aturan syer

YAYASAN AL-JEED (juga di kenali sebagai al-jeed enterprise atau koperasi keluarga al-jeed atau al-jeed sdn bhd)


ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER


TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER yayasan al-jeed.

2. Aturan ini diwujudkan selepas persetujuan Mesyuarat ahli lembaga pengarah (ALP) siri 6 pada 21 jun 2010 sempena bicara kuasa hartanah bonda shamsiah di pejabat tanah kuala selangor.


TAFSIRAN

3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

a) “syer” ertinya bahagian dalam syer yayasan ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam yayasan ini;

b) “Kumpulan Wang Penebusan Syer” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan bagi membolehkan yayasan menebus syer anggota yang dikeluarkan menurut persetujuan ALP;

c) “Kumpulan Wang Rizab Statutori” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih koperasi menurut persetujuan ALP.
TUJUAN

4. Tujuan Kumpulan Wang Penebusan Syer (selepas ini disebut “Kumpulan Wang Ini”) adalah untuk menyediakan suatu peruntukan wang bagi membolehkan yayasan menebus kembali syer anggota yang dikeluarkan.


MODAL OPERASI DAN SUMBER KEWANGAN

5. (1) Sumber kewangan bagi melaksanakan Kumpulan Wang Ini diperoleh dari-

(a) Peruntukan daripada keuntungan bersih yayasan ini yang diluluskan oleh mesyuarat ALP. (duit sewa tanah, penjualan sarang burung dari projek yayasan dll). Syer dari sewa tanah 1 tahun (2010). 9 ALP *rm2000= rm18,000 (asas)

(b) Pulangan daripada pelaburan wang Kumpulan Wang Ini. (labur dalam ASB, labur dalam kilang pemprosesan walit, projek walit joint venture)


PENTADBIRAN

6. Kumpulan Wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga (ALP).


PENGELUARAN

7. (1) Pengeluaran syer adalah tertakluk kepada syarat-

(a) anggota hendaklah mempunyai syer terkumpul tidak kurang daripada RM 2,000.00; (di simpan dari duit sewa sawah 1 tahun {2010} di bahagi 9 orang)
(b) pengeluaran tidak melebihi 80% daripada jumlah syer terkumpulnya;
(c) mengekalkan syer minimum menurut persetujuan ALP; dan
(d) tidak lebih daripada 3 kali sepanjang tempoh keanggotaannya.

(2) Syer tidak boleh dikeluarkan kecuali atas sebab-sebab berikut:

(a) Tamat keanggotaan;
(b) Membiayai perjalanan ke luar negara atas tujuan ibadat;
(c) Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk anggota atau tanggungannya;
(d) Membiayai pembelian tanah atau rumah atau kedua-duanya atau pengubahsuaian rumah; atau
(e) Apa-apa sebab lain yang pada pendapat Lembaga perlu dan munasabah.

(3) Dalam keadaan anggota yang tamat keanggotaan dengan yayasan ini, pengeluaran syer sepenuhnya boleh dibuat dengan segera daripada Kumpulan Wang ini dengan syarat anggota tersebut telah menjelaskan segala hutangnya kepada yayasan.

(4) Jika kedudukan kewangan Kumpulan Wang ini tidak mencukupi untuk penebusan syer, pembayaran hendaklah ditangguhkan. Walau bagaimanapun tertakluk kepada Peraturan, penebusan syer boleh dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori menurut persetujuan ALP.

BONUS

8. Akan di bayar setiap tahun dari keuntungan projek, mengikut jumlah syer masing masing

PERTIKAIAN

9. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada lembaga penasihat (Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81) .


Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat ALP al-jeed pada 21/6/10



………………………. ……………………………
( ) ( )
Pengerusi Anggota Lembaga


Formulated 25 Feb 2010.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA