpendapat penentuannya hendaklah dibuat dengan
melihat alat kelamin mana yang lebih dahulu
mengeluarkan air kencing. Jika air kencing keluar melalui
alat kelamin lelaki lebih dahulu daripada perempuan,
maka dia dianggap sebagai lelaki dan demikian
sebaliknya. Jika khuntha itu seorang dewasa, maka ia
harus dilihat kepada tanda-tanda yang dia adalah
seorang lelaki seperti tumbuh misai, janggut dan
sebagainya, maka dia dianggap sebagai lelaki dan
mewarisi bahagian pusaka sebagai ahli waris lelaki.
Sebaliknya jika terdapat tanda-tanda yang ianya adalah
seorang perempuan seperti keluar haid, tumbuh buah
dada, hamil dan seumpamanya, maka dia dianggap
sebagai perempuan dan mewarisi pusaka sebagai ahli
waris perempuan. Terdapat setengah pendapat yang
mengatakan bahawa sekiranya tidak dapat ditentukan
jantina seseorang khuntha, maka ia akan ditentukan
dengan melihat bilangan tulang rusuk di bahagian
34
bawah sebelah kiri badannya. Jika ternyata bilangan
tulang rusuk di sebelah kiri adalah kurang satu batang
daripada sebelah kanan, maka dia dianggap sebagai
ahli waris lelaki. Terdapat pandangan yang lain yang
mengatakan bahawa penentuan jantina khuntha boleh
ditentukan melalui naluri dan keinginannya sama ada
kepada seorang perempuan atau lelaki. Jika nalurinya
berminat kepada seorang perempuan, maka dia
dianggap sebagai seorang lelaki dan demikian juga
sebaliknya.
Dalam masalah mafqud, Undang-undang Pusaka
Islam memberi perhatian khusus tentang pembahagian
harta pusaka kepada mereka. Mafqud bermaksud
seseorang yang telah hilang atau ghaib tanpa diketahui
keadaannya sama ada masih hidup atau telah
meninggal dunia. Dalam masalah orang yang hilang,
maka isterinya tidak boleh dikahwini dan hartanya tidak
boleh dipusakai serta hak-haknya hendaklah dipelihara
sehingga jelas kedudukannya sama ada dia masih hidup
atau telah meninggal dunia.
Kuasa untuk menentukan dan membuat keputusan
sama ada mafqud itu masih hidup atau telah meninggal
dunia adalah mahkamah dengan berpandukan kepada
bukti-bukti, penyiasatan atau telah tamat tempoh
menunggu (sepertimana ditentukan oleh fuqaha’).
Apabila mahkamah telah memutuskan bahawa dia
telah meninggal dunia maka kematiannya dianggap
berlaku pada masa dikeluarkan keputusan mahkamah
itu. Ahli-ahli waris yang ada pada masa keputusan oleh
35
mahkamah dikeluarkan adalah berhak mewarisi
hartanya. Demikian juga orang mafqud boleh mewarisi
harta pewarisnya yang meninggal dunia sebelum
keputusan mahkamah dibuat terhadapnya. Jika
keputusan mengenai kematiannya telah dibuat oleh
mahkamah, tetapi ternyata kemudiannya dia masih
hidup, maka dia tidak boleh menuntut kembali bahagian
harta yang telah dihabiskan oleh ahli warisnya kecuali
mengambil apa harta yang masih berbaki sahaja.
4. DOKTRIN TAKHARUJ.
Sungguhpun Undang-undang Pusaka Islam telah
menentukan ahli-ahli waris tertentu dalam menerima
harta pusaka dan kadar bahagian mereka masingmasing,
tetapi undang-undang itu telah memberi ruang
yang seluas-luasnya kepada ahli waris untuk menerima
harta pusaka pewaris atau sebaliknya. Penolakan ahli
waris terhadap harta pusaka boleh dilakukan melalui
doktrin takharuj.
Takharuj dalam Undang-undang Pusaka Islam
bermaksud seorang waris menarik diri dari mengambil
harta pusaka sama ada sebahagian atau
keseluruhannya dengan salah seorang ahli waris atau
beberapa ahli waris yang lain dengan mengambil
bayaran (‘iwad) tertentu sama ada dari harta pusaka itu
atau harta-harta yang lain atau tanpa bayaran. Takharuj
dengan mengenakan bayaran adalah satu bentuk akad
mu’awadah yang diharuskan oleh hukum syarak jika
terdapat keredaan atau kerelaan di antara ahli-ahli waris
36
yang terlibat. Doktrin takharuj diamalkan dalam
pembahagian pusaka dalam pelbagai bentuk dan
dengan pelbagai cara pembayarannya adalah sematamata
untuk memberi keselesaan dan kebebasan
kepada ahli-ahli waris yang terlibat. Ia hendaklah
dilakukan dengan persetujuan dan kerelaan ahli-ahli
waris yang berhak dalam pembahagian pusaka itu,
sama ada secara individu atau kumpulan ahli-ahli waris
tertentu dan sama ada dengan mengenakan bayaran
tertentu atau tanpa bayaran.
Dalam melaksanakan doktrin takharuj, terdapat tiga
keadaan yang boleh membatalkan pelaksanaannya,
iaitu apabila tuntutan hutang melebihi daripada harta
pusaka si mati yang ada. Sedangkan waris-waris tidak
bersedia untuk membayar hutang tersebut, maka
takharuj dianggap batal. Kedua, apabila timbul tuntutan
wasiat terhadap si mati, maka tuntutan itu boleh
menyebabkan kadar sebenar bahagian masing-masing
ahli waris dalam harta pusaka akan berubah. Ketiga,
apabila wujud seorang ahli waris yang tidak diketahui
sebelum pembahagian atau pada masa takharuj,
sedangkan kehadirannya boleh menyebabkan
perubahan dalam hak dan bahagian harta pusaka ahliahli
waris berkenaan. Berdasarkan ketiga-tiga keadaan
di atas, doktrin takharuj tidak boleh dilaksanakan.
5. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Undang-undang Pusaka Islam merupakan ketetapan
Allah s.w.t melalui nas yang qat’i iaitu ayat 11, 12 dan 176
37
surah al-Nisa’. Ayat-ayat tersebut menerangkan ahli-ahli
waris yang berhak terhadap harta pusaka dan kadar
bahagian yang sepatutnya mereka terima seperti 1/2, 1/4,
1/8, 1/3, 2/3, atau 1/6. Undang-undang Pusaka Islam telah
membawa beberapa pembaharuan yang tidak wujud
dalam undang-undang lain sebelumnya. Undang-undang
ini disyari’atkan oleh Allah s.w.t semata-mata untuk memberi
keadilan kepada manusia sejagat. Oleh itu, pensyari’atan
Undang-undang Pusaka Islam mempunyai hikmat dan
falsafah tersendiri yang tidak dapat diselami dan dihayati
oleh segelintir manusia hari ini. Undang-undang ini
mempunyai dasar yang jelas dan bersifat syumul kerana ia
merupakan ketetapan Allah s.w.t yang lebih mengetahui
segala-galanya.
Bagi menjamin pelaksanaan dan pematuhan
Undang-undang Pusaka Islam (faraid) secara berterusan
dikalangan orang Islam di negara ini dan institusi atau
agensi yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka
mereka, maka dengan ini dicadangkan beberapa syor,
langkah dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak
yang bertanggungjawab seperti berikut:
1. Memperkenalkan Undang-undang Pusaka Islam
dalam bentuk undang-undang bertulis (statut) yang boleh
dijadikan panduan dan amalan di Mahkamah-mahkamah
Syariah, institusi atau agensi pengurusan harta Islam,
pengamal undang-undang Syariah ,syarikat koperat,
pemegang-pemegang amanah dan orang Islam di
Malaysia amnya. Beberapa negara Islam di Timur Tengah
dan rantau ini telah meluluskan Undang-undang Pusaka
38
Islam secara bertulis seperti Qanun Mawarith Mesir 1943
(bagi undang-undang pusaka tak berwasiat), Qanun
Wasiyyah Mesir 1946 (bagi undang-undang pusaka
berwasiat) dan sebagainya.
2. Mengkaji dan mengenalpasti beberapa statut
dan undang-undang bertulis yang berkaitan dengan
pengurusan harta orang Islam yang sedang berkuatkuasa di
negara ini supaya tidak ada peruntukan yang tidak selari
atau bercanggah dengan undang-undang Islam, seperti
Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 (terutamanya peruntukan yang
berkaitan dengan Adat Perpatih), Kanun Tanah Negara
1965 dan sebagainya.
3. Mempertingkatkan dan memperluaskan
bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini dengan cara
mengembalikan kuasa pentadbiran pusaka orang-orang
Islam ke Mahkamah Syariah sama seperti sebelum
kemerdekaan. Bagi melaksanakan cadangan ini, satu
pindaan kepada Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan (yang mengandungi tiga senarai), hendaklah
dilakukan dengan bijaksana.
4. Menyeragam dan menyelaraskan had
bidangkuasa mal antara Mahkamah Rendah Syariah
dengan Mahkamah Tinggi Syariah di seluruh Malaysia
supaya tidak wujud perbezaan yang ketara, terutamanya
antara Mahkamah Syariah di Semenanjung Malaysia
dengan Mahkamah Syariah di Negeri Sabah dan Sarawak.
39
5. Penyediaan dan proses pengeluaran Sijil Faraid
atau Perakuan Ahli Waris oleh Mahkamah Syariah di Negerinegeri
hendaklah dibuat setelah melalui proses perbicaraan
di hadapan Hakim Syarie, bertujuan untuk mengelak
daripada berlaku kesilapan. Kes-kes pembahagian pusaka
yang rumit seharusnya dirujuk kepada Jabatan Mufti Negeri
untuk keputusan.
6. Sijil Faraid atau Perakuan Ahli Waris yang
disediakan melalui E-Faraid atau E-Syariah oleh agensi
pengurusan harta pusaka orang Islam sepatutnya terlebih
dahulu disahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Negeri-negeri agar tidak berbangkit persoalan
keesahannya kemudian hari. Program E-Faraid dan ESyariah
hendaklah disemak semula bagi tujuan
penyeragaman.
7. Mengenalpasti satu badan peringkat
Kebangsaan yang akan bertanggungjawab untuk
mengawalselia dan memantau institusi atau agensi yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
pengurusan harta orang Islam, umpamanya pengurusan
pusaka, wasiat, hibah, wakaf dan seumpamanya.
8. Mewajibkan institusi atau agensi pengurusan
harta orang Islam untuk melantik Panel Syariah mereka
masing-masing supaya produk syariah yang diperkenalkan
dalam pasaran dan operasinya tidak bertentangan dengan
Hukum Syarak.
40
9. Mempastikan semua fatwa-fatwa yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan
dengan pembahagian harta pusaka, harta penama,
takaful dan seumpamanya, dilaksanakan sepenuhnya oleh
pihak-pihak berkenaan.
10. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada
masyarakat Islam di Malaysia mengenai Undang-undang
Pusaka Islam, undang-undang wasiat, hibah, wakaf dan
sebagainya, dengan cara menganjurkan seminar, kolokium,
konvensyen, diskusi, dialog dan seumpamanya, sama ada
di Pusat-pusat Latihan dan sebagainya
RUJUKAN
Abu Zahrah, Muhammad.1963. Ahkam al-tarikat wa almawarith.
t.tp.Dar al- Fikr al-Arabi.
al-Ghamidi, Nasir bin Muhammad bin Masyri. 2002. Al-
Khulasah fi ‘ilm al-faraid. Makkah al-Mukarramah:
Dar Tayyibah al-Khudra’.
al-Ghundur, Ahmad.1966. al-Mirath fi al-Islam wa al-qanun.
Mesir: Dar al-Ma’arif.
al-Hasri, Ahmad.1972.al-Tarikat wa al-wasaya fi al-fiqh al-
Islami. Amman : Maktabat al-Aqsa.
Ibn Rushd.1989. Bidayat al-mujtahid wa nihayat almuqtasid.
Juz.2. Beirut: Dar al-Jil.
41
Makhluf, Hasanayn Muhammad.1958. al-Mawarith fi alshari’ah
al-islamiyyah.Cetakan Ke-3. t.tp: Matbaah li
Jannah al-Bayan al-Arabi.
Muhammad Muhiy al-Din Abd. Al-Hamid.1991. Ahkam almawarith
fi al-shari’ah al-islamiyyah ‘ala al- madhahib
al-a’immah al-arba’ah..Beirut: al- Maktabah al-Asriyyah.
Mustafa ‘Asyur.t.th.’Ilm al-mirath.Qahirah:Maktabat al-
Qur’an.
al-Sabuni, Muhammd Ali.1989.al-Mawarith fi al-shariah alislamiyyah
fi daw al-kitab wa al-sunnah.
Damshiq:Dar al-Qalam.
al-Zuhayli, Wahbah.1989. al-Fiqh al-islami wa adillatuh.
Juz.8. Cet.ke-3. Damsyiq :Dar al-Fikr.
al-Zuhayli, Muhamad. 2001. Al Faraid wa al Mawarith wa al
wasoya. Damsyiq : Dar al-Kalim al Tayyib.
Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang. 2006. Undangundang
pusaka Islam: Pelaksanaan di Malaysia Bangi:
Jabatan Syariah, UKM.

Comments

Syahid said…
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

Web: almawaddah.info

Salam wa rahmah

Kepada;

Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.

Tan Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan yang dimuliakan

Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.

Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA