MAGIC IN DENTAL TREATMENT

RAWATAN PERGIGIAN BAGI PEASAKIT TERKENA SIHIR

  1. Manusia ada berbagai penyakit dan kelemahan. Bukan senang untuk merawat kesakitan ini kerana ia melibatkan berbagai kepakaran
  2. Berkongsi pengalaman perubatan ini memang menarik dan mungkin boleh di ambil iktibar darinya dan mungkin juga ada yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama yang boleh di kongsi bersama di sini
  3. Seorang pesakit telah datang ke klinik gigi bersama suaminya pada hari selasa 20 apr 2010, jam 7 pm
  4. Setelah masuk ke bilik surgery, suaminya memberitahu bahawa isterinya yang merupakan seorang cikgu, telah sakit terkena sihir dan masih berubat dengan Dr Harun Din. Katanya jika semasa rawatan dia menepis dan meracau itu bukan dirinya yang sebenar. Maknanya ada mahluk lain telah masuk ke badannya.
  5. Setelah pesakit duduk di dental chair, kommunikasi bermula dengan penerangan di berikan dan bahawa pemeriksaan akan di buat terhadap mulut pesakit. Bila pesakit membuka mulut dan sentuhan di buat di tempat gigi yang sakit pesakit mengilai ketawa seperti bukan suara dia.
  6. Staff yang bekerja, kebetulan sedang mengandung amat ketakutan, terperanjat dan lemah semangat ( menggigil dan hendak menangis)
  7. Rawatan di teruskan kerana pesakit ini sekejap ok, boleh beri kerjasama dan beberapa minit kemudian menjadi seperti orang lain dengan suara yang lain dan tindakan agak pelik
  8. Didapati kegigian molar bawah kanan telah rosak dan sakit apabila di ketuk. Rundingan ,pilihan rawatan telah di bincangkan, dan pesakit dan suaminya bersetuju untuk mencabut gigi itu walaupun option RCT di berikan. Injection telah di beri dan pesakit memberi kerjasama dengan elok.
  9. Sementara menunggu kesan ubat kebas itu, komunikasi dengan suaminya mendapati semua rawatan telah di buat termasuk dengan Ayat quran , ayat syifak, ayat rutyah. Tetapi masih tidak pulih sepenuhnya.
  10. Tiba tiba ada lagi suara pelik datang. Katanya " kau bodoh, dengan menunjuk tangan pada nurse, "doctor bodoh" ...... "aku tak sakit la" ....."siapa yang pandai pandai inject aku ni.... sakit la"
  11. Kita mengambil kesimpulan rawatan perlu di teruskan, hal kekuatan mahluk halus dan sihir tidak usah di perbesarkan dan kehidupan perlu diteruskan dengan tidak melayan segala kerenah dan perbuatan mahluk itu. Buat tak tahu je.
  12. Jika kita sakit hati,dia lagi kuat dan kemarahan kita akan menggangu kerja kita dan dia memang suka lihat kita sakit hati dan marah. Hati kita, kita yang punya, bagaimana dia buatpun jika kita tak sakit hati dia tak boleh buat apa apa.
  13. Tiba tiba datang suara pelik lagi. ' kau tak nak layan sudah'.........tak nak ambil tahu sudah..... hai Nampak marah pulak dia.
  14. Bila keadaan kembali normal, dan pesakit sudah merasa kebas, cabutan di buat dengan menasihatkan pesakit kuatkan semangat , jangan beri benda lain masuk , ingat Allah je. Semua ok. Very succesfull. Kerjasama penuh.
  15. Selesai gigi di cabut kapas di beri dengan arahan kepada pesakit menggigit supaya darah boleh berhenti.
  16. Sekali lagi suara pelik datang. " suka hati aku la... apa hak kau arah arahkan aku".
  17. Selepas itu pesakit balik bersama suami tanpa masalah tetapi kesannya staf masih lagi takut dan menggigil.
  18. Kenapa ini terjadi
    1. Mahluk asing ni, atau jin di buat dari api. Asap adalah komponennya. Semuanya di jadikan tidak kelihatan dengan frekuency tertentu (20 mhz, frekuancy rendah bagi golongan jahat). Kerjanya menggangu manusia. "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata" ( quran surah yusuf).
    2. Oleh kerana kejadiannya begitu ia boleh meresap ketubuh manusia melalui ruang udara dan pernafasan. Bila ia penuh dan menguasai tubuh ia boleh mengantikan roh manusia dan menguasai badan kita. Ia macam TV, bila frekuancy berubah dengan menekan remote control, sekejap je, cannal berubah ke TV1, TV astro, dan TV di seluruh dunia kita boleh lihat. Mahluk ini juga boleh bergerak melalui aliran darah manusia.
    3. Badan kita seperti juga computer. Computer tanpa roh ( soft ware) tak akan boleh berfungsi. Roh sahaja ( soft ware) tanpa badan iaitu sangkarnya (computer) tidak boleh juga berfungsi.
    4. Bila kita cabut pendrive A dan ganti dengan pen drive B, kita akan dengar ceramah dari penceramah B pula walaupun sebentar tadi kita dengar suara dari penceramah A. Ini lah yang cuba di terangkan oleh ulamak mengenai konsep yang sukar di fahami berkaitan hakikat roh, nyawa, nafsu, subconcius mind, dan alam ketuhanan.
  19. Kenapa rawatan kerohanian tidak berkesan. Sebabnya mungkin
    1. Pesakit tidak ada semangat untuk melawan. Perasaan ego penting untuk mempertahankan kebenaran. Siapa lebih mulia manusia atau jin? Menyerah kepada penguasaan mahluk lain dan merasa diri lemah dan tidak berdaya. Perasaan ini satu penipuan pada diri atau telah terkena pengaruh hasil penipuan syaitan.
    2. Siapa yang lebih berkuasa , Allah atau mahluk lain?
    3. Bacaan Quran hanya di bibir sahaja, tidak masuk di hati, tiada perasaan zhuaz, tidak faham dan tidak yakin betul betul.
    4. Merasakan fadhilat dan kekuasaan ayat, bukan kekuasaan yang memiliki ayat itu, iaitu kekuasaan Allah sendiri. Ayat sebagai device atau alat sahaja. Yang ada super power sebenarnya Allah.
    5. Merasakan mahluk lain ada kuasa. Semua kuasa sebenarnya milik Allah. Allah beri pada mahluk lain dengan izinnya. Jika Dia tak izin semuanya tidak berkesan. Api tidak boleh membakar tanpa izin Allah, walaupun sifat semualjadinya di beri kuasa memotong, Dll.
    6. Merasa terlalu takut, terlalu tunduk. Kenapa? Sedangkan mahluk ini kita jentik je dia boleh pergi. Setengah orang alim kata , jika dia datang, kau sepak je, atau beri penyepak/penampar. Dia dengar azan je , dah tak tahan lari lintang pukang.
    7. Nasihat begini di beri untuk memberi kita rasa berani, tidak membesarkan mahluk latnat ni, yakin dengan kuasa dan kebesaran Allah sahaja.
    8. Tetapi kenapa dia masih ada
    9. Sebabnya, kita membenarkan dia duduk dalam badan kita dan menguasai kita. Ia dah menjadi darah daging kita, sebab kita izinkan dia tanpa kita sedari, dengan mempercayai kekuatannya, dengan meninggalkan amalan agama secara ikhlas dan tidak menggunakan kekuatan akal.

Untuk perbincangan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA BERJAYA DAN KEKALKAN KEJAYAAN

PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU SDN BHD: PILIH YANG MANA ANDA LEBIH SUKA