Pages

Popular Posts

There was an error in this gadget

Friday, 23 February 2018


mari amalkan budaya negara maju

1. tidak ambil bukan hak nya
2. dompet yang jatuh di pulangkan
3. berterus terang dan jujur
4. suruh buat baik cegah kemungkaran

jom solat

1. bawa disiplin dalam solat keluar solat
2. bawa ketaatan kpd ketua dlm solat keluar solat
3. bawa kefahaman bacaan quran dalam solat keluar solat
4. bawa time management dalam solat keluar solat

majlis kahwin dan pelbagai aktiviti





























Wednesday, 13 November 2013

KEPERCAYAAN YANG MENGHALANG KEMAJUAN



11.       Mengapa ianya Popular di kalangan orang Melayu sahaja  berkaitan saka. Orang Cina, India,       Arab dan orang Barat tiada kendengaran masalah ini.
22.       Adakah saka wujud
33.       Saka yang di maksudkan di sini adalah syaitan yang di turunkan dari ibu atau bapa seseorang secara automatic.
44.       Bukannya nya Baka, harta pusaka, atau  tafsiran seumpamanya
55.       Saka mengikut orang Melayu adalah jin atau mahluk halus yang mengikut keturunannya
66.       Persoalannya :
77.       Adakah boleh seseorang yang tak tahu apa apa, tiba tiba secara automatic  Jin Saka mengikutnya. Sedangkan  Hadis menyatakan “anak di lahirkan bersih seperti kain puteh ibu bapanyalah yang mencorakkannya ( melalui proses didikan).  
88.       Apabila kita makan tanpa membaca bismillah syaitan akan makan sekali. Maka wujudlah istilah  atau cerita syaitan gemuk dan yang kurus. Adakah syaitan makan seperti kita makan atau di sini maksudnya syaitan Cuma meransang nafsu makan sehingga kita makan berlebihan yang akhirnya membazir( menjadi saudara Syaitan)  serta merosakkan kesihatan ( BMI tinggi, gemuk, kolestrol, darah tinggi, kencing manis dll)
99.   Begitu juga apabila manusia bersama isterinya tanpa membaca doa, maka  Syaitan akan menyertainya.  Adakah akan lahir anak Syaitan secara fizikalnya ( dan inilah yang di panggil anak saka , yang setakat ini tiada wujud manusia berupa Syaitan dari segi fizikalnya) atau  maksudnya Syaitan akan meransang nafsu manusia agar melakukan hubungan berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan, lahir terlalu kerap sehingga ibunya tiada masa mendidik menjadi manusia berguna dan bapanya tidak mampu menanggung kos sara hidup (anak ramai tetapi  terabai dan tiada kualiti).
110.   Di dalam dunia ini atau di akhirat tidak ada sesuatu pun akan berlaku secara automatic”.  Allah sendiri pun apabila menghendaki sesuatu , maka ia sebut” “jadi maka jadilah ia” (“ innama amruhu izza aro dasyai in am yaku lalahu, qun fayakun”;  surah yasin).
111.   Di akhirat, seseorang akan di paksa masuk neraka samada dia hendak atau tidak. Mengapa? Ingatlah didunia dulu dia telah di beritahu sekiranya berbuat salah akan masuk neraka. Itu pilihannya, bukan nya berlaku secara automatic.
112.   Di Surga pun apabila seseorang ingin makan sesuatu, dia kena niat/ BERDETIK DALAM HATI,  baru lah dapat
113.   Realiti  kehidupan kita dari pengalaman harian, sekiranya kita nak membasuh menggunakan mesin automatic, kita kena hidupkan suisnya dahulu dan menekan butang seting yang kita perlukan.
114.   Begitu juga dengan penghawa dingin, kita kena tekan remote control dulu barulah penghawa dingin berfungsi ( system automaticnya berjalan seperti kipasnya bergerak, gas masuk, arus elektrik bekerja, bilik di sejukkan sampai suhu tertentu dan ia akan berhenti sendiri mengikut seting yang kita tetapkan).
115.   Maka bolehkah Saka terjadi tanpa diminta atau diniatkan secara automatic?. Anak tak tahu apa apa tetapi dia dapat di sebabkan kononnya bomoh kata perjanjian berlaku antara syaitan dan  ibu bapa dan ianyanya terikat sehngga 7 keturunan. Apa buktinya adanya perjanjian itu dan bagaimana nak sah kan betul. Atau ianya mainan syaitan melalui wakil nya ( bomoh)  yang sengaja nak sesatkan manusia atau melagakan kita.
116.   Adakah perkara ini benar Adakah hadis atau quran yang menceritakan hal ini
117.   Maklumat berkaitan saka ini di dapati dari siapa, dari firman Allah, dari Hadis nabi ( yang wajib di imani ) atau hanya dari kata kata Bomoh atau orang yang di sangka alim sahaja.  Jika dari mereka ini kita mungkin boleh dengar sahaja tetapi tidak perlu percaya, di takuti, atau menyebabkan kita sampai risau sehingga tak boleh tidur, tak lalu makan, hysteria, meracau dll.  Ingatlah apabila kita yakin, ia akan terpahat dalam otak bawah sedar kita( subconcius mind) dan akan terjadi. Sebabnya badan kita akan membuat tindakbalas dari kerisauan kita. Bila kita yakin dengan ramalan kita akan sakit, akhirnya kita akan mati di sebabkan risau hal itu (reaksi badan seperti: otak akan keluarkan hormone kortisol berlebihan  menyebabkan otak rosak, fikiran kita tak tenteram, badan lemah dan jika kalah dalam perjuagan dan putus asa,  ianya akan mati).
118.    Ingatlah Hanya Allah yang perlu di takuti.  Allah maha Kuat, maha bijaksana dan maha Kaya , yang hanya kepadaNya sahaja perlu di Minta. Allah sumber segala permintaan dan bergantung.
119.   Kepercayaan kepada bukan selain hadis dan quran berkaitan hal ini adakah kurafat, boleh menyesatkan, atau boleh menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat. Masing masing menuduh jirannya sebagai contoh kerana sesuatu penyakit atau kemalangan yang berlaku.
220.   Tugas syaitan memang menyesatkan manusia. Ini terjadi apabila Allah mencipta Adam yang pada mulanya tidak di persetujui oleh Para Malaikat ( surah Al Baqarah) tetapi arahan sujud pada Adam  di ikuti oleh Malaikat kecuali Iblis yang membawanya di murkai dan di halau dari Surga.
221.   Merasakan diri Iblis lebih mulia kerana di cipta dari api sedanga adam di cipta dari Tanah, lalu  beliau berjanji dengan Allah untuk menyesatkan keturunan  Adam.
222.   Allah memperkenankan permintaan iblis dan memanjangkan umurnya tetapi Allah memberi 2 senjata kepada keturunan Adam. Iaitu orang yang ikhlas ( buat sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana Allah)  dan menggunakan akalnya ( fikir logic dan di pandu oleh Quran dan Hadis) tidak boleh di sesatkan oleh Iblis.
223.   NASIHAT:
224.   JADI GUNAKAN SENJATA IKHLAS DAN GUNAKAN AKAL.  LOGIC KAH SAKA ITU. SYAITAN MEMANG ADA  ( QURAN DAN HADIS MENYEBUTNYA) TETAPI TERJADINYA SAKA SECARA AUTOMATIC SEPERTI TIDAK LOGIC.
225.   LAWAN SYAITAN DENGAN BERBUAT BAIK SECARA IKHLAS, BAKAR DENGAN QURAN. MEREKA PALING MENDERITA APABILA KITA BERTAUBAT. YAKIN DENGAN KUASA ALLAH SAHAJA.
226.   Perlu perbincangan Lanjut.

Tuesday, 12 November 2013

KAITAN ANTARA RASA PUAS HATI TERHADAP KESIHATAN ORAL DENGAN KUALITI HIDUP MEREKA.

Fakta:
1. Soalan berkaitan pendapat penduduk sesuatu tempat, berkaitan status kesihatan oral di buat dan di dapati 76.1% dari kalangan mereka berpuas hati. 
2. Tetapi didapati juga 75.5% di kalangan mereka berpendapat mereka memerlukan rawatan.
3. Kajian mendapati penduduk yang berpendapat status kesihatan mulutnya teruk, tidak berpuas hati dengan kesihatan mulutnya,  dan penduduk yang berpandangan mereka perlukan rawatan mempunyai skor yang tinggi dalam ukuran impact kesihatan mulut bermakna kualiti hidupnya yang berkaitan dengan kesihatan mulut adalah teruk..

Apa maksudnya:
1. Kualiti hidup terbena secara dinamic, mengikut perubahan umur, persekitaran dan suasana. Maka ianya sentiasa berubah mengikut masa.
2. Sikap dan perilaku manusia tidak tetap, berubah mengikut masa, pengalaman dan di ubahsuai oleh penyesuaian diri, sangkaan , harapan, dan daya tahan.
3. Walaupun ramai yang berpuas hati dengan status kesihatan mulutnya tetapi ramai dikalangan mereka masih memerlukan rawatan kerana ingin menambah baik status kesihatan mulutnya.
4. Keadaan mulut sentiasa berubah. di waktu muda banyak gigi yang sihat tetapi apabila telah tua, gigi dan gusi yang telah lama di gunakan statusnya akan menjadi lebih teruk dan banyak rawatan untuk memulihkan kerosakannya di perlukan.
5. Rasa puas hati yang tinggi , sedangkan hakikatnya status kesihatan gigi mereka yang teruk, menyebabkan penjagaan gigi di abaikan. mereka hanya merasa perlu rawatan tetapi tidak pergi mendapatkan rawatan atau mengambil langkah pencegahan  lebih aggresif agar keadaan kegigian tidak menjadi bertambah buruk.

Nasihat:
1. Buat pemeriksaan dan kenalpasti penyakit dari awal ( 6 bulan sekali) sebelum ianya bertambah teruk dan kos rawatannya menjadi lebih mahal.
2. Jangan tunggu sakit untuk mendapatkan rawatan
3. Sentiasa membersihkan gigi dan mulut agar diri dan orang di sekeliling berpuas hati dengan susunannya, senyumannya, harumannya dan menjadi daya penarik manis menawan.

KESIHATAN MULUT DAN KUALITI HIDUP






Beberapa kajian berkaitan kesihatan mulut telah di buat yang mengukur masalah kegigian seperti adanya masalah gigi berlubang, penyakit periondontium atau gusi, dan keputusannya  melibatkan perancangan rawatan kegigian.

Penyakit kegigian ini mesti di kaitkan dengan kualiti hidup yang di iktiraf masa kita yang memberi kesan kepada keperluan perkhidmatan pergigian.

Kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan hidup melibatkan persoalan adakah:

1. Seseorang merasa sakit dari segi fizikalnya di sebabkan masalah mulut, gigi dan dentur,MGD ( seperti terdapat ulcer, tak selesa makan dll).
2. Adakah seseorang merasa fungsi mulutnya ( susah mengunyah, makan, minum, bercakap, senyum, nafas berbau, dll) terhad   di sebabkan masalah mulut, gigi dan dentur (MGD).
3. Adakah seseorang merasa  tidak selasa dari segi Psikologinya di sebabkan masalah yang sama, MGD (seperti makanan selalu tersangkut, merasa malu dll).
4. Seseorang merasa tidak upaya dari segi fizikalnya di sebabkan masalah yang sama,MGD (seperti mengelak memakan makanan tertentu, mengelak senyum dll)
5. Seseorang merasa tidak upaya dari segi Psikologinya di sebabkan masalah yang sama, MGD ( seperti tidurnya terganggu, susah menumpu perhatian dll).
6. seseorang merasa tidak upaya dari segi socialnya di sebabkan masalah MGD ( seperti mengelak berjalan keluar, merasa bermasalah menjalankan aktiviti harian dll)
7. Seseorang merasa cacat di sebabkan masalah MGD (seperti membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan mulut, hilang keyakinan diri dll).

Kajian mendapati :
1. 82 orang dari 1000 mengalami masalah no 1
2. 100 dari 1000 mengalami masalah no 2
3. 264 orang mengalami masalah no 3 dari 1000 orang penduduk.
4. 61 orang mengalami masalah no 4.
5. 15 orang mengalami masalah no 5
6. 6 orang mengalami masalah no 6
7. 27 orang mengalami masalah kecacatan dari 1000 orang
8. Keseluruhannya sebanyak 367 orang dari 1000 orang  selalu terkena kesan dari masalah mulut, gigi dan dentur. Ini melibatkan hampir 40 dari 100 terjejas kualiti hidupnya di sebabkan masalah berkaitan kesihatan mulut sahaja. 

Bagaimana cara mengatasinya:
1. Dapatkan nasihat pakar pergigian
2. Jaga kebersihan
3. Rawat kerosakan dan penyakit segera
     a. pendakap gigi untuk keyakinan diri bagi gigi berterabur
     b. tampalan untuk gigi berlubang
     c. scaling untuk penyakit gusi
     d. Crown, Bridge, Implant, Rawatan Akar. dll



Thursday, 31 October 2013

TEKNIK PELAJAR CEMERLANG DAN HAFALAN

 teknik ini boleh DI GUNAKAN BAGI MEMPELAJARI SEGALA JENIS ILMU DI DUNIA. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNIK INI AKAN MENJADI PELAJAR CEMERLANG. IA BOLEH DI GUNAKAN OLEH SESIAPA SAHAJA TAK KIRA UMUR DAN BETAPA SIBUK SEKALIPUN. ORANG PALING BODOH DAN PELUPA TERBUKTI MENJADI CERDIK. ORANG TUA LEBIH 60 TAHUN BOLEH MENGHAFAL. OTAK KITA TIDAK AKAN PENUH DAN BANYAK LAGI RUANG KOSONG BELUM DI ISI MENGIKUT KAJIAN.

 DENGAN TEKNIK YANG BETUL, AZAM YANG TINGGI INGIN MENJADI AHLI ALLAH DAN ILMUAN YANG BANYAK KELEBIHAN KITA MAMPU MENGUASAINYA.

MARI LAPANGKAN MASA 30 MINIT SEHARI SELEPAS SUBUH.

1.  GUNAKAN VISUAL. Nampak apa yang di baca dan di hafal seperti berada di depan mata walaupun muka surat itu di tutup.
   a. Gunakan buku atau quran yang sama
   b.  Ulang  berkali kali, buka dan tutup quran atau buku
   c. Lakukannya selepas subuh dan ulang selepas magrib untuk hafalan
   d. Untuk pengukuhan ulang menggunakan teknik kanestatik dan audio bila bila masa ada kesempatan. lagi kerap lagi bagus
   e. hafal sedikit demi sedikit. 1 atau 3  atau 5atau 7 baris sehari, ikut kemampuan dan kesibukan . yang pentimng istiqomah. Jika dah mahir boleh hafal 1 muka surat atau 15 baris sehari.
   f. nampak ayat dengan jelas , dimana titik, baris, muka surat dengan jelas walaupun tanpa melihatnya. ini boleh terjadi dengan fokus, kebersihan hati, otak tak berserabut dan ulangan melihatnya banyak kali.

2.  TEKNIK KENESTATIK
   a.  ulang hafal sambil bergerak, pandu kereta atau joging lepas asar atau PT pagi.
   b.  gerakan mengikut makna ayat, jika ayat menceritakan hal langit atau bumi tunjukkan kearahnya.
   c. faham maksud ayat 5 minit sebelum hafal. Faham ceritanya sebelum hafal. Hafal maksud ikut kaedah harfiah
  d. hayati ayat dengan gerakkan kepala, tangan , kaki, mulut dan segala pancaindera di gunakan.

3. TEKNIK AUDIO

  a. dengar bacaan guru agar bacaan betul ikut caranya
  b. dengar bacaan qori no 1 dunia dan cuba tiru bacaannya. IKUT BACAANYA DAN ULANG SELALU AGAR SEBATI

  c.  BILA DAH MAHIR CARA BACAANNNYA BOLEH DI UBAHSUI IKUT CARA SENDIRI.
  D. RASAKAN SE OLAH OLAH BACAAN ITU TERDENGAR DI TELINGGA. INI BOLEH BERLAKU JIKA KITA DENGAR SELALU SEPERTI APA YANG DI BUAT OLEH JIBRAEL KEPADA NABI MUHAMMAD. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails